Cinta untuk Tuan Muda


"Segala kerja bermula daripada pukul 5 pagi sehingga semua kerja diselesaikan. Selagi tak selesai, selagi itu kamu tidak dibenarkan untuk tidur apatah lagi untuk berehat." Mak Awa selaku ketua pembantu rumah agam itu memberi sedikit taklimat kepada Iman Qaisara, pembantu rumah sementara.

"Baik, Mak Awa." Jawab Qaisara sambil mengangguk. Matanya memerhati setiap penjuru rumah agam milik pasangan Raja Muhammad dan Raja Kesuma. Besar doh! Agak-agak, kalau nak bandingkan rumah David Beckham dengan rumah ni, boleh tak? Rasa bangga pulak bila dapat kerja kat sini. Bukan senang tau? Qaisara senyum dalam hati.

"Okey, ni bilik Sara. Bilik ni Sara akan kongsi dengan sorang lagi pembantu rumah. Kak Yati namanya." Mak Awa menunjukkan sebuah bilik yang berada di belakang rumah. Tak jauh daripada biliknya itu, terdapat sebuah kolam yang agak besar. Sebelah biliknya masih terdapat banyak bilik-bilik yang lain. Mungkin bilik pekerja yang lain jugak kot.

Qaisara mengangguk lagi. Bilik pun dah sama besar dengan ruang tamu dekat rumah aku. Kalau dah bilik orang gaji sebesar ni, mesti bilik yang berada di dalam rumah agam itu lagi besar. Qaisara berkira-kira sendiri.

"Err.. Sara nak tanya Mak Awa sikit boleh?" Soal Qaisara sebaik sahaja fikirannya tiba-tiba mendapat satu soalan.

"Sudah tentu, Sara." Mak Awa senyum.

"Kat rumah agam tu siapa yang tinggal kat sana, ya Mak Awa?" Qaisara menyoal teragak-agak. Risau jugak kalau dikatakan menyibuk. Mak Awa senyum lagi.

"Kat situ cuma tinggal Raja Muhammad , isterinya Raja Kesuma dan dua orang anaknya, Raja Daiyan Haqeem dan Raja Adriana." Dengan litir Mak Awa menjelaskan.

"Ooo.." Mulut Qaisara membulat. Rumah yang besar, tapi cuma empat orang sahaja yang tinggal? Tak rasa membazir ke?

"Kalau tak ada apa-apa, Mak Awa keluar dulu ya? Kalau ada masalah, boleh tanya Mak Awa. Bilik Mak Awa dua bilik dari bilik ni. Sara kemaskan barang-barang Sara, kemudian jumpa Mak Awa lebih kurang satu jam dari sekarang." Pesan Mak Awa sebelum keluar daripada bilik itu.

"Okey, Sara. Kau hanya ada satu jam!" Pesan Qaisara terhadap dirinya sendiri sebelum mula mengemas.

*******

"Kak Yati." Panggil Qaisara ketika mereka sedang berehat di dalam bilik. Fikiran Qaisara melayang mengingati seorang lelaki yang berada ditepi kolam sambil termenung.

"Ya?" Sahut Kak Yati. Matanya belum dicelikkan daripada terpejam. Penat!

"Kak Yati tahu tak siapa yang selalu duduk termenung kat tepi kolam tu?" Terluah juga soalan yang berlegar-legar difikirannya. Sejak 3 hari lalu, dia selalu melihat lelaki itu.

Kak Yati meletakkan belakang tapak tangan di atas dahi. Lelaki? Duduk termenung? Tepi kolam? Oh.... Spontan dia bangun dari pembaringan. "Oh, kalau nak tahu, itulah Raja Daiyan Haqeem!" Kata Kak Yati. Dia tiba-tiba bersemangat apabila membincangkan soal tuan mudanya itu.

"Ooohh.. Tapi, kenapa dia selalu termenung?" Tanya Qaisara lagi. Banyak sangat soalan yang memerlukan jawapan sekarang ni.

Kak Yati duduk bersila di atas katilnya. "Sara nak dengar cerita pasal tuan muda tak?" Dia menyoal.

"Nak." Jawab Qaisar teruja.

"Macam ni, cerita dia.." Dan, kisah tuan muda tersingkap.

******

"Chah, betul ni Daiyan tak payah ikut?" Tanya Daiyan lagi. Risau bebenor dia. Aisyah senyum.

"Betullah encik Daiyan ku sayang." Aisyah memandang wajah Daiyan yang berkerut seribu. Eh, ya ke seribu? Bukan berjuta ke? Masam habis!

"Alah, Daiyan rasa tak sedap hati lah, Chah." Daiyan menggaru belakang kepalanya. Sumpah! Aku macam tak nak lepas kan Chah pergi ni.

"Daiyan.." Aisyah cuba memujuk. "Chah pergi kejap je. Bukannya pergi tak balik-balik." Aisyah membuat muka comel. Alah, nak pergi kursus aje pun. 3 hari aje.

"Chah!" Wajah Daiyan berubah. "Chah kan tahu yang Daiyan tak suka dengar Chah cakap macam tu." Suaranya tiba-tiba meninggi. Sensitif bila disebut 'pergi tak balik-balik'.

"Ya, ya. Chah tahu lah. Daiyan aje yang risau tak bertempat." Aisyah senyum. Nak pujuk hati orang kesayangan lah katakan. Selagi melawan, selagi tu dia tak bagi pergi. Dah macam suami aku pulak.

Huh. Daiyan mengeluh. Entah kenapa dia berat hati untuk merelakan Aisyah pergi. "Kalau macam tu, Chah kena janji dengan Daiyan. Boleh?" Daiyan menggangkat kening.

Aisyah senyum. "Okey. Apa dia?"

"Chah kena jawab panggilan Daiyan setiap kali Daiyan call. Sekurang-kurangnya, kita kena ber SMS setiap 10 minit. Okey?" Daiyan memandang mata Aisyah. Memang risau sangat dah ni.

Aisyah senyum lagi. "Baiklah Daiyan ku sayang." Aisyah menjelirkan lidah. Macam-macam lah Daiyan ni.

"Chah! Daiyan cakap betul-betul, dia main-main pulak!" Marah Daiyan.

"Iya, iya. Eh, Chah dah lewat ni! Bila Daiyan nak lepaskan Chah ni?" Aisyah memuncung. Mahunya tak lewat. Dah lebih setengah  jam Daiyan menahannya.

"Ermm. Pergi lah. Ingat tau apa yang Daiyan pesan tadi?" Daiyan meminta kepastian.

"Ingat!" Aisyah membuat ikrar.

"Okey lah, jangan nakal-nakal tau." Pesan Daiyan lagi.

"Ya. Chah ingat lah tu. Berapa kali dah Daiyan pesan? Okey lah, Chah pergi dulu." Aisyah meminta izin untuk pergi.

"Erm. Drive baik-baik. Assalamualaikum." Daiyan memandang Aisyah sayu. Kenapa rasa tak sedap hati ni?

"Waalaikumussalam." Aisyah membawa Myvi putihnya membelah jalan raya.

*******

"Assalamualaikum, Daiyan." Ucap Encik Ismail sebaik sahaja panggilannya bersahut.

"Waalaikumussalam, abah." Jawab Daiyan. Kenapa suara abah macam baru lepas nangis aje? Hatinya mula tidak tenteram.

"Daiyan..." Seru Encik Ismail perlahan.

"Ya, abah." Hati Daiyan semakin berlari tidak seiring. Macam ada perkara buruk aje. Dia memegang dadanya yang semakin tidak keruan.

"Abah harap, Daiyan akan bersabar selepas dengar berita ni." Suara Encik Ismail sudah sebak.

"Be.. Be.. Berita apa, bah?" Daiyan semakin berdebar.

"Chah dah tak ada, Daiyan." Zuup! Detakan jantungnya seolah-olah terhenti. Dia terkaku.

"Aa.. Aaa. Apa abah cakap?" Dia meminta kepastian. Aku yakin yang aku salah dengar tadi.

"Ya, Daiyan. Chah dah tak ada. Dia meninggal dalam perjalanan untuk ke hospital petang tadi." Terang Encik Ismail.

"Chh.. Chh.. Chah dah tak ada?" Tanya Daiyan tergagap-gagap.

"Betul, Daiyan. Abah dengan umi sedang berada di hospital sekarang untuk pengurusan jenazah." Kata Encik Ismail lagi.

"Allahuakbar!" Daiyan pitam.

******

"Jadi, kenapa Cik Aisyah meninggal?" tanya Qaisara apabila Kak Yati selesai bercerita.

"Kemalangan jalan raya. Bertembung dengan lori." Kak Yati bersuara sebak. Aisyah budak baik. Semua senang dengan kebaikan Aisyah.

"Ya Allah. Kesiannya dekat tuan muda." Qaisara menekup mulutnya. Air matanya turut bertakung. Malangnya nasib tuan muda.

"Dulu, tuan muda ceria sangat. Hari-hari dia akan senyum. Semua pekerja dekat sini pun dia akan tegur. Sekarang, sikap dia berubah seratus peratus. Tiada lagi Raja Daiyan yang selalu ceria. Dah 2 tahun Aisyah meninggal, tapi tuan muda tetap begitu. Kita nak buat macamana Sara. Ajal maut di tangan Allah." Kak Yati berkata. Qaisara hanya mampu mengiakan.

*******

"Sara, hidangkan makanan untuk tuan muda makan." Arah Mak Awa pada tengahari hari Selasa itu.

"Err.. Baiklah." Qaisara menatang dulang dengan berhati-hati ke meja makan. Dilihatnya, Raya Daiyan Haqeem sedang membaca surat khabar.

"Qaisara meletakkan lauk di atas meja diikuti dengan nasi. Kata Mak Awa, makanan kegemaran tuan muda ialah ikan patin masak merah.

"Jemput makan, tuan muda." Qaisara tunduk sebelum masuk ke dalam dapur. Raja Daiyan meletakkan surat khabar ke atas meja. Tidak sampai tiga saat, seorang pembantu rumah mengambil akhbar dari atas meja. Seorang perempuan dengan baju kurung Kedah dan kain batik yang berjalan membelakanginya dipandang sekilas. Siapa tu? Keningnya bertaut. Pembantu rumah baru kot.

******

Seperti kebiasaannya, Daiyan akan duduk termenung di tepi kolam. Qaisara memberanikan diri untuk mendekati tuan muda.

"Tuan muda." Panggil Qaisara lembut. Daiyan menoleh. Wajah muda seorang perempuan bertudung menyapa matanya. Nampak macam sebaya dengan Adriana aje. Dia meneka sendiri.

"Tuan muda termenung lagi?" Tanya Qaisara naif. Daiyan kerut dahi. Termenung?

"Maksud awak?" Tanya Daiyan apabila otaknya tidak dapat menafsirkan kata-kata Qaisara. Qaisara senyum.

"Sejak hari pertama saya kerja dekat sini, saya selalu nampak tuan muda duduk di sini."

Daiyan terlongo. "Awak intip saya?" Pertanyaan Daiyan membuatkan Qaisara ketawa kecil. Daiyan terpanar.

"Bukan intip lah, tuan muda. Tertengok, terperasan. Sebab memang tak sah kalau tak nampak tuan muda dekat sini." Qaisara duduk bertinggung dihadapan Daiyan yang duduk di atas kerusi. Hatinya tiba-tiba bergetar. Wajah Qaisara direnung lembut.

"Tuan, yang pergi tetap akan pergi. Setiap apa yang terjadi pasti akan ada hikmahnya. Setiap kepahitan pun pasti ada kemanisannya. Cuma kita yang belum tahu bila kemanisan tu akan kita rasai. Tuan muda jangan lah sedih lagi." Nasihat Qaisara lembut. Dia memandang wajah Daiyan yang merenungnya. Dia tiba-tiba bangun.

"Alamak!" Dia menepuk dahi. Lupa!

"Kenapa?" Daiyan kerut dahi. Tiba-tiba aje budak ni!

"Saya lupa lah, tuan muda. Saya tak boleh berehat selagi tak bereskan kerja. Maafkan saya tuan muda. Lain kali saya tak buat lagi.: Qaisara tunduk. Dia tiba-tiba rasa bersalah. Yang kau gatal nak bercakap dengan tuan muda tu apahal? Qaisara mengutuk dirinya yang cuai.

"Tak apa lah, tuan muda. Maafkan saya sebab ganggu tuan muda berehat. Maafkan saya." Tanpa sempat Daiyan membalas, Qaisara sudah memintas. Qaisara tunduk lagi. Tubuhnya dipusing ingin berlalu untuk menyambung kerjanya.

"Tunggu!" Panggil Daiyan apabila Qaisara semakin menjauh. Qaisara menoleh. "Nama awak apa?" jeritnya.

"Sara." Qaisara berlari masuk ke dalam rumah.

******

Daiyan membuka matanya perlahan. Cahaya yang menyilaukan membuatkan matanya kembali terpejam. Silaunya! Dia kembali membuka matanya. Aik? Tempat apa ni? Dia memandang di sekelilingnya. Semuanya putih.

"Daiyan." Sayup-sayup dia terdengar suatu suara memanggilnya.

"Daiyan." Lembut suara itu kedengaran.

"Daiyan." Semakin dekat, semakin dekat.. Dan...

"Chah!" Seru Daiyan perlahan. Aisyah! Gadis yang dicintainya sepenuh hati.

"Daiyan." Daiyan senyum. Daiyan maju ingin mendekati Aisyah.

"Jangan dekat, Daiyan. Jangan dekat." Aisyah berpesan. Langkah Daiyan terhenti.

"Ke.. Ke.. Kenapa Chah?" Tergagap-gagap Daiyan menyoal. Aisyah senyum lagi.

"Jodoh kita tak panjang, Daiyan." Lembut suaranya berkata.

"Tapi, Chah. Daiyan sayang Chah!" Suara Daiyan berubah sebak.

"Chah pun sayang Daiyan." Air mata Aisyah menitis. "Tapi Allah dah tentukan jodoh kita." Aisyah menyambung.

"Kenapa? Kenapa Chah pergi dulu? Kenapa bukan Daiyan?" Daiyan terduduk. Betapa sedih perasaannya apabila terpisah dengan orang yang tersayang.

"Jangan ditanya kenapa, sayang." Aisyah menggeleng. "Tak baik mempersoalkan takdir Allah. Allah telah tentukan yang terbaik makhluknya." Kata Aisyah. Air matanya masih mengalir.

"Chah, Daiyan sayang Chah!" Daiyan merintih.

"Chah tahu Daiyan. Chah pun sayangkan Daiyan. Tapi, percayalah yang Daiyan akan bertemu dengan wanita yang jauh lebih baik daripada Chah." Aisyah berkata lagi.

"Chah." Panggil Daiyan. Aisyah senyum. Semakin lama, semakin kabur dari matanya.

"Chah." Tiada sahutan.

"Chah.." Panggilnya lagi, namun tetap tiada respon.

"Chah!!!" Daiyan tersedar. Astaghfirullah! Daiyan meraup muka nya yang basah dengan air mata. Ya Allah, sesungguhnya aku amat merindui Aisyah. Dia menuju ke bilik air untuk mengambil wudu'.

******

Daiyan duduk termenung di tepi kolam.
"Daiyan akan bertemu dengan wanita yang jauh lebih baik daripada Chah."
Kata-kata Aisyah di dalam mimpi itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Huh. Dia mengeluh. Siapa yang layak untuk menggantikan tempat mu Aisyah?

"Tuan muda!" Bahunya terasa dicuit. Dia berpaling. Sara. Tanpa sedar bibirnya menyeru nama itu.

"Tuan muda okey?" Qaisara menyoal. Dia menelengkan kepalanya ke kanan. Comel!

"Kenapa? Saya nampak tak okey ke?" Daiyan mengangkat kening. Qaisara senyum.

"Takdelah, tuan muda. Saya tak pernah tengok tuan muda senyum. Sebab tu lah saya tanya. Mesti tuan muda sedih lagi kan?" Qaisara bertanya. Tudung yang tersarung dibetulkan sedikit.

"Saya memang tak pernah senyum ke?" Daiyan memeluk tubuh. Dia bersandar pada kerusi. Qaisara menggeleng. "Selama saya jadi orang gaji kat sini, saya tak pernah tengok tuan muda senyum." Jujur dia berkata. Daiyan diam. Betul ke aku tak pernah senyum? 

"Tuan muda tahu tak? Semua orang dekat rumah ni... Eh, rumah ke? Maksud saya, istana ni. Semua orang dalam istana ni risaukan tuan muda" Qaisara duduk bertinggung disebelah Daiyan. Wajah Daiyan berubah.

"Iya?" Semua risaukan aku? Qaisara mengangguk. Yup.

"Ramai pekerja kat sini kata, dia orang rindu kan tuan muda yang lama. Mereka kata, dulu tuan muda seorang yang ceria." Qaisara memandang Daiyan yang merenungnya.

"Diorang kata macam tu?" Daiyan meminta kepastian. Qaisara mengangguk mengiakan. "Habis saya nak buat macamana?" Daiyan menggaru dahinya. Qaisara senyum.

"Heee.. Senang aje tuan muda." Senyumannya melebar menghiasi wajah.

"Apa dia?" Daiyan tiba-tiba terasa teruja. Seronok lah pulak cakap dengan budak ni.

"Tuan muda kena senyum macam saya." Qaisara tarik sengih menampakkan giginya yang tersusun bersih. Matanya pun turut mengecil. Tanpa sedar Daiyan senyum diikuti dengan ketawa.

"Laaa... Kenapa tuan muda ketawa pulak?" Qaisara memuncung. "Orang suruh senyum aje." Suaranya tak ubah seperti budak kecil yang merajuk.

"Takkan lah awak nak suruh saya sengih macam tu?" Daiyan ketawa lagi.

"Kenapa? Salah ke?" Ujarnya tak puas hati. Dia menunduk.

"Kalau saya senyum macam tu, hilanglah macho saya." Tawanya beransur perlahan. Qaisara menjuih.

"Kalau saya senyum macam ni, boleh?" Daiyan senyum menampakkan lesung pipit di pipinya. Qaisara mendongak. Erk. Dia kehilangan kosa kata. Awat dia handsome sangat ni?

"Haa! Kan dah handsome!" Dia mengawal reaksi mukanya. Cool, Sara. Cool. Jangan gelabah!

Daiyan senyum lagi. Malah makin lebar. "Saya memang handsome pun." Riak lagi!

Qaisara menjuih. "Pfft. Masuk kotak, sealed sendiri." Qaisara bangun lalu beredar.

"Eh, Sara! Merajuk pulak dia!" Daiyan senyum lagi. Peribahasa apalah yang dia guna tu?

******

"Alhamdulillah." Raja Kesuma senyum dari dalam rumah. "Mak Awa, apa nama budak perempuan tu?" Dia menoleh ke arah Mak Awa yang berada di belakangnya. Dia mendapati Mak Awa turut tersenyum.

"Qaisara, puan. Iman Qiasara."

******

"Tuan mudaaaaaaa...." Panggil Qaisara meleret. Malam itu, dia dan Daiyan sedang berada ditepi kolam sambil merendamkan kaki mereka ke dalam air. Kebetulan pulak sewaktu Qaisara ingin masuk tidur, dia ternampak Daiyan tercongok disitu. Dia pun, apa lagi. Join sekaki lah.

"Ermm?" Daiyan yang tadi memandang langit kini menoleh ke arah Qaisara.

"Saya nak buat satu permintaan boleh tak?" Qaisara memandang Daiyan.

"Permintaan?" Dahi Daiyan berkerut. Qaisara mengangguk.

"Kalau saya nak singkatkan 'tuan muda' kepada 'TM' boleh tak?" Pintanya. Dahi Daiyan semakin berkerut.

"Kenapa pulak?"

"Takde lah, kalau nak sebut tuan muda tu rasa macam payah pulak. Kan senang kalau singkatkan jadi TM aje." Qaisara menjelaskan. 

"Ooohh." Daiyan mengangguk faham.

"Sebagai contoh lah kan, kalau saya nak panggil tuan muda pun akan jadi lebih senang. Dengar ni." Qaisara berjeda seketika untuk mengambil nafas. "Ehuk, ehum. Hai, tuan muda Daiyan. Tuan Muda nak makan?" Qaisara melakonkan sketsa. Daiyan ketawa.

"Ada-ada aje lah awak ni." 

"Panjangkan? Dengar yang ni pulak. 'TM, TM. TM Daiyan buat apa kat tepi kolam ni sorang-sorang? Tak takut kena gigit dengan drakula ke?'" Ketawa Daiyan pecah.

"Ada ke drakula kat Malaysia ni?" Daiyan bertanya. Kalau pontianak ada lah aku dengar.

"Eh, mesti lah ada. Hantu kat Malaysia kan dah advance. Ingat kat negara omputih je ke ada drakula segala?" Qaisara menjuihkan bibir. Ingat dia duduk lama kat oversea, boleh lah kata kat Malaysia ni takde drakula.

"Ya ke? Mana drakula? Meh lah kalau berani." Daiyan ketawa. Ada ke patut? Qaisara menjuihkan bibir. Cakap besar lah pulak!

"Hah, boleh tak saya panggil TM ni, TM?" Mimi bangun. Dah beku kaki aku sebab berendam kat kolam ni. Mata pun dah berat dah ni. Katil kat bilik tu dah menyeru dah tu.

"Suka hati awak lah." Daiyan bermain air dengan kakinya. Kaki dah beku! Brrr.. Sejuk. Dia mengangkat kaki daripada kolam. Ada jugak yang jadi ice man kat sini.

"Ermm, okay! Bye TM. Saya masuk tidur dulu." Qaisara melambai lalu menuju ke biliknya. Mengantuk!

Daiyan menghantar langkah Qaisara dengan senyuman. Qaisara. Kenapa hati aku sentiasa tenang bila bersama dia?

*******

Suasana di villa kediaman Raja Muhammad gamat seketika dengan riuh rendah suara Raja Adriana. Dah jadi kebiasaan kalau Raja Adriana pulang dari asrama setiap dua minggu. Tapi hari ni adalah hari pertama Adriana bertemu dengan Qaisara. Kalau tak silap dia, sebelum ke asrama dua minggu lepas, tak de laagi pekerja baru kat sini.

"Akak dah lama kerja sini?" Tanya Adriana bila hatinya dah gatal-gatal nak menyoal. Adriana memang begitu. Sikap tidak ubah seperti abangnya dahulu. Ceria dan sentiasa ceria. Semua pekerja dekat villa ni dia kenal.

"Tak. Baru aje. Kenapa?" Qaisara kembali menyoal. Kak Yati kata, Raja Adriana pulang hari ini. Ni kot, tuannya.

"Oh, takde papelah. Sebab tu lah Ad tak pernah tengok akak sebelum ni." Adriana senyum. Dia memerhatikan Qaisara yang sedang memotong sayur. Macam best aje tengok akak ni buat kerja.

"Cik muda dah tingkatan berapa ya?" Soal Qaisara ramah. Dia memandang Adriana sekilas. Alah, cutenya budak ni. Macam abang dia. Ahaks!

"Eh, akak!" Suara Adriana tiba-tiba meninggi. Qaisara terpinga-pinga. Dia mengangkat kening. Kenapa?

"Janganlah panggil Ad, 'cik muda'." Adriana memberitahu. Sungguh, memang dia akan loya tekak kalau orang memanggilnya sebegitu. Entah kenapa, entah.

"Habis nak panggil apa?" Qaisara menyoal.

"Alah, panggil Ad sudah lah." Adriana senyum. Tak perlulah nak ber'cik muda' bagai.

"Eh, mana boleh! Nanti Puan Besar marah. Nanti dia kata akak kurang ajar pulak." Qaisara mengerutkan dahi. Budak ni! Macam-macamlah pulak.

"Alah akak. Semua orang panggil Ad dengan 'Ad' lah. Tak payah risau." Adriana senyum lagi. Sukalah cakap dengan akak ni. "Akak nama apa?" Dari tadi sembang, nama pun tak tahu apa.

"Qaisara. Iman Qaisara."

"Oh... Eh, tadi akak tanya Ad form berapa kan? Tahun ni Ad Form 5." Kata Adriana. Rasa ngeri pulak bila sebut lima kat belakang tu. Tak nak ambik SPM!

"Oh, SPM lah tahun ni kan? Nanti, bila dah exam, jawab leklok ya?" pesan Qaisara. Dia bangun menuju ke singki. Sayur dah habis dipotong. Tinggal nak masak aje.

"Akak umur berapa ya?" tanya Adriana lagi. Kalau boleh nak tahu semua pasal Qaisara.

Qaisara menuang minyak ke dalam kuali setelah kuali dipanaskan. Hari ni, tugas dia untuk memasak. Ramai pekerja yang bercuti hari ini. Maklumlah, hari minggu. Dia senyum mendengar soalan Ad.

"Dua hari lagi genap 24 tahun." Dia memasukkan bawang untuk ditumis. Berdesir bunyinya apabila bawang yang basah bertemu minyak.

"Hah?! Dua hari lagi?" Tanya Adriana kurang percaya. Masakan?

"Iyalah, takkan nak tipu kot." Qaisara senyum. Hee..Adriana sengih busuk.

"Kalau macam tu, happy becoming birthday!" Ucap Adriana. Tiba-tiba rasa excited semacam.

Qaisara senyum lagi. "Thanks. Nanti jangan lupa bagi hadiah tau.." Eh, eh, eh. Qaisara! Kau tak malu ke mintak hadiah dengan orang? Anak majikan pulak tu.

Adriana senyum. Perangai Kak Sara sama dengan perangai Kak Chah. Cakap aci redah. "InsyaAllah."

"Akak, akak tak sambung belajar?" Soal Adriana tiba-tiba. Qaisara diam buat seketika. Kena jawab ke soalan ni?

"Err.. Maaflah kalau kata-kata Ad menyinggung perasaan akak." Adrian cepat-cepat memohon maaf apabila melihat kebisuan Qaisara. Harap-harap dia tak kecil hati.

"Akak ambik medic." Jawab Qaisara sepatah. "Tapi sekarangkan cuti sem. So, akak kerjalah kat sini buat sementara waktu." Jelas Qaisara. "Akak bukannya berasal dari keluarga yang berada macam Ad. So, akak tak nak lah bebankan umi dan abah akak." Katanya lagi. Tiba-tiba dia teringatkan umi dan abahnya. Allah, rindunya!

"Ohh.." Bibir Adriana membentuk huruf 'o'. "Akak study kat mana?" Tanya Adriana lagi. Habis dikorek tentang perihal hidup Qaisara. Qaisara pula seperti ringan mulut untuk memberitahu.

"UK."

"Wooo!" Terlopong Adriana mendengar perkataan itu. United Kingdom tu! "Hebatnya akak!" Pujinya.

Qaisara senyum. "Biasa-biasa aje, Ad." Dia merendah diri. Buat apa nak heboh-heboh kan?

"Akak ada boyfriend tak?" Hampir tersedak Qaisara apabila soalan itu menyapa telinganya.

"Boyfriend?" Soal Qaisara kembali. Biar benar si Ad ni. Adriana mengangguk.

"Sape lah yang berkenan dengan akak ni, Ad oi. Kenapa tanya? Nak jodohkan akak dengan abang Ad ke? Hehe." Qaisara sengih busuk. Memanglah si Sara ni cakap tak berlapik.

"Iye ke akak ni? Entah-entah dah kahwin. Siap beranak dua lagi. Tapikan, kalau Kak Sara jadi kakak ipar Ad pun best jugak. Hehe." Adriana dah jadi geng dengan Qaisara. Sama-sama loyar buruk. Padan sangatlah tu. Dia gelak tak ingat dunia.

"Ad, muka akak dah macam mak orang ke? Sampai hati." Qaisara buat muka sedih. "Ha'ah. Kan best kalau Ad jadi adik ipar akak. Lagipun, akak takde adik." Qaisara mula mesra dengan Adriana. Lupa sekejap bahawa Adriana adalah anak majikannya.

"Nanti Ad bagitau kat abang, suruh ma dan pa masuk meminang. Okey?" Adriana menyoal. Gi-la! Ni kalau buat movie, confirm takde orang nak tengok. Memang hiperbola lah orang kata.

"Beres! Akak no hal." Dia mengangkat ibu jarinya. Dan... Perbualan mereka terus berlanjutan hingga azan Zohor berkumandang.

"Ad, makanan dah siap dimasak. Kalau dah lapar, boleh akak hidangkan." Kata Qaisara sambil mengelap tangannya pada kain bersih yang tersangkut.

"Ad tak lapar lagi lah kak." Adriana senyum.

"Kalau macam tu, akak mintak diri kejap ya? Nak pergi solat." Qaisara menanggalkan apron.

"Alah, dah nak masuk bilik?" Wajah Adriana tiba-tiba muram. "Ad nak ikut boleh?" Adriana cuba memujuk. Muka dah macam anak kucing lapar nak minta makanan.

"Tapi, Ad.."

"Alah, boleh aje. Please lah akak.. Please...." Adriana mengecilkan matanya. Sepuluh jarinya disusun untuk meraih simpati Qaisara.

Huh. Qaisara mengeluh. "Yalah.. Yalah.. Jom.." Mereka terus melenggang ke bilik Qaisara.

******

"Abang..."

"Emm.."

"Abang..."

"Emm.."
"Abang..."

"Apa?!" Sedikit kasar. Matanya masih belum dibuka.

"Abang..."

"Ish... Apa?!" Nak kata aku tak menyahut, memang sah-sah aku dah menyahut. Nak apalah budak ni. Matanya masih terpejam rapat. Teringatkan... dia tu....

"Abang kenal tak Kak Sara?" Pertanyaan Adriana itu membuatkan mata Daiyan terbuka. Posisinya yang tadi elok berbaring, kini telah berubah. Dia duduk bersila di atas katilnya.

"Apa Ad cakap tadi?" Tanya Daiyan. Aku silap dengar ke?

"Orang tanya, kenal tak dengan Kak Sara?!" Jelas Adriana lagi. Dah pekak ke pulak abang aku ni?

"Err.. kenapa Ad tanya?" Daiyan memegang belakang tengkuknya. Tiba-tiba rasa nak blushing lah pulak bila nama itu disebut-sebut. Ehek! Gedik kau Daiyan...

"Saja.. Abang kenal tak dia?" Tanya Adriana lagi. Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Apa punya abang lah macam ni..

"Kenal.." Jawab Daiyan sepatah. Adriana senyum. Senang sikit aku nak kenen-kenen kan abang dengan Kak Sara.

"Abang tahu tak yang lusa birthday Kak Sara?" Soal Adriana bersahaja.

"Lusa?" Daiyan seolah-olah terkejut. "Ad jangan cuba nak tipu abang.."

"Mana pulak tipu.. Ad yang sembang-sembang dengan Kak Sara. Mestilah Ad tahu. Adriana memaklumkan kepada Daiyan. Daiyan tersengih sendiri. Nak bagi hadiah apa ya? Daiyan tercongok-congok sendiri. Kalau bagi bunga, macam typical sangat. Nak bagi apa eh?"

"Abang nak tahu tak, Kak Sara belajar dekat UK..??" Adriana masih galak bercerita. Daiyan kaget.

"UK?"

"Ha'ah.. Dia ambik course medic kat sana."

"Iya?" 

"Iya."

"Habis, kenapa dia kerja dekat sini? Dia dah habis belajar ke?"

"Belum lagi lah, abang. Sekarangkan tengah cuti sem. So, dia kerjalah dekat sini. Nak cari duit lebih katanya."

"Oh.." Daiyan mengangguk. Ad, ceritalah lagi.. Ceritakan semuanya yang Ad tahu.

"Abang tahu tak.."

"Apa?"

"Hish, orang tak habis cakap lagi ni.."

"Hah.. Cakap.. Cakap.."

"Kak Sara pun minat Super Junior jugak. Sama macam Ad."

Daiyan kerut kening. "Mana Ad tahu?"

"Ad pergi bilik dia."

"What??!" Mata Daiyan terbeliak. "Ad masuk bilik Sara?"

Ad pegang dada. Tiba-tiba buat muka terkejut macam tu sampai aku pun terperanjat sekali. Haish! "Yang abang terperanjat sangat ni kenapa?" soal Adriana. Apa kes?

"Err... Takde pape.." Daiyan menggaru belakang kepalanya. Baru satu hari Ad balik, diorang dah rapat? Haish!

******

"TM!" Sapa Qaisara. Tapi, Daiyan tak menoleh pun. Tak dengar kot.. "TM.." Sapanya lagi. Haish! "TM Net!" Hah! Kan dah kena. Hehe. Daiyan berpaling. Eh, Sara! Senyuman berbunga.

"Nak pergi mana pakai cantik-cantik ni?" Daiyan menyoal. Pelik jugak bila tengok Sara pakai jeans dan blouse. Siap pakai shawl lagi. Gorgeous!

"Nak balik kampung." Ujar Sara dengan ceria yang dibuat-buat. Aku... tak sanggup nak tinggalkan tempat ni.

"B.. b.. balik kampung? Buat apa?" Daiyan kerut kening. Sara nak balik kampung?

"Saya nak pergi belajar lah. Kan dah habis cuti sem." Sara senyum lagi. Tapi bukan senyuman yang ikhlas dari hati. Ngaa~ Umi! Abah! Tak nak pergi UK!!!

"Awak dah tak kerja sini lagi?" lirih Daiyan bertanya. Qaisara geleng.

"Tak." Qaisara menahan air matanya agar tidak tumpah disitu. Peritnya perpisahan!

Daiyan senyum tawar. "Bila habis belajar?" Tanyanya berbasa-basi. Tak kan nak tunjuk sedih depan dia, kan? Hilanglah macho aku.

"Tahun depan, InsyaAllah." Qaisara tunduk. Air mata, janganlah keluar dekat sini!

"Ooo.. goodluck." Daiyan senyum paksa. Daiyan mengalihkan pandangannya. Tak mahu tengok lama-lama, nanti rindu.

"Emm.." Qaisara angguk. Jam di tangan dikerling sekilas. Mak aih! Dah lambat. "Tuan Muda, saya dah kena pergi ni. Bye.." Tanpa menunggu jawapan Daiyan, dia pusing untuk berlalu. Mata dah tak boleh nak tampung air mata. 

Belum sempat dia pergi jauh, tangannya ditarik dari belakang. Qaisara menoleh. Tuan muda?

"Awak tak nak bawak saya sekali?" Daiyan angkat kening. Mata Qaisara bertentangan dengan matanya.

"Huwwwaaaaaaaaaa.." Air mata Qaisara tumpah disitu.

******

"Abang..." Seru Qaisara.

"Emm.."

"Macamana abang boleh jatuh cinta dekat Sara?" tanya Qaisara kepada suaminya yang terchenta.

"Nak kena bagitau jugak ke?" Si suami menyoal. Orang tanya dia, dia tanya orang balik.

"Bagitau lah." Qaisara menyandarkan kepalanya pada dada suami. Haish, dari tadi asyik suami! Suami! Suami! Alah, senang-senang bagi nama aje lah! Hah! Daiyan! Daiyan suami dia! Puas hati?!

"Sebab..."

"Emm.."

"Sebab..."

"Emmmm.."

"Sebab.."

"Abang!" Marah Qaisara. Perut Daiyan dicubit.

"Auch! Sayang ni... Sejak pregnant asyik nak buli abang aje! Cuba lah bawak bertenang sikit. Ni tak, abang gurau sikit pun tak boleh." Daiyan memuncungkan mulutnya. Ni nak merajuk ni.

"Alah.. Abang, janganlah merajuk.." Tangannya diletakkan dipipi Daiyan kemudian ditarik-tarik.

"Sayang.. Sakitlah!" Daiyan menepis tangan Qaisara yang menarik-narik pipinya. Sakit tahu tak!

Qaisara buat muka comel. Pantas dia memeluk tubuh tegap Daiyan. Ala tomey... tomey... "Cakap lah macamana abang boleh jatuh cinta dekat Sara..." Qaisara menyoal lagi.

"Kan dulu abang dah cakap. I love you for no reason. Sara terlalu istimewa buat abang. Takde benda yang boleh gantikan cinta abang pada Sara. Even Sara tu macam tak sayangkan abang, tapi abang saaaaaayang sangat kat Sara." Jelas Daiyan.

"Eh, siapa kata yang Sara tak sayang abang? Pandai-pandai aje!" Qaisara menarik muncung. Sesedap oren aje dia cakap aku tak sayang dia!

"Kalau sayang, Sara sayang abang banyak mana?" Daiyan menarik hidung Qaisara.

"Ermm.. Banyak ni!" Qaisara mendepangkan tangannya.

"Banyak tu aje? 180 darjah aje? Abang sayang Sara 360 darjah tau?!" Tekan Daiyan. Semakin hari, semakin manja bini aku sorang. Ai maklumlah, berbadan dua. Hehe.

Orang kata, setiap kepahitan tu ada kemanisannya. Dulu, Daiyan pernah melalui saat kehilangan Aisyah yang tersangat pahit untuk ditelan. Tapi, kehadiran Qaisara telah membawa kembali kemanisan ke dalam hidupnya. Hidup mesti diteruskan. Kalau takde iman, memang kecundang. Bersabarlah ketika menghadapi kepahitan.



*psst. So cheesy story kan? Anyway, leave ur comment and enjoy! Mintak ampun, mintak maaf! Ending yang tak best!*

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mr. Bad Boy 2

#4 Mr. Bad Boy