#5 Dia Haziq Dia Iman


.

Ammar Haziq. Dengar nama pun dah cukup gah. Apatah lagi bila mata memandang tuan punya badan. Rambut macho terpacak. Dah tak perlu guna gel untuk mematikan cicak kalau cicak tu jatuh atas kepala dia. Mata dia pun tak kurang gahnya. Mata coklat dan pandangan redup itu mampu untuk menggoyahkan hati mana-mana wanita.

Hidungnya pula tak kembang dan tak mancung. Yang sedang-sedang aje. Bibir nipis macam bibir T.O.P Big Bang, kulit yang sawo matang , tinggi, tough dan segala benda yang sempurna boleh diberikan kepada dia.

Langkahnya dituju ke arah pejabat yang tinggal lagi 15 kaki. Senyuman tak pernah lekang dari bibirnya. Jawatan yang disandang sebagai CEO tak pernah membuatkannya sombong. Manusia tetap manusia. Sama darjatnya disisi Allah. Tak perlu dibanggakan dengan duit yang berkepuk dalam poket. Tak perlu dibanggakan dengan wajah yang tampan. Tak perlu dibanggakan dengan brand pakaian yang dipakai.

“Assalamualaikum, Kak Mah.” sapa Haziq. Salmah a.k.a Kak Mah, pembantu sementara Haziq menjawab salam dengan mesra.

“Waalaikumussalam. Oh, Encik Haziq. Sebelum saya terlupa, ni ada beberapa maklumat peribadi bakal-bakal secretary encik nanti. Semuanya dah Tan Sri tapis dan encik hanya perlu memilih aje yang mana encik berkenan.” terang Salmah sambil menghulurkan beberapa fail kepada Haziq.

Thanks, Kak Mah.” fail bertukar tangan.

“Bila mereka datang interview lagi sekali?”

“InsyaAllah esok, encik.”

“Okey, esok tolong SMS kat saya lagi sekali eh?” pinta Haziq. Sikapnya yang pelupa sejak kemalangan setahun lepas telah Salmah faham. Malah suaminya juga sudah tahu.

“Baiklah encik.” Salmah angguk sebelum Haziq melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

******

“Dapat kerja tu, Iman?” suara dihujung talian sangat lembut bertanya.

“Entahlah mak. Esok Iman kena pergi saringan kedua. Iman takutlah mak.” adu Iman Nafisah kepada ibunya, Mak Cik Indah.

“InsyaAllah Iman akan dapat kerja tu. Mak doakan.” Mak Cik Indah memujuk. Menenangkan hati anaknya yang sanggup ke bandar untuk mencari kerja demi menyara kehidupan mereka dikampung.

“Hmm. Ameen.” tangannya meraup muka. Harap-harap doa mak dimakbulkan oleh Allah. “Mak, ayah macamana? Ada perubahan tak?” tiba-tiba Iman Nafisah teringatkan ayahnya.

“Ayah Iman? Hmm... Macam biasalah. Kadang-kadang sihat, kadang-kadang tak sihat. Iman nak bercakap dengan ayah ke?” tanya Mak Cik Indah.

“Nak... Nak...” Iman Nafisah menjadi teruja. Sudah lama dia tidak berbual panjang dengan ayah kesayangannya itu.

“Okay, kejap eh.” telefon bertukar tangan.

“Assalamualaikum...” suara garau Pak Cik Othman menyapa telinga.

“Waalaikumussalam, ayah!” Iman menyahut salam ayahnya dengan ceria. Rindu tahap giga kat ayahanda ter’chenta’

“Iman baliklah, nak. Tak payah susah-susah cari kerja kat sana. Meh balik temankan ayah kat sini.” buat kesekian kalinya Pak Cik Othman memujuk anaknya pulang. Iman Nafisah dihujung talian mula menjuihkan bibir. Yang ini lah yang membuatkan dia fed up kalau nak bercakap dengan ayah. Asyik-asyik suruh dia balik.

“Orang bukan tak nak balik, ayah. Tapi ayah kena ingat... Orang buat semua ni untuk kebaikan ayah juga. Mana nak cukup dengan hasil kebun ayah untuk beli ubat. Kalau orang kerja, dapatlah kurangkan beban mak dan ayah kat kampung.” entah macamana lagi cara untuk menjelaskan kepada ayah. Pujukan ini tak berkesan. Rayuan itu pun tak dilayan. Nasib baik Mak Cik Indah bagi pelepasan, kalau tak... Memang tak jejak kaki ke bandar ni.

“Tak payahlah Iman susah-susah nak kerja kat bandar tu semata-mata nak belikan ubat untuk ayah. Kalau Allah tak nak bagi sembuh, tak kan sembuh penyakit ayah ni.” Pak Cik Othman terbatuk. Penyakit lelahnya sudah semakin melarat. Sudah habis cara dia berubat. Tak juga menunjukkan kesan yang positif. Sampaikan dia pun dah tak larat nak cari cara perubatan yang lain.

“Ayah... berusaha untuk mengubati penyakit pun dapat pahala tau? Ayah ni selalu macam tu!!” Iman Nafisah sedikit membentak. Geram dengan sikap ayahnya. Dia mengetap bibir.

“Ayah tak nak susahkan Iman. Iman balik ya sayang?” pujuk Pak Cik Othman lagi.

“Sss.. hello, hello... ayah...” Tuuuuttt.. Iman menekan butang merah. Keh keh keh. Terasa kejam pula bila buat begitu. Tapi selagi tak putuskan talian, selagi itu lah ayahnya akan cuba memujuk Iman Nafisah supaya pulang. Hmph! Jangan ingat mudah-mudah aje nak lembutkan hati Iman Nafisah...

******

Dengan lafaz bismillah, Iman Nafisah melangkah masuk ke TIARA’s Holding. Baju kurung yang berlatarkan bunga berwarna biru lembut dikemaskan sedikit. Pashminanya juga dibetulkan sedikit. Nafas ditarik panjang. Haish, rama-rama dalam perut ni tak pandai bertenang ke hah?

Setibanya dia di tempat temuduga, dia terus mengambil tempat untuk duduk. Matanya memerhati sekeliling. Err, aku sorang aje ke yang pakai baju kurung? Perutnya kembali tidak selesa. Dresscode dia memang macam tu ke? Masaklah aku kali ni!

You datang sini nak interview ke?” kasar je suara minah ni. Muka tak nampak mesra langsung. Nak tegur pun tak bagi salam. Tak cukup ajar sungguh!

“Ha’ah.” Iman Nafisah senyum.
 “You datang interview dengan pakai baju kurung? So kampung.” bibir minah opera itu mencebik. Grrr... Iman Nafisah menahan amarah. Nak aje tangan dia lempang mak cik opera ni laju-laju. Tapi kalau buat macam tu, terbang melayanglah title ayu yang dia pegang selama ni.


“Hasmira Adnan.” suara seorang wanita memanggil nama.

It’s my name. Lebih baik awak pergi balik sebelum awak di’reject’.” angkuh suara Hasmira si mak cik opera itu berkata. Macam confident benar yang dia akan diterima. Iman Nafisah hanya mampu mencebik. Malas nak layan lebih-lebih. Nanti tak pasal-pasal keluar watak superheroin baru... “The Unpredictable Iman

Tak sampai 5 minit selepas itu, Hasmira keluar dari sebuah bilik dengan wajah yang mendung. Iman Nafisah memandang wajah Hasmira tetapi sedas jelingan yang dia dapat. Dah kenapa pulak tu? Iman Nafisah buat bodoh. Majalah yang terdapat di rak sebelah kanannya dicapai. Baik baca benda alah ni daripada layan mak cik opera tu.

Sedar tak sedar, tinggal Iman Nafisah seorang duduk dibangku di luar tempat temuduga. Namanya dipanggil. Rama-rama kembali galak berterbangan.

This way.” Wanita yang memanggil namanya memberi petunjuk arah. Iman Nafisah mengikuti langkahnya. “Encik Haziq..” Wanita itu mengetuk pintu bilik.

“Come in, Kak Mah.” jawab tuan punya bilik.

Wanita yang bernama Kak Mah menyuruh Iman Nafisah duduk sebelum dia berlalu pergi. Iman Nafisah memandang Haziq yang sedang memicit dahi. Err.. nak interview ke tidak ni?

“Encik...” Iman Nafisah bersuara. “Encik okey?” nampak macam tak okey sebab muka dia yang handsome tu dah berkerut.

Haziq masih mengurut kepalanya. Sakit menyengat! Selepas kemalangan itu, kepalanya selalu sahaja sakit-sakit. Tak boleh banyak berfikir, tak boleh penat, tak boleh stress dan segala perkataan yang ada ‘tak boleh’ dia tak boleh buat. Err... berapa banyak tak boleh ni?

“Naaa.. I’m okay.” Haziq melurutkan tangannya. Dia senyum tapi nampak kurang manis sebab dahi masih berkerut.

“Noooo... Encik nampak tak okey. Encik sakit ke? Muka encik pucat...” Iman Nafisah pula yang gelabah. Dia memang tak boleh tengok orang sakit. Kalau tak, sampaikan dia pun rasa sakit sekali. Sebab tu waktu ayah dia tengah sakit dia akan lari ke sawah. Sampai mak dia panggil balik baru dia balik. Hish, susah jadi Iman Nafisah ni.

Iman Nafisah menggeledah beg tangannya. Minyak angin, minyak angin, minyak angin. Mulutnya terkumat kamit mencari minyak angin. Macam nak menjampi pun ada.

“Err.. minyak angin...” Iman meletakkan minyak angin Cap Kapak di atas meja Haziq. Perlahan-lahan Haziq mencapainya. Dia menyapu ubat itu ke dahinya. Alhamdulillah, lega sikit rasanya. Dia menarik nafas panjang. Relax and you will be fine.

“Okay. May we start now?” tanya Haziq. Iman terlongo.
“Are you sure? Saya rasa encik perlukan rehat.” Iman Nafisah pula yang bimbang. Dengan muka pucat tu nak interview?

“I’m okay, i’m okay.” Haziq senyum. Terpamer riak bimbang pada wajah gadis itu. She is... something.

“Iman, right?” tanya Haziq memulakan perbualan. “Silakan duduk.” ...dan bermulalah temuduga yang membawa harapan terhadap Iman Nafisah.

******
Iman Nafisah mengembungkan pipinya saat kakinya melangkah keluar dari TIARA Holding. Soalan yang bos dia tanya tadi memang tak masuk akal. Eh, dah jadi bos ke? Iyalah kot. Tadi Encik Haziq ada sebut ‘Selamat datang ke TIARA Holding’ kan? Okey, sila terima hakikat yang Iman Nafisah sudah dapat kerja. Fullstop!

Berbalik kepada soalan yang Encik Haziq ajukan kepada Iman Nafisah... macam ni ceritanya...

“First of all saya nak tanya... awak dah ada someone special?” Soalan ni memang buat Iman Nafisah rasa itu bukan temudaga untuk apply kerja tapi tak ubah macam temuduga mencari jodoh.

“I mean, boyfriend.” sambung Haziq setelah melihat wajah Iman Nafisah yang berkerut.

Teragak-agak untuk Iman Nafisah menggeleng. “Err... tak... de..” apa jenis soalan lah tu? Iman Nafisah membebel di dalam hati.

Haziq tersenyum sedikit. “Maaflah. Saya bukan nak menyibuk pasal hidup awak... Tapi kalau awak ada boyfriend memang susah sikit. Saya ni jenis mudah lupa dan akan menghubungi secretary saya bila-bila masa yang saya rasa saya lupa sesuatu. Err.. awak faham maksud saya kan?” rasa seperti berbelit lidahnya untuk menerangkan kepada Iman Nafisah. Senang cerita, dia tak nak berlaku kontroversi antara boyfriend secretary dia. Faham? Kalau tak faham buat-buat faham aje lah.

 Iman Nafisah buat muka pelik. Macam ni ke cara orang interview? Erm, apa-apa aje lah. Asal aku dapat kerja ni. Bila dapat gaji nanti, bolehlah aku biaya kos perubatan ayah.

“Hmm, kalau macam tu... selamat datang ke TIARA Holding.” Haziq bangun lalu tunduk menghormati Iman Nafisah. Lagipun dia bukan jenis orang yang berjabat tangan dengan orang bukan muhrim tak tentu pasal.

********

“Iman, jom!” Iman angkat kepala.

“Nak pergi mana?” tanya Iman. Pejam celik, pejam celik, dah masuk dua bulan dia bekerja di TIARA Holding.

“Ikut saya balik.” jawab Haziq selamba. Iman dah ternganga.

“Bos dah gila ke apa?” suaranya naik seoktaf. “Bos nak suruh saya ikut balik rumah bos? Eee... simpang malaikat empat puluh empat! Kalau mati hidup balik pun saya tak kan ikut bos. Nehi, nehi.” Iman Nafisah menggeleng. Dah tak betul ke apa bos aku ni?

“Bukan balik rumah sayalah. Balik rumah parents saya. Mama saya nak kenal awak.” terang Haziq. Iman Nafisah menarik nafas lega.

“Eeee... bos ni. Bikin aku kaget aja! Saya ingatkan bos dah buang tebiat!” ujarnya. Haziq hanya tersenyum.

“Dahlah. Jom pergi. Nanti lambat pula sampai.”

“Okey, okey. Jom.”

*******

Iman ternganga. Terpegun. Terkesima. Terkejut. Dan segala species ‘ter’ lain yang ada. Mak aih. Besar gila-gila-gila rumah bos ni! Ops, i mean rumah parents bos.

“Eh, rumah bos ada buat majlis ke?” soal Iman sebaik sahaja melihat deretan kereta di perkarangan rumah Haziq.

“Ha’ah. Majlis kesyukuran sambut kelahiran anak saudara saya.” stereng dipusing ke kanan mencari ruang untuk memakir keretanya.

“Anak saudara? Boy or girl? Eee.. sukanya. Bolehlah saya main dengan dia nanti.” Iman menepuk-nepuk tangannya. Ada babyyyyyyyy. Oh, excitednya nak masuk!

“Baby boy. Hesh awak ni. Budak tu baru tiga hari lahir. Nak main apanya?” Haziq sembunyi senyum. Mesti sukakan kanak-kanak.

“Laaa... Awat tak habaq awai-awai?” Iman sengih busuk. “Takkanlah sorang aje kot anak buah bos. Yang dah besar sikit takde ke?” Iman masih bertanya. Agak lama juga dia tidak bermain dengan kanak-kanak. Dulu, waktu kat kampung, dengan budak-budaklah dia main. Sebabnya, emak dia babysitter. Ceh, kan kelas namanya babysitter. Haha.

Senyuman Haziq makin melebar. Nak main dengan anak buah aku? Heh. Budak-budak lasak tengah membesar ingat senang ke nak buat main?

“Bila kita masuk nanti, awak akan tahu berapa ramai anak buah saya.” Kereta masuk ke tempat parking yang kosong. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga parking. Bila semua ahli keluarga berkumpul, macam nilah jadinya.

*********

“Assalamualaikum.” suasana yang riuh-rendah menjadi sunyi. Salam bersambut.

“Hah alang! Sampai jugak kamu! Ingatkan dah lupa jalan nak balik rumah!” seorang wanita dalam lingkungan 50-an menghampiri mereka. Kalau tak salah, inilah Datin Saleha.

“Haish, mama ni! Takkan nak lupakan tempat alang membesar. Apa orang cakap? Tempat jatuh lagi dikenang. Tak gituuuu?” ketawa.

“Mengada! Lang, ni Iman kan? Secretary baru alang kan? Amboi, pandainya dia memilih. Yang kecil molek comel ‘lotey’ juga yang alang pilih. Atau dah masuk dalam list calon?” ayat terakhir hanya dibisikkan ke telinga anaknya. Terus berubah wajah Haziq.

“Agak-agaklah ma! Gurau kasar nampak!” ketawa lagi. Eh, tapi kejap. List calon? Hmm, akan dipertimbangkan. Hehe.

“Dah, dah, dah. Jom kita ma-”

“Ayah Laaaaaaaaaaaaang.” berduyun-duyun budak-budak datang serbu. Iman terkaku. Erk. Ramai tahap apa entah anak buah bos ni!

“Ayah Lang. Ayah Lang. Ayah Lang!” Haziq dikeremuni.

Ada satu, dua, tiga, empat, lima. Okay, stop! Stop! Tak cukup jari nak membilangnya. Lebih daripada sepuluh sebenarnya anak buah bos ni.

“Ya sayangku semua.” kepala anak-anak buahnya digosok-gosok. Senyuman melebar. Terlepas juga rindu.

Iman Nafisah tersenyum. Rapatnya diorang. Mata Iman Nafisah tiba-tiba menangkap wajah seorang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 3 tahun yang sangat comel. Budak comel itu diangkat lalu didukung.

“Hai sayang. Nama apa?” pipinya dicium.

“Apham.” pelat.

“Apham.” angguk. Afham kot. “Umur berapa?”

“Tiga.” tapi jari diangkat lima. Biasalah, budak-budak.

“Tiga, sayang.” dua daripada jari Afham dilipat. “Tiga.”

“Tiga.” ajuk Afham.

“Pandai.” kepala Afham digosok-gosok.

“Iman, jom kita berbual kat dalam.  Tak manis pulak tetamu bercakap kat muka pintu aje. Jomlah.” Datin Saleha menarik tangan Iman yang masih mendukung Afham. Anak buah-anak buah Haziq yang lain mengekor aje. Itu pun ada dua orang yang Haziq dukung. Muka diorang pun happy semacam. Lama tak jumpa kot. Hmmm.

*********

“Along berkenan betul dengan Iman tu.” Haziq angkat kepala.

“Aloooong.” dia nak mulalah tu!
“Cara dia layan budak, dengan budi bahasanya. Serius, along berkenan benar!” Hanani senyum apabila melihat wajah adiknya merah. Suka benar mengusik!

“Alooong.” Haih! Tekanan betullah along ni!

“Betul tu, Lang. Mama pun suka dengan budak Iman tu. Dah cukup cirri-ciri untuk dijadikan calon menantu. Alang rasa macamana?” keningnya dijongket kearah Hanani, anak sulongnya. Sengaja nak mengusik anak bujangnya seorang ni.

“Mama... Along.. Can we just drop the subject?” Haziq bengang! Sudah- sudahlah tu. Aku penat nak layan. Kepalanya ditundukkan. Entah kenapa dia rasa macam segan je bila nama Iman disebut-sebut. Ahaks.

Datin Saleha mencebik. Anaknya yang sorang ni memang macam ni. Sejak kecil sampailah dah tua bangka macam ni masih tak suka bila orang kenen-kenenkan dia. Tapi, dia lantak apa! Gurauan itu perlu untuk mengeratkan kasih sayang. Ya tak?

“Hah, alang. Dah lewat ni. Iman mana? Nanti tak pasal-pasal kena marah kat mak ayah dia.” Datin Saleha tiba-tiba teringatkan Iman yang masih berada dirumahnya. Dah pukul 12 tengah malam dah ni.

“Along rasa, Iman tengah tidurkan budak-budak. Dekat bilik tetamu tu.” bibirnya dimuncungkan kearah sebuah bilik. Secara automatik, mata Haziq terarah kesana.

“Alang pergi panggil Iman. Dah lewat dah ni. Nanti apa pulak kata orang bawak anak dara orang ke hulu ke hilir.” Datin Saleha mengarahkan anak keenamnya supaya memanggil Iman. Haziq bangun malas. Kalau Iman tidur sini boleh tak? Penat sangat dah ni! Matanya diurut-urut. Mengantuk.

******
“Iman...” pintu dikuak dari luar.

“Shhh...” Iman memberi isyarat supaya Haziq memperlahankan suaranya. Dia meletakkan kedua-dua belah tangannya dibahu lalu kepalanya dilentokkan. Isyarat tidur.

“Okey, okey.” volume suaranya sudah perlahan. Langkahnya dituju ke arah Iman. “Jom saya hantar awak balik.” bisiknya.

Muka Iman Nafisah berubah. “Dah nak balik?” Alaaaaaah. Anak buah-anak buah bosnya dipandang sayu.

“Yalah. Dah lewat dah ni. Nanti apa pulak kata mak ayah awak.” ujar Haziq.

Iman diam seketika. “Hmm, okaylah.” Dia bangun. Dahi anak buah-anak buah Haziq dicium satu persatu. Bilalah dia boleh jumpa diorang lagi?

Haziq menapak keluar tapi langkahnya mati apabila mendapati Iman Nafisah tidak mengikutinya. “Iman...” panggilnya. Entah kenapa dia rasa yang mata Iman bertakung. Kenapa pulak ni?
“Bos...” Iman menggeleng. “Tak nak balik...” meleret aje suara Iman merayu. Tak puas lagi nak main dengan budak-budak ni. Rindu terhadap kanak-kanak sudah lama dibendung. Sejak dia datang ke bandar, sudah lama dia tidak melayan perangai kanak-kanak. Sungguh, dia rindu.

“Bos tak rasa penat ke? Saya risau nanti kalau bos mengantuk time memandu aje. Memanglah saya ada lesen kereta. Tapi, kereta besar macam kereta bos tu saya tak pandai nak drive. Mata bos pun dah kuyu dah tu. Bos penat kan? Kan? Kan?” Panjangnya ayat memujuk. Tapi, memang betul pun dia nampak mata Haziq kuyu. Kalau letak bantal bawah kepala dia pun confirm dah nyenyak dia tidur. Mana taknya, tengahari tadi... dengan cuaca yang panas, bos kena pergi ke tapak projek. Balik rumah pulak, kena layan tetamu. Mestilah penat.

“Hmm.” lehernya diurut-urut. “Tak manis pulak nanti. Awak memang tak kisah ke tidur sini?” soal Haziq. Permintaan Iman Nafisah untuk mala mini bagai pucuk dicita ulam mendatang. Badan dia pun dah lembik semacam.

“Tak kisah. Lagipun bos penat kan?” tanya Iman lagi. Harap-harap bos terima cadangan bernas lagi bijaksana dia tu. Eh, tiba-tiba rasa malu pulak. Ada ke patut anak dara yang comel lagi cute ni minta tidur kat rumah orang? Tak patut, tak patut.

“Hmm... kalau macam tu, bak sini handset awak.” tangan dihulur.

“Eh, buat apa?”

“Bagi aje lah.”

Beg diselongkar. Telefon bertukar tangan. “Nah.”

“Awak simpan nombor mak awak kat mana?”

“Eh, kenapa nak call mak saya pulak?”

“Hish, banyak tanya betul. Cepatlah. Saya dah ngantuk ni.”

Iman Nafisah mencebik.

 “Kejap, kejap.” nombor ibunya dicari. Haaa, jumpa pun! “Nah.”

Butang hijau ditekan.

“Hello assalamualaikum. Mak cik...”

“Saya Haziq, bos Iman.”

“Maaflah ganggu mak cik malam-malam macam ni.”

“Ni, saya nak bagitau yang Iman bermalam kat rumah saya...”

Mata Haziq tiba-tiba membulat.

“Eh, bukan mak cik. Jangan salah faham. Keluarga saya ada kat sini. Tak kanlah saya nak berdua-duaan dengan Iman pulak.” Haziq ketawa.
“Kalau mak cik tak percaya, saya bagi mak cik cakap dengan mama saya eh? Kejap ya.” Haziq memberi isyarat untuk keluar. Iman angguk. Mesti mak fikir yang bukan-bukan tu. Iman tiba-tiba menggeleng. Apalah mak ni!

******
“Iman....” suara itu mengejutkan Iman daripada terus dibuai mimpi . Baru aje syok jadi Snow White. Tiba-tiba ada orang kejutkan. Anti-klimaks betul!

“Hmmm...” Imam menggumam.

“Iman kenapa tidur sini, sayang? Jom tidur kat bilih sebelah.” Datin Saleha menepuk-nepuk bahu Iman Nafisah. Letih sangat sampai tidur pun sambil duduk.

“Takpelah Datin. Iman tidur kat sini aje.” Iman Nafisah menolak pelawaan Datin Saleha. Segan kot.

“Apa pulak tidur sini? Imankan tetamu aunty, tak kan aunty nak biarkan tetamu aunty tidur kat sini. Dah, dah. Jom ikut aunty.” tangan Iman Nafisah ditarik. Iman bangun dengan terpaksa. Hmm, jumpa lagi bidadara-bidarari kecilku!

*******
Nasib baik hari ni cuti. Kalau tak, mesti dia pakai baju yang sama untuk pergi kerja. Iman menapak keluar dari bilik tetamu usai solat subuh. Bilik sebelah dijenguk. Mesti budak-budak tengah tidur.

Pintu dikuak perlahan. Risau kalau budak-budak tersedar. Hmm... comelnya diorang time tidur. Macam angel! Tapi, bila mata tu dah terbuka! Macam ‘I love you, baby i’m not a MONSTER’... Eh, tetiba. Pintu kembali ditutup. Matanya meliar mencari dapur. Telinganya ditajamkan untuk mendengar kalau-kalau ada bunyi sudip dan kuali berlaga. Tetapi hampa.

“Awak cari apa?”

Ish, tanjat titew! (Okay, gedik!)

“Terkejut saya!” Dia menepuk-nepuk dadanya. Semput!

“Awak cari apa?” soalan kedua. Keningnya diangkat.

“Dapur.” balas Iman Nafisah perlahan.

“Dapur kat sana.” Haziq menundingkan jarinya ke kanan menunjukkan arah dapur. “Tapi, buat apa cari dapur?” tanyanya hairan.

“Nak tolong masaklah.” tu pun nak tanya ke? Sambung Iman Nafisah dalam hati. Wajah bosnya dipandang sekilas. Ehem, hati rasa gatal nak puji bos dia handsome. Lagi handsome daripada biasa. Kain pelikat berkotak warna hitam. Baju t-shirt putih. Nak pengsan sekarang boleh?

“Iman...” jari Haziq dipetik betul-betul hampir dengan hidung Iman Nafisah.

“Huh?” Iman terpinga-pinga. Apa? Dia cepat-cepat menggeleng. Kantoi, kantoi!

“Awak dengar tak saya cakap apa?” soal Haziq. Memang sah Iman Nafisah tengah mengelamun.

“Err... bos cakap apa?” belakang kepalanya digaru. Itulah, siapa suruh bos handsome sangat?!

“Saya cakap, tak payah pergi masak. Maid dah ada untuk memasak. Lagipun, awakkan tetamu? Ada pulak tetamu yang tolong masak untuk tuan rumah.” Haziq mengulang kata-katanya tadi. Kalau asyik mengulang benda yang sama, mungkin ada logiknya kalau air liur kering. Tak ke membazir? Hailaaaaa...

“Habis tu? Saya nak buat apa?” budak-budak pun belum bangun lagi. Mati kebosananlah aku nanti.

“Buat cerdik sudahlah. Ni ha, dah mandi ke belum?” tak kanlah nak kata ‘buat bodoh’ kan? Mahunya budak ni terasa nanti.

“Dah.” Iman Nafisah angguk. Cuma baju aje yang tak bertukar.

“Nah, pakai baju ni. Kak Long suruh bagi kat awak.” Haziq menghulurkan sepasang baju kurung yang sudah lendik digosok.

Iman Nafisah menyambut huluran Haziq. “Terima kasih.” dia senyum.

“Dah, pergi tukar. Walaupun dah mandi, awak tetap busuk.” Haziq menutup hidungnya. Sengaja nak menyakat Iman Nafisah.

“Eee... bos ni!” dia melibas bahu Haziq dengan baju kurung yang diberi tadi. Bongoklah bos ni! Merah muka Iman Nafisah menahan malu.

Haziq tergelak. “Budak busuk!” Dia cepat-cepat lari menyelamatkan diri. Iman mengetap bibir. Dia kata aku busuk?! Aku dah sembur perfume dah lepas solat tadi. Lengan baju kurungnya dibawa ke hidung. Wangi apa!

Grrrrrr...

*******
“Tak payahlah sedih sangat.” kata-kata Haziq memecahkan kesunyian. Iman tersentak. Suka buat orang terperanjat!

“Sedih? Mana ada saya sedih.” cepat-cepat dia memangkas. Nampak sangat ke? Haiiish. Susahnya bila dah obses dengan budak ni.

Senyum kecil bertenggek dibibir Haziq. “Awak tahu tak yang riak muka awak tu menunjukkan perasaan awak? Kalau happy, muka awak bercahaya macam mentol. Bila sedih, terus malap macam lampu dada Ultraman yang berkelip-kelip minta nyawa.” hebat betul perumpamaan Haziq. Tapi...

“Ada ke patut kata muka saya macam mentol.” automatik mulut Iman Nafisah memuncung. Terasa. Macam takde perumpamaan lain aje...

“Laaaa... Saya cakap yang betul aje.” Haziq tergelak kecil. Wajah Iman Nafisah yang cemberut dipandang sekilas. Comel!

Keluhan yang tiba-tiba dilepaskan oleh Iman Nafisah menjadi tumpuan Haziq.

“Tak baik tau mengeluh.” tegurnya. Matanya difokuskan pada pemanduannya. Kata-kata DJ di radio langsung tidak menarik perhatiannya.

“Entah bila lagi saya boleh jumpa diorang.” jarinya dibelek-belek. Tiba-tiba rasa sebak datang.

“Kalau ada masa, datanglah ke rumah tu. Don’t worry. Kanak-kanak sentiasa menyinari rumah itu sepanjang hari. Abang Ngah saya tinggal kat rumah mama.” kata-kata Haziq seperti memujuk.

“Hmmm...” hanya itu jawapan yang terkeluar daripada mulut Iman Nafisah. “Oh ya, lupa saya nak tanya! Bos sebenarnya ada berapa orang adik-beradik?” Iman Nafisah bertepuk tangan pada awal pertanyaannya. Teruja secara tiba-tiba. Haziq sedikit terperanjat. Kemudian, dia cepat-cepat menukar reaksi wajahnya. Biasalah, control macho...

“Tujuh.”

“Waaaa... Besarnya family bos!”

“Yang sulong, Kak Nani. Abang Ngah, Abang Cik, Kak Teh, Kakak, saya dan Usu. Semua dah kahwin kecuali saya.” Haziq menghitung satu demi satu jumlah adik-beradiknya. Tapi, perlu ke ada ayat ‘semua dah kahwin kecuali saya’ tu? Tetttttt... Tiada jawapan untuk itu.

“Laaa... kenapa tak kahwin lagi? Ni mesti adik bos perempuan kan?” Iman Nafisah menyoal. Rupa ada, budi bahasa pun ada. Harta? Lagilah ada. Apa lagi yang tak kena sampai dia masih solo tak berpunya? Tunggu aku eh?? Haha. Ini semua poyo!

“Jodoh takde lagi nak buat macamana? Eh, pandai pulak awak teka yang adik saya tu perempuan. Semalam dia tak dapat datang sebab tinggal jauh nun di Perlis. Ikut suami bertugas.”

“Oooo...” mulutnya membulat. Suasana kembali sunyi.

“Bos tak rasa bosan ke duduk sorang-sorang? Kalau bos kahwin, tak perlulah bos ambil secretary.” mulut Iman Nafisah kembali bising.

Haziq mengherotkan bibir. “Kalaulah pilih isteri tu macam pilih baju.”

“Yalah kan? Iya tak iya jugak. Hmmm, takpelah bos. Take your time, take your time.” Kepoh lah budak ni haiii!

“Hah ni, cakap punya cakap. Rumah awak kat mana?” soal Haziq.

“Tu, tu, tu. Yang rumah warna purple tu.” Iman Nafisah menunjuk.

Selang dua tiga minit, kereta Haziq berhenti. “Okay, dah sampai.”

“Terima kasih bos.” Pintu kereta dibuka.

“Sama-sama.” Angguk. Senyum.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

“Bye!” Lambai.

“Okay, bye!” kereta mula bergerak.

********
“Amboi, kau!”

Iman berpaling. Dia sengih busuk.

“Seronoklah dapat bermalam kat rumah bos kan? Aku kat sini kau terus lupa.” Syida tarik muncung. Semalaman aku tunggu, rupa-rupanya dia bermalam kat rumah bos.

“Eh, buat ayat bagi cantek sikit eh? Rumah parents bos. Memandai aje nak tinggal parents kat depan tu.”

“Alah, samalah tu.”

“Sorrylah. Tak sempat nak call kau. Sempat mesej aje. Sorry eh? Eh? Lagipun aku kesian dekat bos. Dia penat sangat semalam.

“Hmm, yalah... Yalah... Maaf diterima. Lain kali call awal-awal. Seram aku duk kat rumah ni sorang-sorang tau?!” Syida membebel.

“Ya, mak cik!” dia segera berlari naik ke atas.

“Mak cik kau panggil aku?!” marah benar kalau orang panggil dia mak cik.

*******
“Hello, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” dalam mamai Iman Nafisah menjawab. Mata masih degil untuk dibuka.

“May I speak to Miss Iman?” suara dihujung talian macam pernah Iman Nafisah dengar. Tapi, bila mengantuk menguasai diriiii...

“Ya, saya. Siapa ni?” kacau aje orang nak tidur.

“Bersiap dalam masa setengah jam. Saya datang jemput awak.” arah orang itu.

“Hmm... hmm... Okay.” talian dimatikan. Kepala kembali direbahkan ke atas bantal. Eh, kejap! Siapa yang call tadi? Mata dibuka sedikit. Call log diperiksa. Bos? Mengacau aje bos ni pepagi. Alamak! Bersiap? Setengah jam? Oh tidak, oh tidak. Badan Iman Nafisah tertegak. Gila betul bos ni! Suka sangat buat orang terkejut!

Telefon bimbit kembali dicapai. “Hello, bos! Kita nak kemana?”

“Dresscode?”

“Hmm... okay, okay.” punat merah ditekan. Kalau nak ajak keluar, bagitau lah awal-awal. Takdelah aku sampai terkejut macam ni. Hailaaa bos!

******
“Kita nak kemana ni?” Iman Nafisah memang tak senang duduk kalau mulut tak bergerak.

“Kahwin lari.” sepatah.

Mata Iman Nafisah membulat. Gila! “Hah? Kahwin lari? Bos gila ke apa?” suara Iman Nafisah naik dua tiga oktaf.

“Kita nak pergi joging lah.” Haziq mengeluh. Nak gurau sikit pun tak boleh.

“Joging? What the? Baik saya sambung tidur.” bebel Iman Nafisah. Sepatutnya, hari minggu macam ni perlu dimanfaatkan dengan baik. Bukannya pergi keluar menghadap bos. Ini tidak, hari-hari tengok muka bos aje. Hmph!

What the dia cakap? Mata Haziq membulat. “Amboi! Anak dara ke yang cakap macam ni? Nanti takde orang nak buat awak jadi menantu.”

Iman Nafisah mencebik. “Tak kisah. Kalau membujang sampai ke tua pun takpe.” Konon. Padahal dulu, lepas SPM... tiap-tiap hari tunggu kat beranda rumah. Manalah tahu kot-kot ada putera tersesat nak masuk meminang. Ahaks!

“Iyalah tu.” bibirnya dijuihkan. Cakap sepatah, dia jawab lima puluh enam patah. “Okaylah. Kita dah sampai. Jom.” Pintu dari sebelah pemandu di buka. Angin pagi menyapa muka. Nyamannyaaaa...

*******
“Hai, baru joging sikit dah pancit?” tegur Haziq sambil mengelap peluhnya. Iman Nafisah yang sedang menunduk dipandangnya.

“Iman.” senyap.

“Iman.” tiada respon.

“Iman Nafisah.” perlahan-lahan kepalanya didongakkan. “Ya Allah, kenapa pucat ni?” cemas.

“Mana ada joging sikit! Dah dua round saya pusing tahu tak? Saya lapar lah bos. Bos tak lapar ke? Kita makan jom?” perutnya ditepuk-tepuk. Lapar yang amat!

“Apa guna joging kalau nak makan. Hailaaa awak pun. Tak sarapan ke tadi?” Haziq menggaru-garu keningnya.

“Sempat ke nak makan kalau bos bagi masa tiga puluh minit aje untuk bersiap? Apalah bos ni! Lain kali, kalau nak ajak saya keluar... bagitau awal-awal. Boleh saya tolak terus aje pelawaan bos ni.” Hahaha. Dia ketawa di hujung ayat.

“Awak tolak ajakan saya, saya tolak gaji awak.” Dia turut ketawa. Lagi kuat berbanding ketawa Iman Nafisah. Ketawa yang menyakitkan hati.

“Eeee.. malas betul kalau layan bos ni!” Iman Nafisah menghentakkan kakinya. Kalau dilayan, makin sakit hati. Baik aku pergi cari kedai makan!

Haziq mengiringi langkah Iman Nafisah dengan senyuman. Merajuk pulak dia!

*******
Prangggg!

Mug yang dipegangnya pecah. Entah kenapa hari ini dia rasa lain macam. Rasa kehilangan sesuatu. Kaca yang bertaburan di lantai dikutipnya. Kepala pun dah mula nak buat gerak geri gasing. Muka tak payah nak ceritalah, pucat habis.

Kepalanya terasa berpusing. Dia menongkat tangannya pada lantai apabila dirinya hampir rebah. Tapak tangannya berdarah. Kulitnya terbelah dua inci kerana terkena kaca. Pandangannya kelam.

“Imaaaan!” mata Syida membulat. “Kau kenapa ni, Iman?” Syida berlari mendapatkan Iman Nafisah. Pipi sahabatnya itu ditepuk-tepuk. Ya Allah, kenapa dengan Iman ni?

“Man. Kau jangan buat aku risau, Man. Iman, bangunlah. Tolong! Tolong!” Syida semakin cemas. Iman dah tahu ke? Ya Allah. Kuatkanlah sahabatku, Ya Allah. Air matanya merembes keluar.

“Kenapa ni, Syida?” Haziq menjenguk dari luar. Matanya membuntang secara tiba-tiba. Iman. Kenapa dengan Iman?

Tanpa menunggu lama, Haziq menghampiri Iman yang terbaring tidak sedarkan diri. Dia mencempung tubuh Iman Nafisah yang kecil molek itu. “Syida, ikut saya!”

“Baik encik.” air mata dikesat. Macamana aku nak bagitau kau ni, Iman?

******
“Keadaan dia dah stabil sekarang. Kamu berdua boleh masuk tengok dia.” seorang doktor yang berjubah putih senyum.

“Terima kasih doktor.” Syida dan Haziq menjawab serentak. Mereka kemudiannya masuk ke bilik Iman Nafisah.

“Iman...” tangan sahabatnya itu dicapai. Air mata kembali merembes keluar. Haziq hanya diam melihat.

Iman Nafisah senyum. Hey, aku okaylah. Tak payahlah nak nangis segala.” Pipi Syida ditepuk-tepuk.

“Kenapa jadi macam ni, Iman? Kau tak cakap kat aku pun yang kau rasa tak sihat. Tengok tangan tu. Dah berbalut bagai!” Syida membebel. Air matanya dikesat dengan hujung baju kemeja.

“Syidaaa.”

“Hmmm...”

“Aku rindu ayah akulah.”

Syida terkelu. Wajah Haziq ditatapnya sekilas. Kesian Iman.

“Iman nak balik kampung tak?”

“Nak! Nak!” Iman jadi teruja. “Tapi, boleh ke?”

“Boleh. Tapi ada syaratnya.”

“Syarat? Syarat apa?”

“Saya kena ikut sekali.”

“Okay, esok kita pergi eh?” Iman tersenyum lebar.

“Eh, bukan esoklah. Sekarang!”

Mata Iman Nafisah membulat. Wajah Syida dipandang. “Betul ni?”

“Betullah, Man. Takkan Encik Ammar nak tipu kau pulak. Lagipun kau dah boleh keluar hari ni. Jom, bersiap.” Syida bangun dari kerusi yang menjadi tempat duduknya tadi.

“Okay, kejap eh?!” Iman Nafisah bingkas bangun.

********
“Kenapa ramai orang kat rumah aku ni, Syida? Mak aku ada buat makan-makan ke?” soal Iman Nafisah sambil menjenguk dari dalam kereta. Sebaik sahaja kereta berhenti, dia terus berlari keluar. Lama tak jumpa mak! Lama tak jumpa ayah!

“Mak, ayah. Assalamualaikum.” langkahnya mati apabila sampai di tangga. Bacaan surah Yasin bergema dari dalam rumah. Mati terus senyuman yang menghiasi wajahnya tadi. Dadanya berdetak laju. Kenapa?

“Assalamualaikum.” semua mata terarah kepadanya. Mak Cik Indah bangun mendapatkan anak tunggalnya. Matanya masih bengkak akibat menangis. Ditarik tangan anaknya supaya duduk.

“Ayah mana mak?” Iman Nafisah pusing mencari kelibat ayahnya. Takde!

Mak Cik Indah memegang pipi Iman Nafisah. Matanya kembali berair. Kepalanya digeleng berkali-kali.

“Kenapa mak nangis? Mana ayah? Ayah pergi mana? Kenapa semua orang baca Yasin ni?” Iman Nafisah bertanya lagi.
“Ayah dah takde, sayang. Allah dah ambil ayah semula.” kata-kata ibunya itu ibarat meragut nyawanya. Iman Nafisah tersandar lemah pada dinding. Ayah. Dah takde? Ayah dah tinggalkan aku? Ayah dah pergi untuk selama-lamanya? Ayaaaaaaah.

Air matanya laju menuruni pipi. “Surah Yasin kat mana mak? Iman nak sedekahkan kat ayah.” tenang dia meminta surah Yasin dengan ibunya. Ibunya pantas menghulurkan surah Yasin kepadanya.

Bacaan  Iman Nafisah hanya lancar pada ayat kesepuluh terawal. Tiba pada ayat yang kesebelas, Iman Nafisah mula teresak-esak. “Ayaaaaah.” Dia bangun lalu meluru keluar. Langkahnya diatur ke bendang. Melepaskan perasaan disitu.

Mak Cik Indah yang bangun untuk mengejar anaknya, dihalang oleh Haziq. “Takpe mak cik. Biar saya yang pergi cakap dengan dia.” Mak Cik Indah angguk.

*******
“Iman sayang ayah Iman?” soal Haziq sambil menebak rambutnya yang kusut ditiup angin kebelakang.

Iman mengesat hingus. “Sayang.”

“Iman redha tak dengan pemergian ayah Iman ni?” bahasa dah bertukar dari ‘saya-awak’ kepada ‘saya-Iman’. Hmm, pun boleeeeeeh.

Iman diam sejenak. “Redha tu redhalah kot. Tapi, Iman terkilan sebab tak sempat nak jumpa ayah untuk kali terakhir.” Iman Nafisah berkata tenang. Air mata sudah kering. Buat apa nak menangisi yang sudah tiada. Eh, jap! Iman pun dah terjangkit ‘saya-Iman’ lah!

“Hmmm. Firman Allah ada menyebut... ‘Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang sabar.

(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata ‘Innalillahi wa inna ilaihi rajiun’ (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.’ – Surah al-Baqarah ayat 155.” Haziq menyudahi tafsirannya.

“Hmmm... Betul tu. Sebelum ni, Iman dah dapat rasa yang someone yang rapat dengan Iman akan pergi. Tapi, Iman tak sangka secepat ni. Betullah, ajal maut tu semua ditangan Allah.” Iman membelek-belek tangannya yang kemas berbalut. Yang ni pun salah satu tanda juga kot. Hmmm.

“Iman kata nak jumpa arwah ayah Iman untuk kali terakhir kan? Pergilah cium dahi ayah Iman sebelum jenazah dibawa ke kubur.” Haziq bersuara.

Iman Nafisah tepuk dahi. Astaghfirullah al-azim! Lupa. Cepat-cepat dia menyarung seliparnya lalu berlari masuk ke rumah.

Buat kali terakhir, Iman Nafisah mengusap-usap dahi arwah ayahnya sebelum tunduk menciumnya. Matanya dipejamkan. Terima kasih, ayah. Ayah dah buat Iman jadi manusia. Ayah tetap hantar Iman ke universiti walaupun duit keluarga kita hanya cukup-cukup makan aje. Iman tak sempat nak balas jasa ayah. Iman minta maaf, ayah. Iman minta maaf kalau selama ni Iman ada buat salah sampai hati ayah terguris. Iman doakan ayah supaya tergolong dikalangan orang yang beriman, ya ayah? Selamat tinggal ayah. Iman sayang ayah. 

Matanya kembali dibuka. Wajah ayahnya juga sudah ditutup dengan kain kafan. Selamat tinggal ayah. Semoga ayah tenang di alam sana.

*******
“Bos.”

“Hurm...”

“Saya nak resign lah.”

Haziq cepat-cepat berpaling. “Are you nuts?” matanya membuntang.

“Dah takde sebab untuk saya terus kerja dengan bos. Or, should I say... Ex-boss? Ayah saya dah takde. Selama ni pun, saya kerja kat bandar pun semata-mata untuk biaya kos perubatan arwah ayah. Tapi sekarang ayah dah takde. Mak pulak tinggal sorang-sorang. Saya nak teman mak kat sini.” Iman memintal hujung tudungnya. Wajahnya ditundukkan. Tak sampai hati sebenarnya.

Haziq menarik rambutnya. Tanda yang dia tengah kusut. Tekanan perasaan betul. “Tak kan awak nak lepaskan jawatan awak macam tu aje? Kalau macam tu, ajak mak awak tinggal kat bandar.” Haziq memberi cadangan bernas. Entah kenapa hati dia terbakar bila dengar perkataan ‘resign’ daripada mulut Iman Nafisah.

Iman Nafisah diam menekur tanah. Kalaulah dia boleh.

“Kalau susah-susah sangat... kahwin dengan saya.” statement yang baru dibuat Haziq benar-benar menggetarkan jiwa. Sungguhlah lelaki yang bernama Haziq ni suka buat kejutan. Matanya memandang wajah Haziq. Dia tidak tahu untuk mentafsirkan wajah Haziq sekarang ini.

Haziq mencabut sebatang lalang yang berhampiran dengannya. Dipusing-pusing dan membentuk sebentuk cincin. “Iman Nafisah Othman. I’m serious now! Will you marry me?” Haziq melutut.

“Gila!” kata Iman Nafisah lalu berlari masuk ke dalam rumah. Dadanya dipegang kejap. Gila! Memang gila!

*******
“Ada ke patut kata orang gila?!” Haziq memuncung. Teringat kejadian lima bulan lepas.

“Dah dia yang suka buat kejutan. Manalah orang tahu betul ke tidak. Tiba-tiba sua cincin lepas tu kata ‘Iman Nafisah Othman. I’m serious now! Will you marry me?’ Dah lah cincin lalang. Apalah!” pipi lelaki yang baru sahaja sah menjadi suaminya itu dicubit geram. Perlahan aje. Kalau cubit kuat sangat, mahu kurang kekacakan dia.

“Abang pun tak sangka yang abang boleh lamar Iman time tu.” Haziq tiba-tiba senyum.

“Abang?” Iman Nafisah gelak. Lawak!

“Laaa. Kenapa gelak pulak?” Haziq bengang. Nasiblah kahwin dengan orang yang kuat ketawa ni.

“Amboi, kemain romantik. Ber ‘abang’ konon. Hahahaha.” Iman Nafisah ketawa lagi.

“Suka betul ketawakan orang! Tak nak kawan!” Haziq memuncung. Nak merajuklah cenggini! Tangannya disilang ke dada. Macam budak-budak.

Cuppp. Bibir Iman Nafisah melekap pada pipi kanan Haziq. “Tak payah nak buat muka macam tu. Comel sangat! Orang main-main ajelah!” tangan Haziq dipegang. “Sorry eh?” tangan itu dicium. Macam aku pulak suami. Hailaaaa.

“Alaaaaaaang. Imaaaaaan. Korang buat apa lama-lama kat dalam bilik tu? Majlis dah nak mula ni!” jerit Hanani dari luar. Salin pakaian ke buat pakaian budak berdua ni?!

“We’re coming!” serentak. Pintu bilik persalinan dibuka. Tangan digenggam antara satu sama lain.

“Maaf diterima.” bisik Haziq.

“Thank you.” senyum manis menghiasi bibir. Lengan Haziq dipeluk. Get ready for reseption!










Note to Iman : Nomu nomu mianeh Iman! Lama gila nak siap cerpen yang guna nama kau nih. Happy belated birthday and happy becoming birthday. (Lain kali jangan request aku buat cerpen. Hasilnya macam buat novel dua bijik.) Truly sorry kalau cerita ni rushing dan tak menepati citarasa kau! Nama aje guna nama kau tau?! Takde kaitan yang hidup dengan yang mati eh? Sorry atas kekurangan. Love you always. Muaaaaah :*

Note to reader(s) : Sorry atas ke-rushing-an. Segala typo kira halallah ya? Mr Bad Boy 2 akan menyusul selepas cerpen ni. Bila tu, I tak boleh nak janji. Tapi, InsyaAllah secepat yang mungkin. Enjoy ya? Love you always too. Muaaaaaah :*



Comments

Popular posts from this blog

Cinta untuk Tuan Muda

Mr. Bad Boy 2

#4 Mr. Bad Boy