Followers

Saturday, 15 September 2012

#2 Bittersweet



Berkepit macam belangkas, Romeo dan Juliet, Uda dan Dara. Lagi apa? Adam dan Hawa and what everlah! Semua tu Ifhami dan Ishami buat pekak aje. Lantaklah orang nak bagi gelaran apa sekali pun. Yang penting tak mengganggu hubungan diorang sebagai kawan baik.

Hubungan mereka telah bermula sejak dalam kandungan lagi. Ahaha. Macamlah time jadi fetus tu boleh ber'hai-hai'. Ya tak? Sangat lah hiperbola. Parents diorang ni sangatlah rapat. Apa orang melayu kata? Bagai isi dengan kuku? Hah, betullah tu. So, untuk memastikan hubungan diorang tidak terputus dan untuk menjadikannya semakin kuat, parents diorang jodohkan diorang. Meniarap sama-sama, merangkak sama-sama,, bertatih sama-sama, berlari pun sama-sama. Senang cerita diorang membesar sama-sama. Nak dijadikan cerita, rumah diorang pun sebelah menyebelah aje.

Senang sikit. Buat majlis hari lahir pun buat serentak. Almaklumlah, beza umur 2 minggu aje.

"Haaa! Melamun!" sergah Ifhami. Tersentak Ishami dibuatnya. Apa kenalah dengan Ifhami ni?!

"Waalaikumussalam." sinis sahaja suara Ishami. Cara nak sapa orang memang kena bagi salam. Bukan macam Ifhami ni. Main sergah aje. Dibuatnya aku ni ada sakit jantung, tak ke dramatik cerita ni nanti?

Ifhami tersengih busuk. Sengih pun ada busuk wangi eh? Okay, what ever! "Assalamualaikum." Ifhami memberi salam sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia melabuhkan punggung disebelah Ishami. Walaupun seerat manapun hubungan diorang, jarak tu mesti ada!

"Waalaikumussalam." Ishami menekan keyboard pianonya. Entah melodi apa yang dia mainkan pun dia tidak tahu. Yang dia tahu, dia tengah kusut macamana nak pujuk umi dan abah dia supaya dapat lepaskan dia ke oversea.

"Ni kenapa monyok aje ni?" tanya Ifhami. Pelik! Biasanya kalau diorang jumpa mesti Ishami akan ceria. Lainlah kalau Ishami ada masalah atau tengah sedih.

"Umi dengan abah!" lirih suara Ishami. Nak mengadu kat Fami jugak!

"Kenapa dengan umi dan abah? Diorang ada masalah ke?" tanya Ifhami pelik. Umi dan abah ada masalah? Tak mungkin!

"Umi dan abah nak control Isha!" mulutnya dimuncungkan. Tak sukalah macam ni! Aku pun ada cita-cita nak pergi oversea. Nak sambung belajar kat sana.

Ifhami yang mendengar berkerut dahi. Control yang macamana pulak ni? "Maksudnya?"

"Diorang tak bagi Isha sambung belajar kat oversea." dia menekan-nekan keyboard piano lagi. Memang dah jadi tabiat Ishami kalau tengah susah hati, tangan kena bergerak.

Ifhami tarik nafas panjang. Memang Isha nekad nak tinggalkan aku kat Malaysia ni sorang-sorang agaknya.

"Kenapa nak jugak pergi oversea? Malaysiakan ada jugak tempat-tempat belajar yang best. Stay kat Malaysia sudahlah." nasihat Ifhami. Sungguh, dia tidak sanggup kalau Insyirah jauh dari pandangan matanya. Usah ditanyakan mengapa kerana dia pun tiada jawapan untuk itu.

"Hish! Fami ni bukannya nak tolong Isha! Fami dengan umi dan abah sama aje! Tak mahu tengok Isha happy!" Ishami memeluk tubuhnya. Semuanya tak happening! Menyampah.

"Isha nak sangat ke pergi oversea tu?" dingin sahaja suara Ifhami bertanya. Riak wajahnya juga sudah berubah. Sudah tidak seceria tadi.

"Mestilah nak. Ni untuk masa depan Isha." Ishami berkata lagi. Nada suaranya agak tinggi. Tidak dipedulikan tentang Ifhami lagi.

Ifhami bangun dari tempat duduknya. "Isha pujuklah diorang baik-baik." Ifhami terus keluar dari rumah Ishami. Ishami terpinga-pinga.

*******

Ishami mundar-mandir di dalam biliknya. Jarinya digigit-gigit. Haish! Masalah, masalah. Apa yang dia dah buat sampai Ifhami mendiamkan diri selama dua minggu ni?

Nak didail nombor Ifhami, Ishami tidak berani. Tapi, kalau tak call lagilah dia rasa bersalah. Apa salah aku?!

Entah macamana jarinya seperti terseliuh dan tertekan butang hijua. Kebetulan pulak skrin tengah memaparkan nombor Ifhami disitu. Errr, memang tekan pun sebenarnya. Hehe. Alang-alang dah tertekan ni, tunggu ajelah orang kat sana jawab.

"Assalamualaikum." nada suara itu dingin.

"Waalaikumussalam. Err..." Alamak, ter'speechless' lah pulak! "Errr..."

"Kalau Isha takde apa-apa yang nak dicakapkan, Fami letak sekarang." Tuuut.. Talian dimatikan begitu sahaja. Sekali lagi Insyirah hairan. Nak dikatakan yang Ifhami tu sedang mengalami PMS, tak mungkin pulak sebab dia tu lelaki. Hmmm... dia busy kot. Fikir Ishami.

********

"Isha, kenapa Fami dah tak ke mari?" tanya uminya. Peliklah jugak. Sakit ke? Dah dua minggu lebih rasanya Fami dah tidak bertandang ke rumahnya.

"Entahlah umi. Isha pun tak tahu kenapa. Tiba-tiba aje Fami mendiamkan diri. Umi tak tanya emak ke?" tanya  Ishami. Jangan tertanya-tanya pulak siapa 'emak' yang disebutkan Ishami tadi. Emak ialah ibu kepada Ifhami. Dah diwarning sejak kecil supaya memanggilnya emak. No aunty-aunty!

"Takdelah pulak. Nanti kejap lagi umi call emak. Isha tolong kupas bawang ni ya?" Umi menyuruh Ishami mengupas bawang merah. Terus dia mencapai telefon bimbitnya di atas kaunter dapur.

"Assalamualaikum. Haaa..."

"Fami tak sihat ke? Dah lama dah tak nampak batang hidung dia ke sini."

"Laaa... Kenapa tak cakap?"

"Teruk ke demamnya?"

"Ya Allah, dah besar panjang punmain hujan lagi?"

"Entahla... Tak nampak macam diorang gaduh pun." matanya dijelingkan ke arah Ishami.

"Tak elok lagi ke si Fami tu?"

"Hmm.. Okay, okay. Assalamualaikum." butang merah ditekan.

"Kenapa umi?" Cepat-cepat Ishami bertanya. Risau benar!

"Fami demam." Kata uminya. 

"Hish, dah berapa lama dia tak sihat ni?" tanya Ishami. Mukanya berkerut. Time ni jugaklah dia rasa nak lempang pak cik tu laju-laju.

"Dah dua hari. Tak kebah-kebah lagi. Pergi main bola tengah-tengah hujan." ujar uminya.

Tanpa berfikir panjang, Ishami terus menyarungkan tudungnya. Lengan baju yang dilipat hingga ke siku sudah dilurutkan kebawah. Ifhami ni memang nak kena!

Tak sampai dua minit Ishami sudah pun berdiri dihadapan pintu utama rumah Ifhami. Salam diberikan. Tidak lama kemudian, emak membuka pintu. Setelah bersalaman, terus Ishami menarik tangan emak ke bilik Ifhami.

"Kalau iya pun nak marahkan si Fami tu, tunggulah mak kunci pintu dulu." tegur emak. Ishami tersengih busuk.

"Sorry mak. Lupa... Isha geram sangat ni!" Tengan emaknya dilepaskan. Setelah mengunci pintu, mereka terus ke bilik Ifhami. Maunya si Isha nak ke situ sorang-sorang? Nak mampus?

********

"Kenapa tak cakap yang Fami tak sihat?" Marah Ishami. Eee... geramnya aku nak lempang pak cik ni laju-laju. Ifhami hanya diam. Tubuhnya dikiringkan ke kiri membelakangi Ishami dan emaknya.

"Haaaa... tengok tu. Orang cakap ni tak nak dengar! Dah dua hari Fami demam tau tak? Dahlah dalam masa dua minggu ni tak contact orang langsung!" Ishami tak kira. Dia tengah demam ke, sihat ke, aku nak jugak membebel kat sini. Faham tak sakit hati tu macamana?

"Fami demam ke, sihat ke bukannya Isha kisahkan pun! Yang Isha tau, hanya nak sambung belajar kat oversea. Nak tinggalkan Fami sorang-sorang kat sini. Dahlah, Isha balik ajelah. Takkan kebah pun demam ni kalau dengar Isha membebel." ujar Ifhami dengan nada rajuk. Langsung dia tidak memandang wajah Ishami. Eh, tolonglah! Buruk sangat tengok orang lelaki merajuk.

Ishami menarik nafas panjang-panjang. Ifhami, Ifhami. Isu oversea rupa-rupanya yang jadi punca hubunga diorang renggang...

"Kiranya Fami tengah halau Isha lah ni? Halaulah macamana sekalipun, Isha takkan pergi selagi Fami tak makan ubat tu." Ishami memandang ubat yang berada di atas meja tidur Ifhami. Dari kecil sampai ke besar susah nak makan ubat. Eh, terkutuk pulak! Padahal aku pun sama. Hehe. Ada chemistrylah katakan. Ceh!

"Hish!" Ifhami mendengus. Ubat diatas mejanya diambil lalu ditelan. Cakap orang! Dia pun liat jugak nak makan ubat! "Nah, dah habis! Dah, pergi balik! Tak manis kalau anak dara masuk bilik anak teruna macam ni!" halau Ifhami. Emaknya yang tersenyum dibelakang dilihatnya.

"Mak adalah dalam bilik ni! Bukannya Isha sorang-sorang." Adalah jugak rasa geram bila dihalau macam ni!

"Mak ada ke, takde ke, Isha balik sekarang. Dah pukul berapa ni?! Pergi tolong umi kat dapur!" halau Ifhami lagi. Ishami mengetap bibir. Perangai macan budak-budak!

Ishami lantas berdiri. Dihadiahkan sebuah jelingan ke arah Ifhami. Tangan emak disalamnya. "Isha balik dulu ya mak. Ada orang tak suka Isha jenguk dia."

************

Smoga cpt sembuh!
Mknlh ubt tu pak cik.
Nnti lgi teruk pula sakit tu.
Pndai2 sgt main bola dlm hjn!

SMS yang baru diterimanya itu dibaca lagi sekali. Macam berbunga aje hati ni bila Isha hantar SMS macam ni. Bahagia.

************

"Bila Isha fly?" tanya Ifhami. Ishami dah dapat permission daripada umi dengan abah dah.

"Fly? Isha mana pandai terbang! Jalan kaki boleh laaa..." Ishami cuba berloyar buruk. Hah! Kena sangatlah tu timing dia...

"Isha... Fami tanya baik-baik ni!"Ifhami ketap gigi. Geram betul dengan mak cik sorang ni!

"Hehe... Lagi tiga bulan." Ishami menegakkan tiga jarinya.

"Hmm... Baguslah..." ujar Ifhami. Ishami kerut kening.

"Apa yang bagus?" tanyanya hairan.

"Dalam tempoh tiga bulan ni Fami akan kahwin." ujar Ifhami bersahaja.

Ishami terkedu. Hendak sahaja dia menyoal 'siapa gadis bertuah tu'. Tapi lidahnya tiba-tiba terkelu. Kepalanya pula tiba-tiba pusing. Pandangannya juga semakin kabur dan terus menjadi gelap.

"Isha!" hanya itu yang dia dengar sebelum matanya terpejam rapat.

************

"Ada orang tu kan, pengsan time kita cakap kita nak kahwin..." usik si lelaki.

Si perempuan sudah menutup telinganya. "Eee.. Taknak dengar! Taknak dengar!" Mukanya sudah merah menahan malu.

"Eleh, malu konon. Tak payah nak malu-malu lah Ishaku sayang oii..!" usik Ifhami lagi.

"Janganlah usik Isha lagi!" Sebuah jelingan dihantar ke arah Ifhami. Eh, jelingan apa tu? Jelingan yang sarat dengan perasaan cinta! Aceh, jiwang betul!

"Buatlah lagi jelingan menggoda tu. Fami korek mata tu baru tahu!" ugut Ifhami. Haila bini aku sorang ni. Tak boleh ke kalau tak menjeling. Ada jugak yang juling nanti..

"Koreklah! Tak takut! Weeeeek!" Ishami menjelirkan lidahnya.

"Oooohh. Isha cabar Fami eh?! Meh sini." Nilah jadinya kalau kahwin awal. Umur baru 23 tahun dah menggatal nak kahwin. Bukan menggatal pun. Cuma nak cegah maksiat dan untuk keselamatan sejagat. Ceh!

Umi dan abah Ishami bukannya harapkan sangat pun Ishami pergi oversea sorang-sorang. Disebabkan keyakinan diorang terhadap Ifhami tinggi, diorang kahwinkan aje dua orang budak ni. Kalau ada yang membantah, memang takkan adalah majlis akad nikah. Tapi, kedua-dua dah beri kata sepakat. Tak membantah. Nak buat macamana. Last-last dengan Ifhami sekali tercampak pergi Perth sama. Ambil course architecture. Nasib baik hari tu permohonan untuk ke oversea diluluskan. Kalau tak, menangislah Ishami jawabnya.

Dah ditentukan bahawa jodoh mereka bersama. Membesar sama-sama dan sekarang telah membina masjid yang indah.

Orang-orang yang cakap belakang tu tetap ada. Yang kata itulah, yang kata inilah. Tapi semua tu tak penting. Bukannya selalu kita dapat puaskan hati semua orangkan?

"Isha, jangan lari! Tahu pun takut!" Ifhami mengejar Ishami yang sudah berlari sekeliling meja makan. Suka hati dioranglah. Muda-muda macam ni boleh lah nak main kejar-kejar. Bila dah tua nanti confirm nak jalan pun dah tak larat. Biarkan, biarkan mereka bahagia.


/The End

P/s : Alhamdulillah. Akhirnya siap jugak cerpen kedua ni! Aqilah Ishami , tenks sebab bagi pinjam nama. Haha. Sorry kalau ada terkurang sana sini. Typing error ke mende ke dah tak mau check dah. Penaaaaat!


Suka? Komen lah sikit.. ^^

3 comments:

  1. aku sengeh sorang2 bce....sweet yg amat lah...

    ReplyDelete
  2. nice... story...

    teruskan usha untuk hasilkan karya anda :)

    ReplyDelete