#3 Noktah Cinta


Ya Allahu Rabbi! Tolonglah jangan serabutkan keadaan lagi. Aku yang dah pening ni pun boleh makin pening tahu tak? Semua orang pakat duk sibuk tanya samada aku okay atau tak. Pleaselah. Stop asking me that question. Aku sihat, okay! Sihat! Fullstop! 

Huh! Semua orang layan aku macam OKU. Aku ni lengkap beranggota. Takde satu pun organ aku yang hilang.

"Feeqa, awak okay tak ni?"

"Nak saya panggilkan cikgu?"

"Feeqa okay tak ni sayang? Mama bawak pergi klinik, jom?"

Aku dah lali tau tak? Aku dah bosan sangat dengan soalan-soalan tu. Aku nakkan hidup yang tenang. Takde sebarang pertanyaan yang annoying yang boleh pecahkan otak aku ni. Okay, aku tau yang semua orang sayang aku. But not this way! Aku tak suka bila orang tanya keadaan aku. Aku tak suka tahu tak?! Tak suka!

"Mama.." Seruku ketika aku elok aje berbaring di paha mama.

"Mmmm.." Mama 'humming' aje. Maybe penat kot sebab seharian kerja. Tangannya tak beralih dari mengusap rambutku.

"Mama sayang Feeqa tak?" Tanyaku sambil bermain rambut dihujung jari.

"You asking me that question again, my sweety. Of course I love you." Aku lihat mama tersenyum. Tapi matanya masih belum terbuka. Mama penat. Kesian mama.

"If you love me, would you let me go?!" Tiba-tiba hati aku rasa sebak. Ya Allah, sampainya hati aku nak buat mama macam ni. Tapi aku dah nekad!

Aku dapat rasakan yang tubuh mama tiba-tiba kaku. Tangannya yang tadi lembut mengusap rambutku kini terhenti. "Feeqa cakap apa ni sayang? Mama tak faham." Mama cuba bertenang. Dia mengukir senyuman palsu. Ya, aku yakin sangat yang senyuman itu bukan dari hati. 

"Feeqa nak pindah, ma." Aku bangun dari ribaannya. Aku meraih tangan mama lalu mengucupnya. Mama diam. Mungkin dia cuba untuk mencerna segala apa yang aku cakapkan tadi.

"Ma..."

"Feeqa nak pindah? Feeqa nak pergi mana sayang? Feeqa nak tinggalkan mama?" Mata mama berkaca. Mutiara jernih turun tanpa disedari dipipinya. Ya Allah, aku telah membuatkan mamaku menangis. Tegakah aku meninggalkan mama tanpaku disisi?

"Feeqa bukan nak tinggalkan mama. Tapi, Feeqa nak tenangkan diri. Feeqa tak selesa bila ramai orang tanya pasal kesihatan Feeqa. I'm feel so awkward. Feeqa tak suka rasa macam tu." Aku mengesat pipi mama yang basah. Mama, I love you. I love you so much. Feeqa bukan nak tinggalkan mama.

"Feeqa, you know that you're my only daughter that I have, right? Don't do this to me Feeqa. It's hurting me." Tangisan mama semakin kuat. Ya, memang aku seorang sahaja anaknya. Anaknya telah dikandung selama 9 bulan 9 hari dan ditatang dengan penuh kasih sayang. Malah, aku pula yang hendak meninggalkannya.

Aku diam. "Bukan. Bukan macam tu mama." Aku geleng. Haish, susah jugak nak pujuk mama ni.

"Kalau bukan, apa lagi? Feeqa memang tak sayang mama kan? Siapalah mama ni kan?!" Mama bangun lalu meluru masuk ke bilik. Alamak, mama merajuk!

*******

"Mama izinkan Feeqa pindah." Aku dah rasa macam nak tercekik aje makan nasi ni. Aku memandang mama.
Biar betik kot mama? Tadi bukan main lagi Kuch Kuch Ho Ta Hai dengan aku. Ubah fikiran pulak?

"Errr.."

"Tapi ada syarat-syaratnya." Nah, kan aku dah agak! Belum sempat aku kata apa pun lagi mama dah nak bagi syarat.

Aku angkat kening. "Syarat apa ma?"

"Makan nasi tu dulu. Lepas ni mama cakap."

******

"First. Feeqa kena text mama sekurang-kurangnya 5 kali sehari."

Aku angguk. No hal! "Mama yang top up okay?"

"Naaa.." Mama geleng. "No top up-top up. Mulai esok, Feeqa guna bil!" Tegas pulak cara mama kali ni. Seram jugak aku!

"Second, Feeqa kena call mama sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Sebelum pergi sekolah, lepas balik sekolah dan sebelum tidur. Arassoe?" Haaa! Kan dah keluar aura Korea mama. Hehe.

"Arassoe." Aku angguk. 

"Third, Feeqa kena pindah dekat rumah Auntie Nafisah aje. Dekat lain tak boleh."

"Auntie Nafisah? Who's that ma? Do I know her?"

"Of course you do. Takkan dah tak ingat kot? Auntie Nafisah, yang anak dia nama Haseef tu." Mama menjelaskan tentang Auntie Nafisah kepadaku. Terangkanlah banyak mana pun, aku tetap takkan ingat.

"Feeqa tak nak lah. Feeqa tak kenal pun siapa Auntie Nafisah tu." Aku menarik muncung. Bukannya aku ingat pun. Dibuatnya Auntie Nafisah tu jahat. Tak ke naya?

"Ya Allah budak ni! Habis tak nak pindah? Okay, fine. Temankan mama kat sini dan jangan tinggalkan mama. Nak?" Suara mama dah macam mengugut. Bunyi macam nak sangat aku keluar dari rumah ni. Eh, bukan ke aku yang nak sangat pindah?

"Yalah, yalah."

"Nak ke tidak ni?"

"Naaaaaak!"

*******

Suasana sepi ketika aku berada dalam perjalanan ke rumah Auntie Nafisah. Mama senyap. Baba pun membisu aje. Aku pun tak berani nak keluarkan suara. Baba, walaupun muka dia nampak cool aje tapi aku tahu yang dia berat hati nak lepaskan aku pergi. Biasalah, lelakikan? Ego dia menggunung sikit.

"Dah sampai." Suara baba memecah kesunyian. Dia toleh kebelakang memandangku. "Nanti, bila tinggal dengan Auntie Nafisah dengan Uncle Ammar jangan nakal-nakal tau? Jangan nak menyusahkan diorang. Faham?" Suara baba akhirnya keluar jugak macam biasa. Taklah sedingin tadi. Senyap aje memanjang.

Aku angguk. "InsyaAllah,ba." 

"Hari ni mama dengan baba tidur sini dulu. Esok baru kami bertolak balik. Dah lewat sangat kalau nak balik sekarang." Giliran mama pula bersuara.

"Okey, mama." Aku senyum lalu memeluk mama dari belakang. Bolehlah bermanja dengan mama buat kali terakhir.

******

"Mama pergi dulu sayang." Mama mencium pipi kanan dan pipi kiriku. Aku meraih tangannya lalu mengucup tangannya buat kali yang terakhir.

"I love you, ma." Dadaku berbuku. Alamak, lelehlah pulak!

"I love you too." Mama senyum. 

"Feeqa, jangan lupakan baba tau?" Eleh, baba. Ayat paling klise nak tutup rasa sebak dia tu. Tapi takpe. Aku tahu baba sayang aku. Kan baba kan?

"InsyaAllah, ba. Baba pun janganlah lupakan Feeqa. Doakan Feeqa ya ba? Lepas SPM baba jemput Feeqa balik eh?"

"InsyaAllah. Tupun kalau baba masih ingat Feeqa." Ketawa baba pecah.

"Babaaaaa." Mulutku automatik memuncung. Baba gurau aje tu.

"Kami pergi dulu, Feeqa. Jaga diri. Jaga solat tau? Am, Fisah, nanti korang tengok-tengokkan Feeqa ni ya." Baba meminta diri. 

Sebaik sahaja kereta baba menyusup keluar, Auntie Nafisah dan Uncle Ammar masuk kedalam rumah. Bukan diaorang tak jemput masuk sekali, tapi aku yang berdegil nak duduk kat luar. Nak ambil angin kejap kat taman mini rumah ni.

"Woi ! " Aku rasa nak tersedak air liur kat sini jugak rasanya. Siapalah yang beretika sangat tegur aku macam ni? Aku menoleh. Ingin melihat siapakah gerangan yang begitu 'sopan' menegurku. Ingin luruh jantungku apabila melihat seraut wajah yang... Ehum, boleh dikatakan handsomelah.

"Err, hai!" Aku dengan mesranya melambai kearah lelaki itu. Tapi, kenapa muka dia masam aje?

"Tak payah nak berhai-hai dengan aku. Kau datang sini menumpang aje. Jangan harap aku akan layan kau dengan baik!" Belum apa-apa lagi mamat tu dah bagi warning. Apalah nasib! 

"Err, okay. Bye!" Aku melambai kearahnya lagi. Dia cakap tak bagi 'hai' kat dia aje kan? Bye dia tak sebutkan? 

Aku tengok mamat tu menjulingkan matanya keatas. Mungkin tak tahan dengan perangai aku macam ni kot. Jangan ingat senang-senang aje dia boleh buli aku. Malam sikit eh?! Mamat tu terus beredar. Makin lama dia duduk kat sini, aku rasa dia pulak yang kena buli nanti.

******

Tok, tok, tok.
Kedengaran pintu bilik yang aku diami sekarang diketuk kencang. Aku terpisat-pisat bangun dari katil.

"Siapa?" Tanyaku dari dalam bilik. Langkahku atur ke pintu. Berura-ura ingin membuka pintu.

"Woi, bangun! Kau nak sekolah ke tak ni?" Kasar sahaja suara mamat itu kedengaran dicuping telingaku. Yang ni memang tak tau nak hormat orang eh?

"Kejap. Kejap. Nanti saya turun. Terima kasih sebab tolong kejutkan saya." Tombol pintu aku lepaskan. Nasib baik aku tak buka lagi pintu ni. Kalau tak, free aje mamat tu tengok rambut aku. Aku menggeliat kecil. Alhamdulillah, Allah masih izinkan aku untuk bernafas diatas bumiNya ini. Alhamdulillah. Aku mencapai tuala lalu masuk kebilik air untuk mandi.

*******

Apabila berpuas hati dengan uniform sekolah aku, terus aku turun ke dapur. Nak tengok kalau-kalau umi memerlukan bantuan.

"Assalamualaikum, umi." Tegurku. Umi berpaling. Riak wajahnya menyatakan bahawa dia terperanjat dengan kehadiran aku.

"Waalaikumussalam. Aik, awalnya anak umi bersiap. Tak sabar nak ke sekolah baru, ya?" Umi senyum. Subhanallah, cantiknya umi. Walaupun takde secalit gincu atau bedak, muka umi tetap berseri-seri. Cantik!

"Awal ke? Tapi tadi ... " Kata-kataku tergantung disitu. Apa nama mamat tu eh?

"Haseef yang kejutkan eh?" Umi senyum. Kemudian, aku melihat umi menggeleng.

"Ha'ah lah kot." 

"Haseef tu pelik sikit. Dia memang nakal, tapi hati dia baik. Umi harap Tasnim tak ambil hati eh?" Umi senyum lagi. Sampaikan aku pun dah terikut dengan umi. Asyik nak senyum aje.

"Sekarang baru pukul berapa, umi?" Tanyaku. Agak-agak pukul berapalah si Hafiz? Harith? Eh, Haseef. Ha, Haseef! Agak-agak pukul berapalah dia kejutkan aku eh?

"Cuba tengok jam kat sana." Jari umi ditunding pada dinding disebelah kanan dapur. Aku berpaling. Oh mak aih, baru pukul 5.30 pagi. Tak ke gila tu?

********

Untuk kali yang kedua, aku turun lagi setelah selesai solat Subuh. Disebabkan mamat Haseef tu, aku solat Subuh dua kali hari ni. Aku ingatkan dah lewat sangat sampaikan dia perlu kejutkan aku. Rupa-rupanya... Huhu. Hiba rasanya hati ini.

"Assalamualaikum." Aku memberi salam. Umi dan abah menjawab salamku lalu tersenyum. Mamat sombong tu langsung tak pedulikan aku. Asyik sibuk dengan komik dia tu. Sekurang-kurangnya jawablah salam aku, bongok! Aku membentak dalam hati. Bengang dengan sikapnya yang annoying tu.

"Marilah makan. Nanti lambat pulak nak ke sekolah. Hari nikan nak mendaftar." Ajak umi.

Okey, sejak aku tinggal kat rumah ni, umi dan abah tak bagi panggil diorang auntie, uncle or what else. Hanya boleh panggil diorang dengan dua panggilan tu aje. Umi dan abah. No objection!

"Tasnim makan roti aje la, umi. Tiba-tiba rasa kenyang pulak perut ni." Aku menolak pelawaannya. Masakan tidak, pagi tadi aku dah makan epal. Mestilah masih kenyang.

"Kenyang? Bukan ke Tasnim makan epal aje ke pagi tadi? Makanlah sikit, nak. Nanti kena gastrik pulak." Umi cuba memujuk aku untuk sarapan. Tapi, apakan daya. Perut aku dah sebu nak sumbat makanan banyak-banyak.

Namun, belum sempat aku ingin membalas kata-kata umi, mamat sombong itu menyampuk. "Abah, jomlah pergi. Dah lambat ni. Karang kena tahan dengan pengawas pulak."

"Sabarlah, Haseef. Tasnim kan belum makan lagi ni?!" kata abah. Lelaki itu bangun dari tempat duduknya kemudian berlalu kedapur. Tak lama kemudian, dia kembali dengan sebekas makanan ditangannya.

"Nah, cepat sikit." Sepotong ayat diluahkannya tanpa memandangku. "Jom abah." Dia melangkah keluar. Ehem. Walaupun perlakuannya dingin bak iceberg yang beku dekat Antartik sana, aku tetap nak kata dia ni caring. Wahai hati, sila bertenang. 

Aku mengambil tempat duduk di belakang ketika berada didalam kereta. Ketenangan aku sedikit terganggu apabila aku mendapati bahawa ada makhluk mengambil tempat disebelahku. Oh, Haseef rupa-rupanya. Tanjat tite! 

Dia ni memang suka baca komik eh? Tiap-tiap hari dengan komik dia tu. Tak pernah nak berenggang langsung. Banyak sangat kot duit dia sampai hari-hari beli komik. Haish, daripada beli komik yang tak berfaedah tu baik aku beli novel. Eh, novel berfaedah ke? Erm, lebih kurang lah.

Dalam pengumpatan akal dan hati aku ini, tanpaku sedari, mataku sudah mula memerhati seraut wajah yang nampak cool membaca komik. Ehem. Tubuhnya 'tough' sikit. Tinggi lampai. Putih, iras umi. Hidung mancung macam Lee Min Ho. Aduh. Buat kali kedua, hatiiiii tolonglah bertenang.

"Lapar sangat ke sampai kau tenung aku macam harimau lapar ni? Tu, nasi lemak dalam tupperware tu ada. Ngap yang tu. Jangan ngap aku sudah!" Tutur Haseef selamba. Adus, kantoi! Muka dah rasa macam kena simbah dengan Minyak Cap Kapak. Maluuuuuu.

Aku hanya diam tak mahu menjawab. Nanti lagi meleret pulak. Eh, kejap. Aku duduk belakang. Haseef pun duduk belakang. Takkan lah abah aje yang drive sorang-sorang? Tak rasa macam kurang sopan ke? Aku pindah depan aje lah.

"Abaaaaaah. Jangan gerak lagi!" Aku menjerit tiba-tiba. Nasib baik abah belum bertolak lagi.

"Kenapa Tasnim?" Terpinga-pinga abah menyoal. Kesian abah.

"Err, Tasnim nak duduk depan." Tanpa menunggu jawapan abah, aku terus membuka pintu untuk berpindah ke tempat hadapan. Abah hanya senyum ketika aku duduk di sebelahnya. Setelah itu, kami terus bertolak ke sekolah.

********

"Err, Haseef." Aku memanggil mamat komik yang sombong tu. Haseef berpaling.

"Apa?" Haseef menganggkat kening. Nak apa lah budak ni.

"Kelas saya kat mana?" Tanyaku. Tengok, habis sopan dah aku bercakap dengan dia ni. Dia yang tak pandai bersopan balik dengan aku.

"Kau kelas mana?" Tanyanya kembali. Kalau masuk SPM ni memang failed teruslah. Orang tanya dia, dia tanya orang balik. Tapi, memang dia tak tahu pun aku kelas mana kan? 

"Erm, 5 Ibnu Sina." Jawabku. Aku memandangnya penuh harapan. Harap-harap dia nak tolong tunjukkan aku kat mana kelas tu.

"Kau carilah sendiri." Katanya kemudian berlalu. Nak jugak aku buang kasut ni kemudian baling tepat-tepat kena kepala dia. Kau kejam!

"Assalamualaikum." Aku berpaling. Seorang perempuan berbaju biru menegurku. Pengawas kot.

"Waalaikumussalam." 

"Pelajar baru ke?" Tanya pengawas itu.

Aku angguk. "Ha'ah."

"Kelas mana?"

"5 Ibnu Sina."

"Laaaa. Kita sekelas lah."

"Iya? Ahhh, sukanya. Boleh tak awak tolong hantarkan saya ke sana? Saya tak tahu lagi pasal bangunan yang ada kat sekolah ni." Pintaku. Alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat. 

"Okey, awak tunggu sini jap eh. Saya nak jumpa cikgu kejap. Nanti kita pergi sama-sama." Kata pengawas itu lalu pergi.

******

"Well. Nama saya Ain Amalina. Panggil aje Ain." Ain menghulurkan tangannya untuk bersalam. Aku menyambut salamannya itu dengan senyuman.

"Saya Nurul Tasnim Afeeqa. Panggil aje Tasnim." 

"Tadi saya nampak awak bercakap dengan Haseef. Kenapa?" Tanya Ain.

"Oh, tadi saya tanya dia kat mana kelas 5 Ibnu Sina. Tapi dia suruh saya cari sendiri." Jelasku serba sedikit. Aku perasan dahi Ain sedikit berkerut.

"Haseef cakap macam tu kat awak?" Tanya Ain seperti kurang percaya.

"Ha'ah." Aku angguk.

"Kenapa dia tak bawak awak sekali. Dia pun kelas 5 Ibnu Sina jugak." Kata-kata Ain itu membuatkan aku menghentikan langkahku. Aku mimpi ke tadi? Atau aku berhalusinasi? Memang kejamlah Haseef tu.

"Eeee. Haseef jahat!" Bentakku. "Tapi takpe. Kalau dia tak tinggalkan saya terkontang-kanting kat sini, saya tak sempat pulak nak berkenalan dengan awak." Heee. Aku sengih. Cuba untuk mengikhlaskan sengihan itu. Apa salah aku sampai Haseef layan aku macam ni? Haiiiish!

******

"Ipan, ada satu lagi meja kosong kat kelas ni kan?" Tanya Ain kepada Irfan. Rasanya lah. Sebab nametag dia tulis IRFAN.

"Huh? Nak buat apa?" Tanya Irfan kebingungan. Meja? Nak buat apa dengan meja? Namun, setelah matanya terpandangkan aku terus dia berkata.

"Ah, ada-ada. Kat belakang tu. Dekat manusia yang tengah tidur tu." Irfan menunjukkan satu tempat dibelakang kanan kelas. Jauhnya!

"Okay, Ipan. Tenkiu." Ujar Ain lalu menarikku ke tempat kosong itu.

"Awak duduk sini eh. Kalau ada apa-apa masalah boleh tanya saya. Tanya Ipan ke, Iffah ke. Enjoy your day!" Ain senyum kemudian berlalu. She's a good friend maybe.

Aku menarik kerusi untuk duduk. Tiba-tiba aku terperasankan sesuatu. Ini bukan ke, Haseef? Urgh! You're killing me!

*******

Minggu ini dah masuk minggu ke-3 aku tinggal kat sini. Alhamdulillah, walaupun aku menerima layanan yang dingin daripada Haseef tu, aku tetap happy. Bolehlah aku habiskan sisa-sisa hidup aku dengan tenang. Takde yang sibuk-sibuk tanya pasal kesihatan aku.

Aku memicit kepalaku yang tiba-tiba sakit. Aku mengambil suatu sudut diatas padang untuk duduk. Ya Allah, perit Ya Allah. Kalau diikutkan rasa sakit ini, mahunya aku buang tudung ni lepas tu tarik-tarik rambut supaya menghilangkan rasa sakit ini. Gigiku ketap kejap. Mulutku terkumat-kamit berisghtifar mengingati Pencipta. Dari Allah aku datang, dan dari Allah jugalah aku kembali. Ya Allah, hilangkanlah rasa sakit ini.

"Tasnim. Hei, kenapa ni?" Suara itu. Aku kenal suara itu. Dalam kesakitan, aku cuba mendongak. Senyuman yang jelas-jelas palsu aku lemparkan kepadanya.

"Haseef." Ujarku perlahan sebelum pandanganku menjadi kabur.

*******

Cahaya silau memaksa aku untuk membuka mata. Keadaan yang serba putih membuatkan aku hairan. Sejak bila pulak aku berada kat sini?

"Tasnim. Alhamdulillah kau dah sedar. Cikgu, Tasnim dah sedar." Suara itu menyapa ditelingaku. Ain. Matanya merah. Kenapa?

"Saya kat mana ni awak?" Tanyaku. Sudah cukup semua persoalan yang bermain dimindaku. 

"Awak kat bilik sakit." Tangan Ain yang menggenggam tanganku semakin erat. "Awak pengsan tadi. Haseef yang bawa awak kesini." Jelas Ain. Wajahnya yang putih menjadi merah. Amboi, dah macam Kareena Kapoor dah muka Ain ni bila dia nangis.

"Awak nangis eh Ain?" Soalku.

"Awak buat saya risau. Tiba-tiba awak pengsan." Kata Ain lalu menghamburkan lagi tangisannya. Aku senyum.

"Ya Allah, Ain. Saya pengsan aje pun. Bukannya mati lagi. Tak perlu lah nak menangis macam ni." Pujukku.

"Ish awak ni! Tak baik tau cakap macam tu!" Mulut Ain memuncung. Eleh, marahlah tu.

"Eh, betul apa. Ain, awak nak tahu tak. Kita ni sebagai manusia kena selalu mengingati mati tau. Malaikat Izrael menjenguk kita setiap saat. Dia hanya tunggu perintah Allah aje untuk cabut nyawa kita." Tazkirahku. Amacam? Boleh jadi ustazah tak?

Ain mengukirkan senyuman. Yalah awak. 

"Kau dah sedar?" Pertanyaan itu membuatkan Ain yang membelakangi pintu berpaling. Aku yang masih berbaring cuba untuk bangun namun Ain menegah.

"Awak lemah lagi ni. Baring aje." Ain senyum. "Haseef, tolong jaga Tasnim jap. Aku nak ke bilik air." Ain menyuruh Haseef menjagaku. Tak ke bala namanya tu? Aish!

"Macamana kau boleh pengsan bagai ni?" Tanya Haseef sambil menyadarkan tubuhnya ke dinding.

"Penat kot. Hari ni panas sangat." Aku cuba untuk berdalih. Tak mahu dia tahu keadaan sebenar aku. Kalau tak, mesti kecoh satu sekolah nanti.

"Kalau dah tahu yang diri tu tak larat, janganlah berjemur kat tengah panas tu. Kan dah pengsan." Ujar Haseef berbaur sinis. Tapi disebalik kata-kata dia tu ada jugak nasihatnya. Baik jugak mamat komik yang sombong ni kan?

"Baiklah, kapten. Segala arahan kapten akan saya ikuti." Aku mengangkat tanganku lalu menabiknya. Eh kejap. Aku perasankan sesuatu. He's smiling. Impressive. Hehe.

"Merepek." Katanya perlahan tapi jelas ditelingaku. "Kau tahu tak, umi dah panik gila bila dengar kau pengsan. Hampir-hampir aje dia nak datang sini tadi." Sambung Haseef lagi.

"Iya? Aduh. Habis tu yang awak call dia tu kenapa?" Tanyaku. Memandai pulak budak ni nak call umi dia.

"Bukan aku lah budak! Cikgu yang call. Tapi nasib baik aku sempat cover. Kau lah ni, nak pengsan pun tak bagi salam dulu. Terkejut aku!" Bebel Haseef. Amboi, nak salahkan orang pulak.

"Manalah saya tahu yang saya nak pengsan. Lagipun bukannya awak kesah pasal saya pun." Aku menjelingnya. Ada ke pengsan pun kena bagi salam? Tak masuk akal betul!

"Dah. Bisinglah mulut kau ni. Pergi sambung pengsan kau tu. Penatlah nak layan kau!" Haseef berpaling lalu keluar dari bilik sakit. Memang, memang aku penat nak layan kau.

*******

Satu. Dua. Tiga. Empat. Hmm, aku bukan tengah belajar mengira ke apa. Tapi aku tengah mengira bulan. Okay, sekarang ni dah masuk empat bulan aku tinggal kat sini. Mamat komik yang sombong tu dah tak seberapa nak dingin dah dengan aku. 

Kedinginan pada lewat malam itu langsung tidak menghalangku untuk mengambil angin di taman mini rumah umi. Walaupun sudah berkali-kali ditegur umi, namun aku tetap berdegil untuk berada disini. Kerinduan terhadap mama dan baba juga semakin menebal. Walaupun hari-hari mendengar suara mereka, tapi hatiku tetap merindui mereka. Tulah kau, Feeqa. Dulu mama tak bagi pergi, kau pergi jugak. Sekarang kan dah rasa?!

Mama belum tahu yang brain tumor aku ni dah sampai tahap yang kronik. Hanya umi dan abah aje yang tahu. Be patient, ma. Feeqa akan balik bila dah habis SPM nanti. Sikit aje lagi ma. Lepas ni Feeqa nak jumpa mama puas-puas.

"Tasnim tak nak masuk lagi sayang? Sejuk dah ni." Umi menggamitku kedalam rumah.

"Takpelah umi. Kejap lagi Tasnim masuklah. Lagipun tak lama lagi Tasnim dah tak boleh duduk kat sini dah." Ujarku. 

"Kalau macam tu, kejap lagi Tasnim masuk eh? Jangan lupa kunci pintu lepas ni." Pesan umi. Aku hanya tersenyum. Umi ni, risau sangat!

"What did you mean with 'tak lama lagi Tasnim dah tak boleh duduk kat sini dah'?" Suara Haseef kedengaran dari belakang. Oh mak! Tanjat tite.

"Err.. Yalah, lepas SPM nantikan saya kena balik rumah saya. Takkan nak tinggal kat sini selama-lamanya kot." Aku mencipta alasan. Harap-harap logiklah alasan yang aku bagi tu.

"Kau serius ke?" soal Haseef perlahan.

"Iyalah Kapten Akil Haseef. I'm totally serious!" aku memandang wajah kacaknya. Ceh, kacak konon! Eh, dia pun tengok aku? Haila hati, time masih nilah dia nak berdegup-degup bagai!

"Habis tu, kalau kau pergi aku nak belajar Add Math dengan siapa? Siapa yang nak ajar aku Bio? Nanti..." Suara sayu Haseef sempatku potong sebelum meleret dengan ayat yang apa-apa-entah.

"Haseef. I'm leaving after SPM. Yang awak tetiba nak touching bagai ni kenapa?" Jantung, berhentilah buat marathon. Penat dah nak kejar balik!

Suasana menjadi sunyi sepi buat seketika. Tidak lama selepas itu, Haseef bersuara. "Tasnim, aku minta maaf eh?" Kata-kata Haseef itu nyata mengejutkan aku. Apakehal pulak tiba-tba minta maaf. Ni mesti ada buat salah.

"Minta maaf? Kenapa pulak?" Aku cepat-cepat bertanya. Tak mahu berfikir panjang.

"Yalah, sepanjang kau tinggal kat sini aku tak pernah pun layan kau dengan baik. Asyik marah-marah kau aje. Sorry eh?" Terpampang keikhlasan pada muka Haseef. Aku diam. Nak cakap apa? Nak cakap yang aku selalu makan hati bila dia marah-marah aku?

"Naaaa. No biggie. Tarak hal punya. Hati saya ni susah sikit nak terkesan dengan ke'laser'an mulut awak tu." Aku menjuihkan bibir. Ceh, susah terkesan konon. Yang kau selalu makan hati dengan mamat ni apa kes?

"Cis, buat hancurkan cool aku aje kau ni. Kalau kau tak terasa, buat apa aku nak minta maaf. Menghabiskan beras aje kau ni!" Haseef menuju ke dalam rumah. Sekali lagi membuatkan hati aku terasa. Dia ni memang tak pandai nak jaga hati orang eh? Menyampah! Aku membuat muka. Sakit hati!

"Hoi, kau nak date dengan vampire ke sampai tengah malam pun tak nak masuk rumah lagi? Lambat kang, aku kunci pintu!" Jerit Haseef dari dalam rumah. Lekas-lekas aku berlari masuk ke dalam rumah. Spoil mood betul!

*****

"Tasniiiiim." Ketukan dipintu menyedarkan aku daripada tidur. Perlahan-lahan aku bangun dan menggeliat. Kepala yang sedikit pening aku biarkan. Tudung yang tersidai pada kerusi kucapai. Allahuakbar! Punyalah seksa nak berjalan sampai ke pintu. Terhuyung-hayang.

Sebaik sahaja pintu dibuka, wajah Haseef terpampang jelas dimataku. Wajahnya sedikit berkerut. Mungkin terkejut kerana mendapati bahawa aku belum bersiap untuk ke sekolah.

"Apasal tak bersiap lagi ni?" tanyanya.

"Saya rasa tak sedap badan la." Aku bersandar pada pintu. Kepala yang semakin pening membuatkan badan aku tidak seimbang. Lebih baik bersandar daripada jatuh depan pak cik ni.

"Ha'ah. Muka kau pun dah pucat semacam. Dah makan ubat ke belum?" Soal Haseef. Prihatinlah pulak pak cik ni. 

"Belum." Aku menggeleng. Nak telan ubat macam mana kalau asyik tidur aje.

"Dah, kau masuk dalam. Pergi baring. Nanti aku suruh umi bagi ubat." Arahan Haseef aku turuti. Daripada aku berdiri dengan terhuyung-hayang, baik aku pergi tidur. 

******

"Hah Haseef! Mana Tasnim? Tak turun sekali?" Tanya Puan Nafisah pelik. Biasanya mereka turun sekali. Tapi hari ni, Haseef aje yang nampak batang hidung. 

"Tasnim kat atas. Dia tak sihat. Muka dia pucat sangat umi." Terang Haseef. Terdetik juga kerisauan dalam hatinya.

"Tak sihat?"

"Hurm. Dia nampak macam pening aje. Jalan pun terhuyung-hayang. Umi tolong berikan ubat kat dia eh?" Pinta Haseef. 

"Umi."

"Hmm."

"Haseef tengok, sejak kebelakangan ni, Tasnim selalu tak sihat. Dia sakit ke umi?" Soalan Haseef membuatkan Puan Nafisah membisu. 

"Taklah. Cuaca sekarangkan tak berapa elok. Mungkin antibodi Tasnim tak kuat kot sampai dia selalu tak sihat." Puan Nafisah cuba untuk berdalih. Tak mungkin dia akan memecahkan rahsia itu. Tak mungkin.

"Ha'ah. Betul jugak tu." Haseef mengangguk. "Takpelah umi. Nanti umi bagi ubat dekat Tasnim eh? Haseef pergi dulu." Haseef mencapai tangan uminya lalu tunduk menyalaminya.

Tasnim.

******

Seminggu , dua minggu , tiga minggu , empat minggu.

Hmmmm... Lagi empat minggu lagi nak SPM. Alhamdulillah. Setakat ni kepala aku dah tak meragam sangat dah. Kepala pun boleh faham keadaan tuan dia yang nak berperang ni.

"Tasnim!"

Haaa , dah datang pun pak cik Haseef kita. For your imformation, Haseef dah ngam dengan aku. Siap dia jadikan aku tutor lagi. Tengoklah lepas ni pak cik ni minta apa.

"Tasnim... Tolong Haseef!" Haseef mendekat dengan wajah serabai. Tulah Haseef, tadi sombong sangat nak jawab sendiri soalan Fizik ni. Kan dah kusut!

"Apasal pulak ni?" Aku kerut kening. Dengan rambut dah macam Albert Einstein memang tak lain tak bukan Haseef dah tertekan dengan soalan Fizik. Alahai, Haseef. Tinggal lagi empat minggu pun masih tak dapat nak pick up lagi dengan soalan-soalan Fizik.

"Tengok ni!" Adu Haseef. Mulutnya dimuncungkan. Buku latihan Fizik dihulurkan kepadaku. Serta-merta mataku terbuntang luas. 

"YA ALLAH! Haseef!" Ada ke patut pak cik ni conteng buku Fizik dia? 

"Tolong ajarkan Hassef Fizik!" Okay, muka dah sememeh macam orang gila yang dah tak mandi 3 bulan. Oh, hiperbola perumpamaan aku kali ni. Haha. 

"Okay, okay. First, tenangkan diri dulu. Dah macam orang tak betul pulak dengan rambut yang kusut tu. Bila diri dah kemas, barulah ada keyakinan sikit nak study." Nah, cedoklah nasihat aku ni Haseef. InsyaAllah berkesan.

Haseef membetulkan rambutnya yang kusut. Hah, handsome pun! "Okay, camni cara dia. Bla.. bla... bla.."

*****

"Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan"

"Amboi, jiwang nampak!" Tegur Haseef. Aku menoleh. Kalau dalam sehari kalau tak kejutkan orang memang tak sah! Aku menjelirkan lidah kearahnya.

"Sukati lah! Sibuk!" Tanganku lincah memasukkan buku-buku kedalam kotak. Petang ni mama dan baba datang jemput balik ke rumah. Rindu! Dah dekat setahun aku tinggal rumah kat sana. Huhu. Rindunya!!!!

"Mesti sunyi bila Tasnim takde nanti." Wajah Haseef mendung di muka pintu.

"Iya ke sunyi? Ke nak buat parti 40 hari 40 malam sebab Tasnim takde?"Usikku. Haseef diam. Tiada reaksi. Alamak. Terasa ke?

Haseef menarik nafas panjang. "Nanti bila kita dah tak berjumpa, jangan lupakan Haseef okay?" Matanya dilarikan daripada memandang wajah Tasnim. Kalau aku kata aku nak leleh kat sini boleh tak? Betullah orang kata, kita akan menghargai sesuatu benda kalau benda tu dah takde meninggalkan kita. Eh, dah tinggal ke?

"Tasnim okay je. Muka Haseef dah pun Tasnim print dan gam dalam hati Tasnim ni. Cuma Haseef tu lah yang mungkin dah tak ingat Tasnim." Tasnim sedikit memuncung. Kalau Tasnim dah takde nanti, Haseef janganlah sedih tau. Sambungnya dalam hati.

"Eleh. Print dan gam konon." Haseef mencebik. "Dah siap berkemas?" tanyanya lagi.

Tasnim angguk. "Dah."

"Jom turun." Haseef mengangkat beg Tasnim sebelum berlalu keluar dari bilik sementara Tasnim.

Tasnim menarik nafas dalam-dalam. Haseef, i'm gonna miss you. Langkahnya diaturkan mengekori langkah Haseef.

******

Hati Haseef menjadi tidak tenang. Seolah-olah ada sesuatu perkara yang akan berlaku. Matanya seperti bergerak-gerak. Orang kata, kalau mata bergerak-gerak ni ada sesuatu yang akan membuatkan kita menangis. Tapi... Argh. Mainan syaitan aje kot. Haseef menyedapkan hatinya.

Tekaknya tiba-tiba terasa haus. Langkahnya diaturkan kearah dapur. Air mineral di dalam peti diambil. Gelas yang berada di kabinet dapur juga dicapai. Dia menuangkan air mineral itu ke dalam gelas kacanya. Dengan lafaz bismillah, air mineral itu diteguk perlahan. Habis segelas, dia meletakkan gelas itu diatas kaunter dapur.

Tasnim tengah buat apa ya sekarang? Dia tiba-tiba teringatkan Tasnim. Bibirnya mengukirkan senyuman nipis. Dadanya yang masih berdebar diurut perlahan. Hmm, Tasnim is gonna be alright. Pujuk hatinya.

"Haseef." suara Puan Nafisah menyedarkan Haseef daripada lamunan singkatnya. Dengan tidak semena-mena, tangan Haseef terlanggar gelas yang diletakkan di atas kaunter. Pang! Pecah!

"Ya Allah, Haseef!" Puan Nafisah terkejut. Dipandang wajah anak terunanya yang pucat. "Kenapa ni sayang?" Puan Nafisah menghampiri Haseef. Pipi anaknya itu diusap-usap.

"Jom ikut umi. Umi ada benda nak bagitau Haseef." tangan Haseef ditarik ke ruang tamu. Mereka duduk disofa.

"Ada apa, mi?" tanya Haseef. Wajah uminya yang mendung membuatkan hatinya bergelora. Macam ada perkara buruk yang ingin disampaikan oleh uminya itu. Ya, dia dapat mengagak.

"Errr, Tasnim." Puan Nafisah membuka bicara dengan menyebut nama Tasnim.

"Tasnim? Kenapa dengan Tasnim?" kerut di dahi Haseef jelas kelihatan. Dadanya yang tiba-tiba bergetar hebat. Apa sudah jadi pada Tasnim?

"Tasnim. Tsk, tsk. Tasnim." air mata jernih Puan Nafisah berjuraian jatuh ke pipi. Hati Haseef semakin tidak keruan.

"Kenapa umi? Kenapa dengan Tasnim?" bahu Puan Nafisah digoncang. Kenapa dengan Tasnim?

"Tasnim. Tsk, tsk. Tasnim dah takde Haseef. Tasnim dah tinggalkan kita semua. Tasnim dah meninggal." bagai halilintar yang menghentam bumi begitulah hati Haseef sekarang. Tubuhnya tiba-tiba longlai dah lembik semacam. T-t-Tasnim dah takde?

"U-u-umi gurau aje kan? Umi tipu kan?" Haseef bersuara lirih. Matanya bergenang. 

"Mana mungkin umi bergurau soal hidup dan mati, sayang. Tasnim dah takde. Tasnim dah tinggalkan kita selepas subuh tadi." Puan Nafisah menjelaskan dalam sendunya. Walaupun hanya setahun Tasnim tinggal dengan mereka, tapi kepergian Tasnim tetap memberikan tamparan yang hebat terhadapnya.

Setelah mendengar penjelasan daripada mulut uminya sendiri, air mata Haseef jatuh ke pipi. Tasnim. Hatinya merintih.

"Sayang. Ni surat yang Tasnim berikan sebelum dia pulang kesana. Dia minta umi berikan kepada Haseef selepas berita kematiannya. Umi harap Haseef dapat menerima kepergian Tasnim dengan hati yang terbuka." pesan Puan Nafisah.

Haseef menyambut huluran Puan Nafisah. Wajahnya nampak kusut. Ya. Kusut sangat-sangat. "Haseef pergi solat sunat kejap." Rambutnya dijebak kebelakang. Hanya solat yang mampu pulihkan hatinya. Ya, hanya Allah yang tahu ubatnya.

******

"Assalamualaikum.
First of all Tasnim nak minta maaf sangat-sangat-sangat sebab tak berterus terang tentang soal penyakit Tasnim yang Tasnim hadapi sekarang ni. Yes, i know. Tasnim ni budak yang degilkan? Hehe.

Haseef, janganlah sedih-sedih. Kalau Haseef sedih. Tasnim pun sedih. Haseef taknak tengok Tasnim happy ke? Cuba senyum. Senyumlah. Haaa. Kan handsome tu! Haseef senyum eh?

Tasnim nak senyuman tu berkekalan sampailah bila-bila. (Ini bukan permintaan tetapi arahan!)
Tahu tak, bila Haseef senyum mesti hati Tasnim jadi tak betul. bukan setakat hati dengan Tasnim sekali tak betul. Haha. Haseef punya senyuman boleh buatkan orang terbunuh tahu tak? Terbunuh sebab bila Haseef senyum Tasnim akan rasa "Omaigod, betul ke ni Haseef?"

Kenapa Tasnim cakap macam tu? Ingat tak masa Tasnim mula-mula tinggal dekat rumah Haseef dulu? Haseef punyalah dingin dengan Tasnim masa tu sampai Tasnim pun dah rasa fed up dengan perangai Haseef tu. Tapi bila icebreaking dah start Tasnim jadi pelik. Betul ke ni Haseef. Tasnim rasa macam Haseef ni orang lain.

Dah melalut kemana dah Tasnim ni. Okay, lupakan. 
Tasnim nak minta sangat-sangat. Janganlah Haseef marahkan umi sebab rahsiakan penyakit ni. Tasnim tak nak simpati. Sebab tu Tasnim pindah ke rumah Haseef. Walaupun sekejap aje perkenalan kita, tapi Tasnim happy sangat perkenalan kita berakhir dengan happy ending. (Ceh)

Berbelitlah ayat Tasnim. Takpelah. Sekarang, Tasnim nak bagitau Haseef yang Tasnim tak pernah menyesal kenal Haseef. Okaylah, rasanya dah penat Tasnim membebel kat sini. Kalau ada jodoh, kita jumpa di Jannah okay?

p/s : Sakit Tasnim dah sampai ketahap ketiga. Barah otak. Haseef jangan lupa doakan kesejahteraan Tasnim nanti ya. Uhibbuka fillah. (Saya sayang awak kerana Allah)

:)

********

"Uhibbuka fillah." Haseef senyum. Tasnim, Haseef will never forget you. 

Note : When you finally let go of the past something better comes along.


Comments

Popular posts from this blog

Cinta untuk Tuan Muda

Mr. Bad Boy 2

#4 Mr. Bad Boy