Posts

Showing posts from December, 2012

ATTENTION!

Image
Assalamualaikum. Cis, tajuk kat atas tu macam apa entah. Gaya macam aku ni retis yang orang nak jenguk blog ni. Hehe. Ekceli, entry ni saya postkan kepada pembaca2 Mr. Bad Boy. InsyaAllah akan ada Mr. Bad Boy yang kedua. Tapi masa tu saya tak boleh tetapkan bila. Mungkin minggu ni, mungkin minggu depan. Atau mungkin tahun depannya. Ergh, memang susah tau tak otak saya ni kalau nak terapkan unsur-unsur agama dalam cerpen. Sebab tu lah kalau saya buat cerpen, masanya macam buat sebuah novel. Mahu berjanggut pembaca2 Mr. Bad Boy dibuatnya.Hehe. Tapi saya harap, kamu-kamu semua sabar menanti Abang An dan Yaya, kay? Sabar kan separuh daripada iman.. Hehe. Nah, tataplah muka Ariq Nushi ni puas-puas. :P

#4 Mr. Bad Boy

Image
“LAGU apa ni?” “Badboy-Bigbang...” “Korea? Hmph, tak nak lah.” “Dengarlah dulu. Nanti tengok MV dia eh? Best!” “Hmm.. okeylah.” ******* Dia bukan budak jahat atau budak nakal. Cuma kalau ada yang cari pasal memang takkan lepas dari genggaman Ariq Nushi. Bukan dia yang cari musuh... tapi musuh yang cari dia. Bak kata pepatah, perigi cari timba... Macam sekarang, Ariq Nushi sedang berhadapan dengan empat orang penyangak yang Ariq Nushi sendiri tidak kenal siapa. Tiba-tiba datang menyerang. Bawa geng pula tu. Dasar pengecut! “Kau nak apa hah?” bentak Ariq Nushi dengan nafas yang tercunggap-cunggap menahan amarah. Perut si Parut ditendang. “Aku nak kau mampus macam abang kau!” si Hitam datang menyerang. Ariq Nushi dengan pantas mengelak. Hitam terhumban ke longgokan sampah. Ariq Nushi makin berang. Segala seni mempertahankan diri yang dia ada, dia keluarkan untuk melawan empat orang penyangak itu. Si Galah menyerang dari belakang. Dia memeluk Ar