Followers

Sunday, 2 June 2013

Twelve Roses (3)


                “Az, pick up the phone please?” Iyad yang tengah membakar ayam mengerling adiknya yang merenung telefon. Telefon dah ada kat tangan tapi kenapa dia tak angkat?

            “Unknown number lah, abang.” mulut Az memuncung. Nak off handphone pun rasa macam malas je.

            “Bak sini!” tangan dihulur. Orang nak bakar ayam pun tak senang!

            “Assalamualaikum.”

            “Waalaikumussalam. Errr... Lia ada?” teragak-agak Luth bertanya. Suara lelaki mana pulak ni?

            “Lia? Kenapa ya? Ini siapa?” soal Iyad sambil menjeling Az. Lia?

            “Ini Luth. Kawan kuliah Lia. Saya call ni nak bagitau yang purse dan planner dia ada pada saya. Saya jumpa kat kafe hari tu. Err... ni boyfriend dia ke?” Erk, Luth! Beraninya kau tanya macam tu.

            “Boyfriend? Hahaha. Taklah. Ni abang dia. Terima kasih ya sebab tolong jaga purse tu. IC, lesen kereta semua kat dalam tu. Meroyan jugalah dia balik sini sebab dia kata purse dia hilang.”

            “Hmmm... itulah. Nasib baik saya yang jumpa. Kalau tak, habislah semua duit dikebasnya. Okeylah, bang. Tolong bagitau yang purse dan planner dia ada pada saya ya? Saya letak dulu, assalamualaikum.”

            “Okay, waalaikumussalam.” telefon dijauhkan dari telinganya. Kenapa tak mesej je? Kan lagi jimat kredit?

            “Siapa, bang?” Az angkat kening.

            “Dekat U ada orang panggil Az, Lia tak?” Iyad ikut sama angkat kening. Senyuman dia sudah lain macam. Mood nak menyakat dah datang!

            “Lia?” Az recall balik. “Rasanya takde. Semua panggil Az, Az.” dengan tidak semena-mena, muka Az menjadi pucat. “Sorang aje yang panggil Az, Lia.” dia menegakkan jari telunjuknya.

            “Siapa?”

            “Luth.”

            “Hah, dialah yang call tadi.”

            “Huh? Luth call? Kenapa? Dia cakap apa dengan Abang Iyad? Macamana dia boleh dapat nombor Az?” kelam kabut Az menyoal. Crush yang call takkan tak gelabah kot. Huh, pedih betul hati bila kalau menyimpan perasaan tanpa diluahkan. Nad pun tak tahu pasal dia. Bila Nad sebut aje, mesti Az cakap ‘don’t mention his name’. Bukan sebab benci, tapi tak nak orang tahu yang dia suka Luth. Ahhhh, sekarang juga dia rasa nak menjerit. Kenapa bukan dia yang jawab panggilan tadi?

            “Wooo... wooo... wooo... Satu-satu ya, dik. Ya, Luth call. Dia cakap purse dan planner Az dia yang pegang. Dia jumpa dekat kafe. Itulah Az. Kan abang dah cakap, makan sayur banyak-banyak. Biar otak tu jadi tajam sikit. Takdelah sampai tertinggal purse apa semua.” sempat juga Iyad membebel. Az memang pelupa. Tambah-tambah lagi bila datang sikap kelam kabut dia. Tak padan dengan garang!

            “Ohh.. eh, kejap! Purse dengan apa abang sebut tadi?”

            “Planner.”

            Tak berdarah muka Az ketika itu. “Abang, nak pengsan!” dia terus terduduk disitu. Macamana kalau dia baca planner tu? Macamana kalau dia tahu? Macamana? Macamana? Ya Allah, jangan biarkan dia belek planner aku tu. Ahhhhhhhhhh!


*************


            “Nad!”

            Nad toleh ke belakang. Abang Iyad?

            “Nak pergi mana?”

            “Jalan-jalan.”

            “Sorang-sorang?”

            “Taklah, berdua!” perli Nad. Dah nampak aku jalan seorang lagi mahu tanya!

            “Bahayalah! Abang Iyad temankan boleh?” berani gila jalan sorang-sorang macam ni. Dahlah malam! Haish!

            “Suka hati Abang Iyad lah.” Nad meneruskan jalan sambil berpeluk tubuh. Alah, tak ingat pulak nak bawa sweater.

            “Sejuk ke?” Iyad menyoal. Nampak macam sejuk aje. Berpeluk tubuh bagai.

            “Hah? Ha’ah. Lupa nak bawak sweater.” Nad pegang pipi. Sejuk!

            Iyad menanggalkan sweater yang tersarung pada tubuhnya. Tiba-tiba dia rasa macam dalam drama pulak. Heroin sejuk, hero tolong panaskan dengan sarungkan kot. Tapi, ni lain sikit lah, sweater.

            “Nah, Abang Iyad tengok Nad dah menggigil-gigil dah tu.” sweater dihulur.

            “Errr... abang tak sejuk?” serius, dia rasa macam tengah berlakon drama tv.

            “Tak. Lagipun, kulit lelaki kan lagi tebal dari kulit perempuan.” Iyad senyum. Kontrol aje lebih. Padahal dia pun dah menggigil tu.

            “Errr... Betul ni?”

            “Betullah. Takkan nak tipu pulak.”

            “Hmmm, okay.” Nad cepat-cepat menyarungkan sweater Iyad pada badannya. Bau perfume yang dipakai Iyad menyengat ke hidung. Wangi.

            “Abang Iyad pakai minyak wangi apa?”

            “Minyak atar.” selamba badak dia menjawab.

            “Eeee... orang tanya elok-elok ni!” Nad memuncung. Poyo betullah dia ni!

            “Hugo Boss.”

            “Wangiiii...” Nad membawa lengan sweater ke hidung. Serius, wangiiii! Dia senyum.

            “Tu bukan wangi perfume. Tu wangi badan abang.” Iyad bantai gelak. Nad mencebik. Pandangannya ditala ke langit. Wah, banyaknya bintang!

            “Abang Iyad.”

            “Hmm?” kening terangkat.

            “Cuba tengok langit kat atas.” Iyad mendongak.

            “Banyakkan bintang?” Nad menunding jari ke langit. “Dah lama Nad tak tengok bintang macam ni.” luahnya. “Asyik belajar, belajar dan belajar. Sampai lupa nak menghayati keindahan alam yang Allah cipta.” Nad tersenyum. Iyad hanya tekun mendengar.

            “Abang ingat tak waktu kecil-kecil dulu? Ada satu drama Taiwan yang cakap bintang tu ibarat jelmaan orang yang dah meninggal.” err... jelmaan? Macam tak kena aje ayat Nad tu.

            “Oh, yang tu. Ingat, ingat!” Iyad tersenyum. Siapa tak ingat zaman hingusan dulu. Bila fikir-fikir balik, sungguhlah dia bukan budak yang matang.

            “Abang siap cakap dengan bintang lagi sebab rindukan arwah mama dan papa abang.” Nad gelak perlahan. Rasa nak nangis pun ada sebab dia pun manja jugak dengan arwah ibu dan bapa saudaranya dulu.

            Iyad tersenyum. “Zaman kecil, Nad.”

            “Abang Iyad tak rindu arwah mama dan papa?” air mata sudah bergenang. Ya Allah, kenapa dia emosional sangat ni?

            Iyad membisu seketika. “Tiada sebab yang boleh menyebabkan Abang Iyad tak rindu. Walaupun 9 tahun saja Abang Iyad hidup dengan diorang, Abang Iyad bersyukur sangat-sangat. 9 tahun tu dah kira lama walaupun hakikatnya masa itu cukup pendek. Setiap yang berlaku ada hikmahnya kan? Tempat mama dan papa digantikan oleh umi dan abah. Adik pun bertambah lagi sorang.”

            “Kesian Abang Iyad dan Az.” Nad kesat air mata.

            “Laaaa. Ni apasal touching semacam ni?” tanya Iyad sebaik sahaja dia berpaling melihat wajah Nad.

            “Hah? Hahaha. Takde apalah. Dahlah, jom balik. Dah lewat dah ni.”

            “Hmm...” tukar topik nampak! “Jomlah.”


            Mereka berpusing lalu berjalan menuju ke chalet.


Pssst. Entry kali ni agak cliche sikit dan mengarut. Apa-apa pun, enjoy!

Suka? Komen lah sikit.. ^^

1 comment: