Mr. Bad Boy 2

                “Assalamualaikum, bhai.” pintu bilik Dr. Zubair ditolak dari luar. Memang inilah gaya kawan yang beretika. Nasib baik takde patient.

                “Waalaikumussalam. Okey, sebelum kau cakap apa-apa, aku nak tanya kau something.” Zubair menongkat dagu. “Apasal rambut kau dah macam sepuluh tahun lepas?” mulutnya ditutup meng‘cover’ senyum. Nasib baik Ariq Nushi bagi salam. Kalau tidak, memang dia terus label yang pecah masuk pintu klinik dia tadi mafia.

                Ariq Nushi senyum. Kemudian, dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan tempat Zubair duduk. “Saja. Mengembalikan nostalgia lama. Apasal? Terkesima tengok ke-handsome-an aku?” rambutnya yang menutup sebelah mata ditebak ke belakang. Teringat pula zaman sekolah dahulu. Rambut panjang macam model Rejoice. Cikgu disiplin pun dah penat nak tegur. Cikgu potong, rambut tumbuh balik, dia simpan. Cikgu potong, rambut tumbuh balik, dia simpan. Dia tergerak untuk potong rambut dengan ikhlas pun bila ada seorang hamba Allah yang kata dia tak handsome bila berambut panjang. Ariq Nushi senyum lagi. Kenapa dia sangat tak matang dulu?

                “Terkesimalah sangat! Terperanjat adalah. Aku ingatkan mafia manalah yang buka pintu bilik aku ni. Nasib baik bagi salam, kalau tak memang kau dah kena hayun dengan stetoskop ni.”

                “Haha. Sorry lah. Aku tak sempat nak potong rambut. Kau faham-faham aje lah. Selama sebulan ni memang hidup aku tak terurus sikit. Kerja bertimbun kat office. Kalau jam tu tak menunjukkan pukul 3 memang aku tak boleh nak tidur lah. Kau bayangkanlah sendiri macamana hidup aku ni.” sebulan wei, sebulan!

                “Itulah kau! Aku suruh cari bini, kau tak nak. Macam-macam alasan yang kau bagi. Itulah, inilah. Sekarang cuba kau tengok, muka macam dah seminggu tak mandi. Badan pun dah susut. Sebulan kau uruskan projek mega kau  yang bermasalah tu. Haiii, tak paham aku!” bebel Zubair.

                “Apa kena mengena rambut panjang dengan cari bini pulak? Kalau ada jodoh, jumpalah. Kalau takde, membujanglah aku sampai tua.” Ariq Nushi menyandarkan badannya kebelakang. Calon pun takde, macamana nak cari bini?

                “Yalah, kalau kau ada bini... adalah jugak yang jaga makan minum pakai kau. ‘Abang, rambut dah panjang.’ ‘Abang kena jaga kesihatan walaupun busy.’” Zubair ketawa. Rasa kelakar bila dia buat suara perempuan yang tak berapa nak perempuan sangat tu.

                “Cakap kat orang pandailah! Kau ingat nak pilih bini tu macam pilih anak kucing? Kau tu, bila nak kahwin? Sesedap oren dia aje suruh orang kahwin dulu.” mulut Ariq Nushi memuncung.

                “Aku? Aku tunggu kau kahwin dulu baru aku kahwin.” Zubair tersengih busuk.

                “Kepala hotak kau!” kepala Zubair ditunjal oleh Ariq Nushi. Ketawa bersatu.

***********

                Ana Dhaniyah pening. Ke mana lagi tempat yang harus dia pergi? Aku ke sana, dia ke sini. Ana Dhaniyah toleh ke belakang. Eeee, geramnya aku dengan mamat Negro ni! Dia mengetap bibir.

                “Noah, stop following me please?!” Ana Dhaniyah buat muka bengang. Grrr, i hate him!

                “I’m not following you, okay. I’m just bla bla bla...” ahh, banyaklah alasan mamat Negro ni bagi. Ana Dhaniyah menutup telinga. Kalau aku report polis kira aci jugak ni. Pencabul hak asasi.

                Langkahnya dihayunkan ke perpustakaan. Suka hati mamat nilah! Malas aku nak layan!

***********

                “Eeee... geram betul Ana dengan budak Negro ni, mak!” Ana Dhaniyah melepaskan sakit hatinya kepada ibu tercinta. Dah tak tertanggung rasanya untuk menyimpan rasa menyampahnya di hati.

                “Dia berkenan kat Analah tu.” Hahaha. Emaknya ketawa di hujung talian. Ish, mak ni! Ana Dhaniyah memuncungkan mulutnya.

                “Mak nak sangat ke bermenantukan orang kulit hitam ni mak? Tak pasal-pasal nanti Ana jadi warganegara Negro. Mak jangan nak cabar Ana. Ana bertahan ni pun sebab takut mak tak bagi aje. Kira mak bagi greenlight lah ni?” Suaranya tenang sahaja mengusik si ibu. Memang sengaja.

                “Eh, Ana jangan nak buang tebiat! Mak tak izinkan Ana kahwin dengan orang luar! Budak ni bukan boleh buat main. Dibuatnya kahwin betul-betul, masak aku!” bebel ibunya. Ana Dhaniyah memang budak yang tak boleh dicabar.

                Ketawa Ana Dhaniyah pecah. “Tahu pun takut. Takkanlah Ana nak kahwin tanpa restu mak. Cehhh.” Ana Dhaniyah gelak lagi.

                “Tapi mak, macamana Ana nak elakkan diri daripada mamat Negro ni mak? Asyik nak ganggu hidup Ana aje. Orang ke situ, dia ke situ. Orang ke sini, dia ke sini. Sekarang ni pulak dah start nak call-call Ana pulak. Me-nyam-pah mak tau tak?” suaranya mula bengang kembali. Kepala digaru-garu kasar.

                “Apa nama budak Negro tu?” soal ibunya.

                “Noah.” sepatah.

                “Cakaplah macam ni... ‘Noah, i can’t accept your love. I just love my husband. Look, i’m already married.’ Ana tunjukkanlah cincin yang mak bagi hadiah SPM dulu. Eh, pandai jugak mak cakap omputeh ya?” suara ibunya kedengaran teruja dibelakang ayat.

                “Hmmm... boleh jugak. Nantilah. Nampaknya Ana kenalah pakai cincin tu. Berguna jugak akhirnya cincin tu.” Ana Dhaniyah mengetuk-ngetuk dagunya. Yalah, dia memang tak suka aksesori-aksesori yang menyemak macam tu. So, dia buat cincin tu macam loket dan pakai macam tali leher. Mak dia pun satu. Ada ke patut beli cincin yang macam orang dah betul-betul kahwin? Lagilah dia malu nak pakai.

                Setelah memberi salam, Ana Dhaniyah terus mematikan telefon bimbitnya. Bimbang kalau Noah menghubunginya.

********
                Rambut yang kembali macho membangkitkan keyakinan diri untuk melangkah. Ceh, ayat macam orang nak promote syampu. Ariq Nushi melangkah masuk ke sebuah kedai buku. Nak cari buku resepi. Al-maklumlah, hidup bujang. Kenalah pandai-pandai sara diri sendiri. Ya tak? Hehe.

                Ariq Nushi menggaru-garu kepalanya. Kenapa banyak sangat buku resepi ni? Hmm, nak pilih yang mana satu eh? Masakan kampung ke masakan barat? Susah betul hidup membujang ni. Bilalah nak jumpa Mrs Right ya? Pipinya dikembungkan. Dilema betul.

                Lima minit berdiri disitu, akhirnya Ariq Nushi membuat keputusan. Masakan kampung. Yeaaa! Ariq Nushi mengetuk-ngetuk tangannya dengan buku resepi. Apa lagi yang dia nak beli? Langkah diundur tanpa menoleh dan secara tidak sengaja, dia terlanggar seseorang.

                “Aduh.” novel-novel ditangan gadis itu jatuh.

                “I’m sorry, miss.” amboi, speaking! Bajeeeeeet. Ariq Nushi tunduk, mengutip kembali novel-novel yang terjatuh.

                “Are you okay?” soalnya lagi. Dilihat gadis yang bertudung ungu lembut itu dengan kerutan. Takkan langgar sikit pun dah terseliuh?

                “Takpe, takpe. I’m okay.” begnya yang terlurut daripada bahu dibetulkan semula. Novel-novel yang dihulurkan kepadanya disambut. Sebagai gadis Melayu yang penuh adab dan sopan, dia mengangkat mukanya untuk berterima kasih. Namun, apabila mata saling bertentangan kedua-duanya menjadi kelu.

                “Yaya.”

                “Abang An.”

********
                “Kenapa dengan kau ni, Ana? Kau sakit ke?” soal Basyirah prihatin. Dia pelik apabila Ana Dhaniyah masuk ke dalam rumah tanpa salam atau bertegur seperti biasa. Malah, dia berlari masuk ke dalam bilik dan tangisan tiba-tiba bergema.

                Air mata makin lebat mencurah turun. Hailaaa, bila kilang air mata ni berhenti beroperasi? Ana Dhaniyah sendiri pun tidak faham kenapa dia menangis beria macam ni. Soalan Basyirah tidak mampu dia jawab.

                “Takpe, takpe. Kau nangis puas-puas dulu. Bila kau dah ready nanti, kau cerita kat aku eh?” Basyirah memeluk bahu Ana Dhaniyah. Memujuk hati sahabatnya itu supaya reda.

*********
                “Now, tell me.” Basyirah buat muka serius.

                “Alaaaah, ingatkan kau dah lupa.” Ana Dhaniyah memuncung.

                “Ish! Cepatlah cerita kat aku!”

                “Abang An.”

                “Abang An?” Basyirah memproses otaknya. “Abang Ariq Nushi?” mata Basyirah membulat selebar-lebarnya. Ana? Jumpa? Ariq? Nushi? Omaigod! Omaigod!

                “Hmmm...” Ana Dhaniyah mengangguk perlahan.

                “Mana kau jumpa dia? Bila?”

                “Kat kedai buku. Tengahari tadi.”

                “Habis tu apasal kau nangis? Bukan ke kau patut happy ke bila jumpa dia?”

                “Aku sebak.” air mata kembali bertakung.

                “Laaa. Nak sebak kenapa pulak?” kepala Ana Dhaniyah digosok-gosok.

                “D-di.. dia ingat nama aku.” Ana Dhaniyah sedut hingus. Errr.... yulk!

                “Laaa.. aku ingatkan kenapalah tadi.” Basyirah mencebik. Bukan sepatutnya dia perlu bersujud syukur ke sekarang?

                “Aku rindu dia, Basyi.” terlalu rindu. Dia memeluk Basyirah.

**********
{Flashback}
                “Yaya.”

                “Abang An.”

                Automatik air matanya bergenang. Untuk apa atau kenapa pun dia tidak tahu.

                “Eh, kenapa nangis ni?” Ariq Nushi kaget.

                Ana Dhaniyah tunduk menahan perasaaan. Kalau boleh, hendak sahaja dia ikutkan hati untuk memeluk Ariq Nushi. Tapi, itu semua kerja gila!

                Rindu. Ya, itu satu-satunya perkataan yang boleh mentafsirkan perasaannya sekarang. Dia rindu. Sungguh, dia rindukan lelaki ini. Dia rindu akan pandangan mata lelaki ini. Dia rindu untuk mendengar gelak tawa lelaki ini. Dia rindu.

                Ana Dhaniyah bangun. Air matanya dikesat dengan hujung lengan baju kurung. Kakinya melangkah meninggalkan lelaki itu dibelakang. Ariq Nushi hanya mampu melihat sambil menggaru kepalanya. Pelik.

********
                “Yaya.”

                Buat ke sekian kalinya, dia senyum. Yaya makin comel sekarang. Mata dia macam kaca, bersinar. Pipi dia merah bila dia nangis tadi. Tapi, kenapa dia nangis? Ariq Nushi mengeluh. Aku dah jauh sangat describe dia. Astaghfirullah!

                “Assalamualaikum, Zu.” ucapnya sebaik sahaja panggilan bersahut.

                “Free tak?” Ariq Nushi baring di atas katil. Tangan diletakkan ke dahi.

                “Candle light dinner, jom!” ketawa pecah. Ada ke patut dia cakap aku gay?

                “30 minit lagi, okay?”

                “Okey, set. Jumpa kat tempat biasa ya, sayang?” Ariq Nushi gelak lagi. Aya terakhirnya sengaja digedikkan. Tahu-tahu Zubair sudah menamatkan panggilannya. Ariq Nushi sambung gelak. Zu, Zu.

*********
                “Aku jumpa Yaya.” white coffee disisip. Bagus sangatlah minum minuman berkafien malam-malam macam ni. Mahunya mata tak nak lelap.

                Hampir tersembur keluar jus epal daripada mulut Zubair. “You, what?” mulutnya dikesat dengan tisu. Dia merapatkan tubuhnya pada meja.

                “I. Met. Yaya.” Ariq Nushi mengulangi kata-katanya satu persatu.

                “Serius?” mulut terlopong. “Kat mana?”

                “Kedai buku.”

                “Kau tegur dia tak?” masih dalam mode terkejut. Ariq Nushi mengangguk.

                “Tapi bila aku panggil nama dia aje, terus dia menangis.” Ariq Nushi sedikit mengeluh. Hatinya menjadi resah sejak pertemuan mereka tadi.

                “Nangis? Aduuuuh, kenapa pulak?”

                “Entah.” bahu diangkat. Macamana nak bagitau Zubair sedangkan dia pun tidak pasti apa yang menyebabkan Yaya menangis. Suasana menjadi sunyi seketika. Zubair berdehem.

                “May i ask you something?”

                “What?”

                “Kau sayang Yaya?”

                Erk. Soalan apakah itu? Ariq Nushi diam tidak menjawab. Matanya memandang alas meja yang berwarna merah yang bersulam cantik. Haaa, waktu inilah dia rasa macam nak uji minda sama ada dia ingat atau tidak jenis sulaman yang dia pernah tengok waktu nenek dia ambil upah menjahit dulu.

                “Macam nilah, Riq. Kalau dulu kau putuskan hubungan korang untuk menjaga batas pergaulan, apa kata kalau sekarang kau make a move.” cadang Zubair.

                “Make a move? Means?” Ariq Nushi buat-buat tanya. Melalui pertanyaan Zubair tadi dia sudah dapat mengagak apa yang Zubair cuba ingin jelaskan.

                “Marry her.” senyum ditarik.

*******

                “Basyi!” jerit Ana Dhaniyah dari tingkat bawah. Mana pulak perginya budak bertuah ni? Ces, ayat macam mak-mak.

                “Basyiiiiiiiii!!!” kali kedua, tiada respon.

                “Basyiiiiiiiii!!!” kali ketiga, masih tiada respon. Nada suaranya mula berubah. Dah macam lagu when i was your man pulak. Eh? Kenapa tiada respon ni? Biasanya, kalau sekali panggil pun Basyirah dah menyahut. Ana Dhaniyah menggaru kepala yang tidak gatal.

                Kakinya diatur mendaki tangga. Belum bangun lagi ke? Pintu Basyirah dikuak.

                “Astaghfirullah-al-azim. Terbongkang tidur lagi rupanya! Hoi, matahari dah terpacak atas kepala pun kau masih elok landing kat sini?! Nak kena ni!” bebel Ana Dhaniyah sambil kakinya menuju ke katil. Amboi, mentang-mentanglah hari ni hari minggu!

                “Basyi!” bahu sahabatnya itu digoyang-goyang. Tidak berkutik.

                “Basyirah...” selimut diselak. Dia dapati tangan Basyirah menggigil-gigil. Muka pucat. Dahi berpeluh. Mulut pun turut vibrate sekali. Secara automatic, tangannya dibawa kedahi Basyirah.

                “Ya Allah, panasnya!” tangan ditarik kembali. Panas gila! “Kenapa kau tak cakap yang kau sakit? Jom, kita ke klinik.” Ana Dhaniyah berkata bimbang. Memang semalam Basyirah ada mengadu yang dia sakit kepala, tapi tak tahu pulak sampai demam. Hailah Basyi... Basyi...

                Dengan kudrat yang ada, Basyirah cuba bangun perlahan-lahan. Kepalanya dah macam kena hempas dengan batu. Jangan sampai datang migraine pulak, sudah!

                Ana Dhaniyah memapah Basyirah yang terhuyung-hayang berjalan. Sempat dia menyambar sweater dan tudung milik Basyirah. Sampai di ruang tamu, Ana Dhaniyah menyuruh Basyirah berehat di sofa. Dia ke dapur untuk membancuh milo dan membakar roti. Takkan nak biarkan Basyirah lapar pulak. Terpengsan karang, lagi naya!

                “Nak ke mana Ana? Nampak rushing aja.” tegur Irfan ; jiran depan rumah merangkap senior di fakulti Ana Dhaniyah dan Basyirah. Oh, oh! Merangkap juga Basyirah punya secret admire. Hehe.

                “Nak ke klinik. Ni ha, Basyirah demam.” pagar dibuka.

                “Demam? Teruk ke?” risau sahaja nada Irfan bertanya.

                “Takdelah teruk sangat. Tapi naiklah jugak temperature badan dia. Takpelah Abang Ipan, Ana pergi dulu eh? Nanti kesiangan pulak. Kesian kat Basyi.” Ana Dhaniyah berpamitan.

                “Errr... nak Abang Ipan tolong hantarkan ke?” pelawa Irfan.

                “Eh, takpelah. Menyusahkan Abang Ipan je. Ana pergi dulu, ya.” tanpa berlengah, Ana Dhaniyah masuk ke dalam kereta. Basyirah yang sedang tidur ditempat duduk penumpang dipandang sekilas. Kau blur, Basyiii.. sangat blurr. Dia tergeleng-geleng sendiri.

********

                Klinik Zubair. Ana Dhaniyah tersenyum apabila menyebut nama klinik itu. Teringat senior zaman sekolah lah pulak! Ana Dhaniyah memberhentikan keretanya di petak parking. Bahu Basyirah digoncang perlahan.

                “Basyi, kita dah sampai kat klinik.”

                “Hmmm...” Basyirah menggumam sambil meraup mukanya. Nasib baik dia dah mandi subuh tadi. Kalau tak, memang buat malu kaum.

                Saat kaki melangkah masuk ke klinik, masing-masing terkaku. Speechless. Sangkakan hanya nama klinik sahaja yang kebetulan serupa, rupa-rupanya dia doctor kat sini. Mana tau? Tengok kot putih yang tersarung dengan stetoskop tersangkut kat leher pun dah tahu. And what? Handsomenya diaaaa!

                “Abang Zu!” hamboi! Dalam keadaan demam pun Basyirah boleh menjerit gembira macam tu?

                Zubair juga turut tergamam. Kemudian, bibirnya menguntumkan senyuman. “Basyi, Ana... buat apa kat sini.” terasa bodoh dengan soalan sendiri, Zubair menepuk dahi. Apa daa... dah tentu-tentu budak dua orang ni datang klinik nak berubat. “Hehe. Siapa yang sakit, ni?”

                “Basyi, Abang Zu. Tapi entah kenapa lepas nampak abang dia terus sihat. Hehehe.” Ana Dhaniyah mengusik. Abang Zu ni dulu, crush Basyirah. Biasalah, zama jahiliyah... hati mudah terpikat. Tambah-tambah dengan orang yang mukanya alim stok masjid macam Abang Zu ni.

                “Amboi! Hahaha. Korang tunggu kejap eh. Kejap lagi doktor perempuan datang. Ke nak terus check dengan abang?” kening diangkat nakal.

                “Jangan nak mengada!” Basyirah menjeling. Makin handsomelah pulak Abang Zu ni. Bikin hati goyang je!

*********

                Habis sahaja berurusan di kaunter klinik, Zubair muncul kembali. Tangannya menghulurkan kad bisnes kepada Ana Dhaniyah dan Basyirah. “Kalau ada kes urgent ke apa, call abang tau?”

                “Hmm... okay.” serentak mereka menjawab. “Kami pergi dulu, assalamualaikum.”

                “Waalaikumussalam.”

********

                Ariq Nushi memerhatikan langkah Ana Dhaniyah yang baru sahaja menapak keluar dari Klinik Zubair. Gila! Memang gila! Sanggup dia keluar office semata-mata nak tengok Yaya. Grrrrr... teringat pulak perbualan dia dan Zubair yang tak sampai setengah jam yang lalu.

                “Wei.. wei.. weii..” suara Zubair memecah gegendang telinganya.

                “Ni pehal pulak ni? Dah tak reti bagi salam?” perli Ariq Nushi. Rushing semacam aje.

                “Yaya wei! Yaya kau kat klinik aku sekarang ni!” beritahu Zubair sedikit teruja.

                “Huh? Kenapa? Dia sakit ke?” Ariq Nushi terbangun dari tempat duduknya. Matanya automatik terbuntang.

                “Taklah. Dia temankan Basyirah. Demam. Aku rasa aku tak perlu terangkan Basyirah tu siapa. Kau ingat, kan?”

                “Oh, Basyirah. Bestfriend Yaya tu? Or should i say, kau punya crush?” hahaha. Ariq Nushi bantai gelak.

                “Shhhh... kau ni! Cakap siang pandang-pandang, bhaii! Itu waktu zaman hingusan lah!” Zubair menggeleng kepala. Macam manalah si Ariq ni boleh tahu yang Basyirah tu crush aku eh? Haiiih, buat penat je cover dulu. “Okeylah bhai. Ada seorang dua patient aku yang tunggu dirawat ni. Aku call ni sebab nak inform pasal Yaya aje. Bye, assalamualaikum.” Zubair menamatkan perbualan.

*******
                “Basyi, kau ada on Facebook tak?”

                “Takde. Kenapa?”

                “Kau ingat tak Abang Syakir?”

                “Abang Syakir? Abang Syakir mana?”

                “Alah, ex-senior kita lah.”

                “Errr... yang sarjan kadet polis tu eh?”

                “Hah, yang itulah!”

                “Apasal dengan dia?”

                “Dia organize reunion batch 84, 85 dan 86. Nak join tak?”

                “Reunion? Bunyi macam best. Hehe. Bila?”

                “Hujung bulan depan. Tepat-tepat cuti sem.”

                “Kat mana?”

                “Sweet Beach Resort.”

                “Wow, bestnya! Nak, nak, nak!”

                “Okey, set!”
********
                “Wuuuuu... pantaiiiii...” Ana Dhaniyah berlari ke pantai sambil mendepangkan tangan. Basyirah dibelakang sudah tergeleng-geleng. Gaya macam tak pernah jumpa pantai!

                “Woi! Kalau ya pun, check in lah dulu!” jerit Basyirah dari jauh. Tak larat nak kejar Ana Dhaniyah yang sudah jauh menuju ke pantai. Dengan cuaca yang panas lagi! Haish, sunburnlah aku! Bebel Basyirah dalam hati.

                Ana Dhaniyah mencebik. “Hish, yelah. Yelah.” Sibuk aje nak kacau orang . Dia kembali ke daratan. Satu langkah, dua langkah, dia terhenti. Matanya terarah pada sebatang tubuh yang sedang rancak berbual dengan beberapa orang rakannya.

                Basyirah memandang Ana Dhaniyah dengan pelik. Dah kenapa pulak mak cik tu terpacak kat situ macam nak nyanyi lagu Negaraku? Apabila dia terperasankan mata Ana Dhaniyah terarah kebelakangnya, dia turut menoleh.

                Oh. My. Allah. Am i dreaming? Basyirah menggosok matanya. Is it him? Yes! It’s him! Basyirah pandang Ana Dhaniyah kembali dengan mulut yang sedikit terlopong dan kali ini, dia menapak mendekati Ana Dhaniyah.

                “Basyi, aku tengah mimpi ke?” soalnya tanpa mengalih pandangan matanya dari ‘dia’.

                “Tak. Kau tak mimpi. Apa yang kau tengok sekarang adalah kenyataan. Itu Abang Ariq.” Basyirah memeluk bahu Ana Dhaniyah. “Jom check in!”

                “Kejap lagilah. Takkan aku nak jalan tepi dia kot.” baru kali ini pandangannya dialih.

                “Laaaa... kenapa pulak?! Buat rileks sudahlah. Bukannya kita nak pergi bertinju dengan dia pun. Cepatlah. Panas ni!” Basyirah mengipas-ngipas mukanya. Boleh pulak mak cik ni kata kejap lagi. Grrrrr....

                “Kalau kau pergi sorang tak boleh?”

                “Ek eleh mak cik ni. Banyak cantik muka kau?! Dah, jom kita pergi!” tangan Ana Dhaniyah ditarik.

                “Tak naklah. Aku malu.” Ana Dhaniyah mengeraskan badannya. Malu untuk apa pun dia tidak tahu.

                “Nak malu apanya? Bukannya tak pakai baju!” Basyirah mula hot. Tolong mak cik! Kulit aku dah terbakar ni! “Okey, fine! Mana lagi kau nak? Jalan dengan aku ke jalan sorang-sorang? Dahlah. Malas aku nak layan. Buat penat aje!” Basyirah berpaling lalu menapak pergi.

                Ana Dhaniyah tersentak. “Eh, tunggu aku!” langkah Basyirah disaingi. Lagi malu kot kalau jalan sorang-sorang.

*******
                Ana Dhaniyah dan Basyirah mengatur langkah menuju ke tepi pantai. Baru best nak turun ke pantai petang-petang macam ni.

                “Ana, Basyi! Sini!” jerit Syahir dari jauh. Untuk pengetahuan, Syahir merupakan adik kedua Syakir. Yang lagi sorang, namanya Syamil. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa batch 84, 85 dan 86 buat reunion serentak.

                Ana Dhaniyah dan Basyirah mengalih langkah. Tak sangka pulak ramai yang datang. Al-maklumlah, tiga batch buat reunion... mestilah ramai.

                “Kita nak buat apa ni?” soal Basyirah kepada Syahir.

                “Nak bagi tentative. Senang sikit kalau nak buat aktiviti.” ujar Syahir sambil menghulurkan sekeping kertas kepada Basyirah. “Korang datang sekali kan?”

                “Haah. Kenapa?”

                “Ambik satu ajelah. Jimat sikit. Hehe.”

                Basyirah mencebik. “Kedekut.”

                “Ehem... ehem.. assalamualaikum w.b.t.” Syamil memulakan ucapan. Healer diangkat tinggi-tinggi oleh Syakir supaya suara tidak tenggelam.

                “Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana Allah masih memanjangkan umur kita untuk bertemu dan berprogram pada hari ini. Macam yang dah tertulis pada tentative, sekarang adalah aktiviti bebas. So, korang boleh bawa diri masing-masing dan pastikan pada pukul 8.45 malam, korang berkumpul disini. Okay?”

                “Beres bos!” bergema pantai itu dengan suara mereka.

                “Oh ya! Minum petang boleh didapatkan di bilik 106. Sekian, terima kasih.”

                Ana Dhaniyah berpimpin tangan dengan Basyirah menuju ke pantai. Selangkah. Dua langkah. Tiga. Eh?

                “Itu bukan Abang Ajmal ke?” soal Basyirah. Dia menoleh untuk melihat reaksi Ana Dhaniyah.

                “Ha’ah lah.” Ana Dhaniyah tarik senyum. “Ajmal!” dia melambai.

                Ajmal angkat muka. Ana? Automatik, tangannya turut melambai dan bibirnya mengukir senyum.

                “Woi, cousin! Dah lupa jalan nak balik kampung ke?” soal Ana Dhaniyah sambil mencekak pinggang. “Mak Ngah dah lama tunggu kau kat kampung.”

                “Sorry, sis. My bad. Bukan tak nak balik, tapi sibuk.” Ajmal beralasan.

                “Banyaklah kau punya sibuk. Eh? Mana pergi jambul kau?” Ana Dhaniyah tergelak. Handsome pulak sepupu aku yang sorang ni. Kalau dulu, gaya pun dah rupa samseng. Samseng jambul! Hahaha.

                “Bertuah punya budak! Jambul aku jugak yang disibukkan. Bukannya nak tanya aku ni sihat ke tidak!” matanya dicegil.

                Basyirah yang hanya menadah telinga tumpang gelak. “Abang Ajmal, kata dah bertunang. Mana cik tuning? Tak usung bawa sekali?”

                “Tunang? Eh, mana Basyi tahu yang Abang Ajmal dah bertunang? Kau yang bagitahu eh Ana?”

                Ana Dhaniyah buat muka selamba.

                “Hehehe. Rilekslah Basyi. Baru tunang aje kot... tak jadi isteri lagi. Sebelum kahwin ni, kenalah enjoy dulu.”

                “Amboi! Aku report kat Kak Masyi baru kau tau langit tu tinggi ke rendah!” Ana Dhaniyah menggugut.

                “Reportlah, aku tak takut!” Ajmal menjelirkan lidahnya sebelum matanya kaku melihat sebatang tubuh yang datang menghampiri.

                “Ariq!” Ajmal menggangkat tangan sambil menyapa. Dia berlalu untuk mendapatkan Ariq Nushi. Ana Dhaniyah yang tadinya becok bercakap itu ini sekarang membisu. Errr... kenapa suasana jadi AWKWARD sangat ni?

                Ana Dhaniyah memusingkan badannya. Untuk seketika, matanya dan mata Ariq Nushi bersambung sebelum dia menggalihkan pandangan. Choi, dia hanya kenangan lama! Kakinya menguis-guis pasir dengan hujung kasutnya.

                “Kau apa khabar, bro?” Ajmal memeluk bahu Ariq Nushi. Ariq senyum.

                “Alhamdulillah, sihat. Kau?”

                “Alhamdulillah...”

                “Yaya, Basyi... sihat?” soalan Ariq Nushi membuatkan Ana Dhaniyah tersentak. Errr... dia sebut nama aku ke tadi?

                “Errr... sihat... Alhamdulillah.”

                “Bro, mana kau pergi lepas SPM wei?” soalan Ajmal membuatkan Ana Dhaniyah semakin fokus. Ha’ah. Dia pun dah lama tertanya-tanya ke mana Ariq Nushi menghilang lepas SPM. Pada hari keputusan SPM pun dia tak datang. Weird.

                “Aku ikut Zubair pindah. Lepas nenek aku meninggal, abah dan ibu Zubair ambil aku jadi anak angkat. Kebetulan pulak lepas SPM tu, abah Zubair kena transfer. Itu yang aku tiba-tiba menghilang tu. Waktu result pulak, aku demam teruk. Zubair aje yang dapat pergi. Itu pun sekejap aje. Tak sempat dia nak bertegur dengan sesiapa.” penerangan Ariq Nushi membuatkan Ajmal terangguk-angguk. So, kepingan puzzle sudah pun bercantum.

                “Oooo.. macam tu. Okeylah... Ana, Basyi... kami ada guys talk kejap. Jumpa nanti, eh?” Ajmal menarik Ariq Nushi menjauhi Ana Dhaniyah dan Basyirah. Setelah berjalan agak jauh daripada mereka, Ajmal menumbuk bahu Ariq Nushi.

                “How could you leave Ana without saying goodbye...” kata Ajmal sambil memandang ke arah laut.

                Aku dah agak dah. Ariq Nushi menarik nafas dalam-dalam. “Aku suka dia...” eh, what? Tetiba confess pulak ni kenapa?

                Ajmal tergelak. Sarkastik. “Kau? Suka dia? Hei, come on lah... kau ingat bila kau cakap kau suka dia, kau dapat kembalikan Ana yang dulu? Kau dah hancurkan hati Ana!” suaranya dikawal sehabis mungkin. Kisah 10 tahun yang lepas kembali bermain dalam ingatannya. Bagaimana lakonan Ana untuk menutup kesedihannya kerana kehilangan seorang kawan baik atau mungkin... eh? Ana pun suka dia?

                “It’s painful to say goodbye to someone that you don’t want to let go. Bila kau terlalu sukakan seseorang, kau tak akan tergamak untuk tinggalkan dia. Goodbye means leave. And leave means berpisah. Aku sangat yakin yang suatu hari nanti aku akan jumpa balik dengan Yaya. Dan hari yang aku nantikan tu, dah pun tiba. Jadiiiii....” ayat Ariq Nushi dibiarkan tergantung.

                “Jadi?” Ajmal jadi penasaran.

                “Kau kena tolong aku.” kening diangkat. Senyum melebar.

                “Tolong?”

**********
Aktiviti pertama. Campfire. Konon.

                “Attention... attention... korang boleh buat satu halaqah besar mengelilingi api ni. Belah ni, kaum adam. Belah ni, kaum hawa. Yang duduk hujung tu tak payah nak mengada-ngada nak ambik kesempatan.” Syakir memberi arahan. Apabila satu bulatan besar sudah terbentuk, Syakir melabuhkan punggung disisi adiknya, Syamil. Tempat yang paling hujung.

                “Okey... game first adalah kotak beracun. Korang akan main pass-pass kotak ni sampai muzik berhenti. Ada faham?” Syamil memberi keterangan. “Bila muzik diberhentikan, orang yang memegang kotak ini akan mencabut satu kertas didalamnya dan melakukan misi yang tertulis. Alah, macamlah korang tak biasa. Okey, kita mula dari sekarang!”

                “Lagu Sayang-Shae mula berkumandang. Kotak beracun itu berputar mengikut arah jam bermula dari Syahir dan berhenti pada Ira.

                “Anda mempunyai seorang kekasih. Tetapi, korang telah bergaduh atas salah satu sebab dan anda dikehendaki untuk memujuknya kembali. Lakonkan!” Ira membaca misinya.

                “Apa ke payah misi yang aku dapat ni?” Ira mencebik. Nak kena berlakon bercinta pulak! Bercinta pun belum pernah...

                “Ah, tak kira! Kena buat jugak!” Syamil mengarah.

                “Kak Ira, kalau nak berlakon, tak boleh buat sorang-sorang. Kena ada heronya...” suara Ifhami pula yang menyibuk.

                “Hish... macam-macam! Hmmm, kalau macam tu, Ira nak Abang AB lah yang jadi hero. Boleh tak abang?” Ira buat muka comel.

                “Eh, kenapa abang pulak?” AB terpinga-pinga. Aku pulak yang kena.

                “Alah, sportinglah sikit AB!” Syakir menyampuk.

                “Ish... Iyalah, iyalah...” AB bangun sambil menggaru-garu belakang kepalanya.

                “Ingat tau... Abang sekarang tengah merajuk. Ira nak pujuk abang ni.”

                “Okey, set!” AB mengangguk.

                “Okey, ready?” Syahir menyoal. Ira dan AB mengangguk. “three... two... one... action!”

                “Ehem... ehem...” Farah berjalan mendekati AB. AB yang perasan akan kehadiran Ira memeluk tubuh. Mukanya dikeruhkan. Merajuklah konon!

                “Abang...” baju AB ditarik-tarik. AB merengus.

                “Buat apa kat sini?” AB memalingkan mukanya daripada melihat Ira. Para penonton hanya menahan ketawa. Sangat pelik tau kalau tengok orang yang sememangnya bukan pelakon ni berlakon. Nampak over semacam.

                “Oppa... mianeh..” Ira buat muka comel.

                “Ni tersampuk alien mana sampai boleh cakap bahasa diorang ni?” AB masih memeluk tubuh.

                Ira mencebik. Ada ke patut bahasa Korea tu bahasa alien? Nak kena terajang Abang AB ni! Ira menggaru dahinya. “Abang, Ira minta maaf.” Jarinya bermain dengan hujung tudung.

                “Kenapa Ira minta maaf? Ira ada salah dengan abang ke?”

                “Ira... Ira... err... Ira lupa birthday abang. Sebab tu Ira lupa nak keluar dengan abang. Abang janganlah marah Ira lagi. Maaflah... ya? Ya? Oppa, mianeh!” terlompat-lompat Ira ingin meminta maaf. Baju AB ditarik lagi.

                “Sampai hati Ira biarkan abang menunggu macam orang gila kat kedai makan tu. Adinda, tidakkah adinda tahu bahawasanya sudah 2 jam kekanda menunggu disitu tapi batang hidung adinda pun kanda tidak nampak. Sampai hati dinda!” drama yang dilakonkan oleh AB dan Ira makin menjadi-jadi. Sampai panggilan ‘abang-Ira’ pun sudah ditukarkan menjadi ‘dinda-kanda’. Alahai, melampau sungguh!

                “Kanda! Bukan dinda sengaja untuk membiarkan kanda menunggu... tapi dinda terlupa. Terlupa, kanda.... terlupa.”

                “Cut!” jerit Syakir. Farah sudah terduduk sambil tergelak. Memang tak boleh blah punya abang AB. Letih betul berlakon ni. Taubat tak nak buat lagi dah!

                “Panjang sangat dramanya. Aku rasa sampai besok pun tak habis.” Syakir menggeleng kepala sambil mengibas wajahnya. Penat gelak!

                “Okey, proceed. Kita mula balik.” Syamil memainkan lagu Sandiwara Cinta. Apabila muzik terhenti, kotak beracun itu tepat-tepat berhenti pada tangan Umar. Dengan cool, dia mengambil satu lipatan kertas.

                “Kau dapat apa, Mar?” Syakir angkat kening.

                Umar mengangkat muka kemudian tersengih. “Nak tukar boleh tak?”

                Syakir menggeleng-geleng sambil bibirnya menyanyikan lagu Nonono-Apink. Siap dengan gaya tangan lagi. “Cuba kau baca apa yang kau dapat...”

                “Ish... nak tukarlah... tak reti aku!” Umar memberi alasan.
\
                “Ah! Tak kira! Baca sekarang jugak!” Syakir tak bagi muka. Task apa yang susah sangat tu?

                “Ishhh.. iyalah... iyalah...” Umar menjeling. Lipatan kertas dibuka lalu dibacanya malas. “Anda dikehendaki untuk menyampaikan satu tazkirah berkenaan cinta.”

                “Wow...” suara sumbang yang lain mula berkumandang. Umar bangun sambil menepuk belakang seluarnya yang terlekat pasir. Dia menarik nafas dalam-dalam kemudian menghembuskannya.

“Hasbi rabbi Jallallah
Ma fi qalbi ghairullah
Nur Muhammad Sallallah
La Ilahaillallah
Cukuplah bagiku, tuhanku
Yang ku sembah setiap waktu
Cintakan bunga, bungakan layu
Cinta manusia, manusiakan mati
Cinta rasul, cinta sejati
Cinta Allah, kekal abadi.

“Alhamdulillah, kita masih berkesempatan untuk bertemu pada hari ini, jam ini, minit ini, saat ini dan detik ini. Tajuk yang aku dapat, seperti yang sedia maklum adalah cinta. Nak suruh aku sebut dalam bentuk tazkirah memang aku angkat tangan surrender. Sumpah aku tak reti. Tapi, insyaAllah apa aku yang nak cakapkan ni korang hadam baik-baik. Sebelum tu, aku nak cakap yang aku bukan malaikat. Aku tak sempurna macam nabi. Tapi kalau nak tunggu semua manusia sempurna, sampai bila kita nak tunggu? So, unzur ila ma qala wa la unzur ila man qala. Tengok pada apa yang disampaikan bukan tengok pada siapa yang menyampaikan. Catch?

Okay. C.I.N.T.A.  Cinta. Cinta ni universal sebenarnya. Cinta pada ibu ayah, cinta pada sahabat, cinta pada kekasih, cinta pada harta, cinta pada kesenangan, cinta... cinta dan cinta. Kalau nak disebutkan memang dua tahun lagi pun tak habis. Tapi, sahabat-sahabat... cinta apa yang paling suci? Cinta apa yang paling setia? Cinta apa yang paling sejati? Cinta apa yang paling kekal abadi?”

“Allah.” Bergema pantai itu dengan jawapan mereka.

“Absolutely, right. Cinta Allah. Itulah segala-galanya. Maka, peluang dan ruang hidup sementara yang masih berbaki ini kita gunakan demi meletakkan diri dalam senarai hamba yang Allah cinta. Apa lagi yang kita mahu jika sudah mendapat cinta Allah? Tapi, betul ke kita cintakan Allah? Betul ke kita cakap yang kita sayangkan Allah? Apa bukti cinta kita? Apa bukti sayang kita? Soal balik dalam hati. Aku sayang Allah tapi apa bukti yang telah aku laksanakan untuk membuktikan aku cintakan Allah? Aku buat tak semua perintah Allah? Aku tinggal tak semua larangan-Nya?

Kata sayang Allah tapi masih tinggalkan solat. Kata cintakan Allah tapi masih tinggalkan puasa. Kata kasihkan Allah tapi nak tutup aurat pun boleh fikir sampai dua kali. Stop lying yourself. Kalau segala cinta, kasih dan sayang kepada hanya sekadar ungkapan dibibir jangan menangis bila kau dibakar dalam api neraka kelak. Allah dah bagi peluang. Allah dah utuskan nabi Muhammad untuk bimbing umatnya. Dah berapa kali Allah sebut dalam al-Quran? Sunnah pun ada untuk dijadikan panduan. Jangan terus butakan mata dan butakan hati.

Pada kita sang pendosa, belum terlambat lagi masa untuk kita bertaubat. Fikirlah, Allah masih beri peluang untuk kita bernafas hari ini pun supaya kita guna masa yang ada ini untuk bertaubat. Lihatlah wahai sahabat. Ego lagikah kita? Sedangkan Allah sayangkan kita apatah lagi kita sebagai hambaNya yang hina. Wallahu’alam...” Umar mengakhiri tazkirahnya.

“Takbir!”

“Allahuakbar!” bergema pantai itu dengan laungan takbir. Umar kembali ke posisinya. Suasana sunyi sebentar sebelum pantai itu dihiasi dengan bunga api. Semua orang yang berada disitu memanggung kepala. Hari ni hari raya ke?

Tidak lama selepas itu, pantai itu digemakan dengan lagu Thief-Mark Adam. Bulat mata Ana Dhaniyah. Siapalah yang sweet sangat pasang lagu gaya nak propose anak dara orang? Ngeee... kalau dia yang kena propose kan best? Layan ajelah.

Don’t put your pillows on the balcony
Or i will take it with me
It’s the only way that I can sleep with you
And dream of us two

Don’t leave your lipstick out of your hands
I hope you will understand
It’s the only way that I can kiss you
It’s the only way to be one with you

I’m gonna steal your heart
The way I stole your scarf
I’m gonna steal your love love love
The way I stole your glove

Don’t you notice i have
Worship you since we both were kids
I have loved you since first grade
I hope its not too late too late

Don’t leave your toothbrush anywhere
With twenty missing don’t you care
That I am closer to you
You don’t even know
It feels like mouth to mouth and I love it so

I’m gonna give back to you
If you say you love me too
And everything will be okay

I’m gonna steal your heart
The way I stole your scarf
I’m gonna steal your love
The way I stole your glove

Don’t you notice i have
Worship you since we both were kids
I have loved you since first grade
I hope its not too late for to say
I hope its not too late its not to late

Ana Dhaniyah tersengih sendiri. Entah kenapa dia teringatkan kenangan bersama Ariq Nushi. Sedikit sebanyak lagu itu ada persamaan dengan dia. Tapi bukan first grade lah. Aku kenal dia waktu tingkatan 3. Eh, salah. Dari tingkatan satu lagi cuma mula rapat di tingkatan 3. Yang curi scarf, curi glove memang dah menyimpang jauh dah. Kalau curi hati tu betul! Hehehe.

Entahlah. Kadang-kadang dia sendiri pelik dengan diri sendiri. Dia baru tingkatan tiga kot. Masih mentah lagi. Sepatutnya dia sudah dapat lupakan Ariq Nushi memandangkan dia masih budak lagi. Tapi, dah 10 tahun berlalu... otaknya masih segar dengan kenangan lama. Mereka bukannya bercinta pun. Ish, ish, ish.

Habis aje lagu Thief-Mark Adam, lagu Bad Boy- Big Bang pula yang berkumandang. Kali ini senyuman Ana Dhaniyah mati. Kenapa... kenapa lagu ni? Sungguh, lagu inilah lagu yang selalu dia dengar sampai nak pecah gegendang telinga. Masih segar dalam ingatannya bagaimana cara dia boleh kenal dengan lagu ini. Secara spontan, matanya mencari kelibat Ariq Nushi dalam bulatan yang terbentuk. Tiada. Mana dia pergi? Tadi bukan dia duduk hujung tu ke?

It’s a beautiful night
We’re looking for something dumb to do
Hey baby
I think I wanna marry you

Pulak? Memang betullah malam ni ada yang kena propose. Siap pasang lagu Marry You-Bruno Mars lagi.

Is it the look in your eyes
Or is it this dancing juices?
Who cares, baby
I think i wanna marry you

Well, I know this little chapel
On the boulevard we can go
No one will know
Oh, come on girl

Who cares if we’re trashed
Got a pocket full of cash we can blow
Shots of patron
And it’s on girl

Errr... Ana Dhaniyah bukan nak perasan... tapi kenapa dia dapat rasakan yang setiap pasang mata yang berada disitu sedang memandangnya? Okay, aku harap ini adalah perasaan. Ana Dhaniyah menggeleng.

Don’t say no, no, no, no, no
Just say yeah, yeah, yeah, yeah, yeah
And we’ll go, go, go, go, go
If you’re ready, like i’m ready

Kali ini, bahagian lagu Marry You disambung oleh mereka yang berada dalam bulatan. Sekali lagi Ana Dhaniyah rasa nak perasan. Kenapa semua orang tengok dia ni? Muka aku buruk sangat ke? Ana Dhaniyah memegang pipinya. Pelik, pelik. Macam ada komplot aje. Tangannya yang bebas tadi kini digenggam kejap oleh Basyirah. And what’s going on here? Tindakan Basyirah itu semakin mengelirukan dia.

Persoalan yang berpusing dalam mindanya terungkai sebaik sahaja Ariq Nushi muncul sambil memegang sejambak bunga. Mawar merah, cantik. Tapi, yang paling memeranjatkan Ana Dhaniyah adalah apabila dia tersedar yang umi, abah dan adiknya, Lan sedang berdiri sambil tersenyum dibelakang Ariq Nushi. Macamana diorang boleh ada kat sini?

“Betullah kata orang tua-tua... kalau dah jodoh tu tak kan ke mana. Saya mati-mati ingat bila saya pergi, peluang saya untuk jumpa awak adalah kosong. Pelik... memang pelik... Kita tak pernah bercinta tapi... entahlah... rasa itu datang sendiri tanpa saya duga. Saya ingat, bila kita dah berpisah selama lebih kurang 10 tahun, rasa tu akan hilang... tapi bila saya jumpa balik dengan awak kat kedai buku beberapa bulan lepas, hati saya kuat mengatakan yang awak adalah jodoh saya.”

Ana Dhaniyah sebak. Alahai, apesal rasa sedih sangat ni. Hujung matanya dikesat. Kenapa dia pasti sangat yang kata-kata Ariq Nushi itu ditujukan kepadanya?

Ariq Nushi tersenyum sambil menyambung kata-katanya. “Walaupun waktu perkenalan kita hanyalah sementara, saya bersyukur sangat sebab Allah dah temukan saya dengan awak, Yaya.”

Eh... eh... eh... aku silap dengar ke? Dia sebut Yaya kan? Nama aku? Ana Dhaniyah memandang Basyirah sambil menayang muka terperanjat. “Am I dreaming?”

Basyirah tersenyum. “Naaaa... you’re not dreaming. Kau tengah berpijak pada bumi yang nyata. Abang Ariq tengah lamar kau!” Basyirah menepuk belakang tangan Ana Dhaniyah.

“Bersaksikan Allah, pantai ni, mak cik, pak cik, Lan, sahabat-sahabat... dengan lafaz Bismillah, saya lamar awak untuk jadi permaisuri hidup saya dunia dan akhirat. Will you marry me?” Ariq Nushi mengharap dengan penuh debaran. Gelagat Ana Dhaniyah diperhati.

Ana Dhaniyah dah macam patung mannequin dekat shopping mall. Entah kenapa dia rasa tubuhnya menjadi ringan. Lemah lutut, dow! Dia memeluk lengan Basyirah untuk menahan tubuhnya daripada rebah menyembah bumi. Aku kena propose wei! Ulang suara, kena propose!

Para penonton yang tadi hanya memerhati sudah sibuk bersorak, “marry him... marry him...” Hailah, makinlah si Ana ni susah nak normalkan balik kepala hotak dia yang tengah buffering tu. Bising ajelah!

“Saya tahu benda ni akan mengejutkan awak. Jadi...” Ariq Nushi berjeda. Tangannya diseluk ke dalam poket dan mengeluarkan sebuah kotak merah yang kecil. “Saya tunggu awak dalam masa seminggu. Kalau awak setuju, pakai cincin ni... dan kalau awak tak setuju, awak anggaplah cincin ni sebagai hadiah untuk awak.” Ariq Nushi menghulurkan bunga dan kotak merah itu. Dengan wajah yang masih blur dan tak percaya, Ana Dhaniyah menyambut.

“Saya tunggu awak...” Ariq Nushi berbisik kemudian berlalu.

***********

“Mak harap... Ana dapat buat keputusan dengan tepat. Mak pun dah lama berkenan dengan budak Ariq tu.” kata Puan Ros.

“Abah tak paksa Ana untuk terima. Fikir elok-elok ya, nak.” Encik Bad menambah.

“Apa pun keputusan akak, Lan terima. Tapi... kalau Lan dapat abang ipar pun okay jugak. Hehe.” Lan pula menyampuk.

Ana Dhaniyah mengeluh. Fikirannya sedikit terganggu. Kata-kata mak, abah dan Lan berlegar-legar dalam mindanya. Susah jugak nak buat keputusan ni kan? Sama level susahnya macam nak menjawab soalan AddMath... hailah!

“Dah kenapa pulak nak mengeluh bagai ni?” Basyirah pelik. Dah kena propose dengan orang yang dia suka pun masih mengeluh?

“Susahkan nak buat keputusan?” orang tanya dia, dia tanya kita balik. Hah, baguslah tu! Rambutnya dipintal-pintal.

“Laaa... kau tak suka Abang Ariq lamar kau?” berkerut dahi Basyirah.

“Gila kau tak suka?! Hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya hati aku ni bila dia lamar aku tadi. Tapi... kau tahulah kan? Nikah kahwin ni bukan macam main pondok-pondok... tapi kita kena hidup dengan pasangan kita tu untuk seumur hidup kita. Aku tak nak perkahwinan aku nanti sekerat jalan aje. Kau ingat tak waktu kita sembang-sembang dulu?”

“Yang mana?” iyalah, pergi tanya soalan macam tu buat apa? Bukannya sekali aku sembang dengan dia...

“Alah, yang sampai keluar topik nikah kahwin tulah. Hidup dengan orang yang kita tak kenal hati budinya lagi. Memanglah kalau nak dicakapkan, aku kenal dengan Abang An tu... tapi, itu depan kita... belakang kita? Kita tak tahu, beb... dahlah sepuluh tahun tak jumpa, lepas tu... bila jumpa balik dah lamar aku. Tiga bulan lepas adalah pertemuan pertama aku setelah sepuluh tahun dia pergi. Syi, tiga bulan kau tahu tak? TIGA BULAN! Kau tak rasa  mendadak ke?” Ana Dhaniyah menyatakan perasaan. Hadoi, berjela-jela ayat yang keluar...

“Kau tak percaya Abang Ariq? Look, beb. Look. Sebelum ni apa yang kau rasa lepas Abang Ariq tinggalkan kau? I mean, putuskan persahabatan korang?”

“Sedih.”

“Okay, kau sedih. Lagi aku nak tanya... kau fikir tak, apa yang buat dia bertindak macam tu?”

Ana Dhaniyah angkat bahu. “Manalah aku tahu...”

Basyirah mengeluh. “Don’t you know how much he loves you? Dia tinggalkan kau sebab dia nak jaga kau, nak jaga hati kau, nak jaga semuanya daripada terus melarat. Dia tinggalkan kau sebab dia tak nak nanti kau terjerumus dalam gelombang hawa nafsu yang jelas akan tumbangkan kau dan dia. Kau pernah dengar satu potongan ayat al-Quran yang bermaksud ‘jangan dekati zina’ kan? Abang Ariq tahu masa depan dia dan kau masih panjang. That’s why Abang Ariq leaves you...”

“Err... aku tak faham...”

“Mmmm... macam ni, cuba kau jangan jumudkan fikiran kau tu... jangan sempitkan walau seinci... kau tahu kan zina tu bukan sekadar zina yang tuttt... saja kan? Zina ni lagi banyak cabangnya. Kau tahu kan? Cuba kau sebut...”

“Zina mata, zina hati, zina otak, zina tangan, zina kaki, zinaaa....”

“Okay, okay... cukup... Sekarang, kau boleh relate tak apa yang aku nak cuba sampaikan dengan kaitan zina tu?” soal Basyirah.

“Hmmm... let me think...” Ana Dhaniyah mengetuk dagunya. “Abang An ambil inisiatif untuk jauhi aku daripada berlakunya penzinaan. Okay, example... Abang An jauhi aku sebab nak jauhi zina otak dan hati daripada teringatkan aku... jauhi zina mata daripada tengok aku... jauhi zina tangan daripada sentuh aku... betul?”

“So true. Pandai kau ni kan. Abang Ariq tahu yang kalau ada jodoh tu memang tak ke mana. Dan jodoh dia, dia dah jumpa balik... So, kesimpulannya... kau kena buat solat sunat istikharah untuk buat keputusan. Ingat, kalau result istikharah tu negatif... aku tetap sebelahkan kau. Ingat yang Abang Ariq cakap... dia tak kan paksa kau untuk terima. Haish, sedih pulak aku rasa bila fikirkan kau akan tinggalkan aku.” Basyirah kesat hujung matanya dengan jari.

“Hek eleh... Touching pulak dia. Dahlah... tak payah fikir panjang-panjang. Nanti aku buatlah solat istikharah tu. Jom tidur... dah lewat sangat dah ni. Pasal aku nak tinggalkan kau tu, kita fikir lain kali. Masa depan ni kita belum tahu, kan?” bahu Basyirah ditepuk-tepuk. Ana Dhaniyah kemudiannya merebahkan diri ke atas tilam. Matanya ditutup. Baru aje nak lena, otaknya merangka satu persoalan...

“Syi, mana kau dapat tahu yang Abang An tinggalkan aku sebab tu?”

“Abang Zu yang bagitau...”

“Ohh... Eh, Abang Zu? Ada pape eh?” Ana Dhaniyah mula mengusik.

“Diam. Aku nak tidur!” Basyirah menekup mukanya dengan bantal. Sibuk aje!

********
Setelah ditolak, ditambah, didarab, dibahagi apa semua... Ana Dhaniyah tekad. Solat istikharah juga sudah dibuat. Tempoh seminggu hanya tinggal sehari berbaki. ‘Ya Allah... tetapkanlah hati aku dengan keputusan yang aku buat ni! Janganlah kau bolak-balikkan hatiku! Lancarkanlah segala urusanku nanti.’ dalam diam dia berdoa.

Cincin yang berada dalam kotak merah itu dipandang. Ya, aku nekad! Telefon bimbitnya dicapai lalu nama ibunya dicari. Sebaik sahaja salamnya bersambut, dia berkata... “Ana dah solat istikharah...”

“Jadi jawapannya?” soal Puan Ros sedikit teruja.

“Ana terima.”
********
Warna tema perkahwinan yang dipilih oleh Ariq Nushi dan Ana Dhaniyah untuk majlis mereka adalah kelabu-pink. Alhamdulillah, Ana Dhaniyah sudah sah menjadi milik Ariq Nushi tengahari tadi. Majlis mereka disambut secara sederhana. Tak kisahlah grand atau tak... asalkan majlis meriah, perkahwinan berkat dan hati pun senang. Ya tak?

Ana Dhaniyah menapak masuk ke dalam biliknya pada jam 9.30 malam untuk menunaikan solat Isyak. Haila, sibuk sangat buka hadiah kahwin sampai terlewat solat. Astaghfirullah. Sebaik sahaja pintu dibuka, dia dapat melihat tubuh Ariq Nushi sedang terbaring di atas katil sambil tangannya diletakkan ke dahi.

Perlahan-lahan Ana Dhaniyah mendekati suaminya. Ketar lulut tu tak payah cakaplah... rasa malu pun mula menebal dalam diri. Tapi, nak malu buat apa... suami dia jugak. Bukan suami orang lain. “Abang...” pipi Ariq Nushi ditepuk perlahan. Ariq Nushi masih tidak sedarkan diri. Timbul pula rasa kesian bila melihat wajah Ariq Nushi yang keletihan.

“Abang... bangunlah... dah solat ke belum?” Pipi Ariq Nushi ditepuk lagi. Karang tak kejut, takut dia pun belum solat lagi...

Ariq Nushi membuka matanya apabila terasa tidurnya terganggu. Tangan Ana Dhaniyah yang memegang pipinya dipegang. Dia mengukirkan senyuman. “Yaya... sorrylah. Abang terlelap..” Ariq Nushi mengubah posisinya. Dia duduk bersila sambil menggosok matanya. Letih...

“Penat sangat ke?” soal Ana Dhaniyah prihatin. Tangannya masih belum melepaskan pipi Ariq Nushi. Tak sedar, beb... tak sedar...

“Penaaaaatt. Sakit bahu ni...” adu Ariq Nushi sambil menayangkan muka seposen. Bahunya ditumbuk-tumbuk. Sumpah, rasa lenguh gila!

“Kesian abang... Nanti Yaya urut, ya? Abang dah solat?”

“Belum... abang tunggu sayanglah sampai terlelap. Ingat nak solat jemaah sama-sama. Sayang dah solat?”

“Yaya pun belum solat lagi. Kalau macam tu, Yaya pergi ambil wudu’ dulu ya? Nanti kita solat sama-sama. Dah, dah, dah... bangun, bangun. Jangan tidur balik. Nanti lambat pulak nak solat.” Ana Dhaniyah menarik tangan Ariq Nushi supaya bangun. Kemudian, dia berlalu ke bilik air.

********
“Abaaaaang...” Ana Dhaniyah mula menggedik. Tangannya sibuk melipat telekung solatnya dan sejadah.

“Ya, sayang...” sahut Ariq Nushi sambil membaringkan tubuhnya ke atas tilam. Rasa macam nak tidur balik aje.

“Abang sayang Yaya?” Ana Dhaniyah mengambil tempat disisi Ariq Nushi. Tangan suaminya itu digapai.

“Laaaa... mestilah sayang. Kalau tak, tak kan abang kahwin dengan sayang.”

“Sejak bila abang sayang Yaya?” soal Ana Dhaniyah ingin tahu. Bibirnya sudah tersenyum lebar.

“Hmmm... sejak bila ya?” Ariq Nushi mengetuk dagu. “Sejak sepuluh tahun yang lepas. Kenapa sayang tanya?” errr... sebenarnya, dia pun tak sedar bila dia mula sayangkan Ana Dhaniyah... tapi yang pasti, sepuluh tahun yang lepas.

“Takde papelah. Saja tanya.” Ana Dhaniyah senyum. Dia kemudiannya menyandarkan kepalanya pada dada Ariq Nushi. “Abaaaaang...” serunya lagi.

“Ya, sayang...”

“Uhibbuka jiddan jiddan, ya zauji!” pipi Ariq Nushi dikucup. Konon cakap bahasa Arab tapi terabur. Huhu, kesian.

Ariq Nushi tersenyum. “Uhibbuki aidon, ya zaujati! Ahabbaka llazi ahbabtanillah.”

Kali ini dahi Ana Dhaniyah berkerut. “Apa maksudnya, abang?”

“Aku juga mencintaimu wahai isteriku. Semoga Allah mencintaimu dan Dialah yang membuat engkau mencintaiku.” Ana Dhaniyah yang mendengar tersenyum sampai ke telinga. Kenapalah sweet sangat laki aku ni?

“Sayang cakap nak urut abang tadi... cepatlah urut..” Ariq Nushi tiba-tiba mengingatkan Ana Dhaniyah. Hish, potong stim betullah!

“Ha’ah... lupa... okay, sekarang abang meniarap. Biar Yaya urut.” Ana Dhaniyah membetulkan uratnya kemudian mematah-matahkan jarinya. Apabila dia lihat Ariq Nushi berura-ura untuk membuka baju, cepat-cepat dia menyoal.

“Heh, abang nak buat apa ni?!” suaranya berubah cemas.

“Laaaa... nak buka bajulah. Tadikan sayang kata nak urut...”

“Hish, abang ni! Malulah! Tak payah buka baju... Yaya urut macam ni aje...” muka Ana Dhaniyah membahang. Kenapa Ariq Nushi  tak malu sangat? Hish!

“Laaaa... nak malu buat apanya? Buka baju aje pun...” Ariq Nushi berura-ura mahu membuka baju kembali.

“Abang!” bahu Ariq Nushi ditepuk kuat. “You’re the same Mr. Bad Boy...” giginya diketap. Pipinya sudah merah menahan geram dan malu.

“Yalah... yalah... gurau sikit pun tak boleh!” Ariq Nushi kembali meniarap. Bibirnya tersenyum. Sekarang adalah masa untuk dia menikmati urutan isterinya. Sungguh, dia berasa sangat bersyukur apabila isterinya itu dapat menerimanya dengan baik. Terima kasih, ya Allah!



p/s : truely sorry kepada yang menanti Mr Bad Boy 2 ni... too busy this year. L Maaf kalau ada salah silap, terkasar bahasa, terguris perasaan... and deeply sorry kalau cerita ni sangat tak memuaskan hati pembaca.
kepada sesiapa yang belum membaca Mr Bad Boy 1 bolehlah google dan search dekat Penulisan2u.my atau terus ke blog saya appledimpleangle.blogspot.com. J Saya budak baru belajar, salah silap tolonglah tegur. J J J



Comments

  1. So sweet! Keep writing, kayy?? :)

    ReplyDelete
  2. semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cinta untuk Tuan Muda

#4 Mr. Bad Boy