Followers

Sunday, 26 May 2013

Twelve Roses (2)



Tiga bulan yang lalu...
           
            Family day! Nad menggosok-gosok tangannya. Ini yang heaven bila tiba musim cuti semester dan dapat balik kampung. Cayalah, tok. Tok wan memang faham perasaan cucu kesayangan dia ni yang tension.

            “Beb. Kau nak balik tak?” kening diangkat. Az yang tengah baring sambil membaca novel dipandang. Aku rasa dah lebih lima puluh kali jugak lah dia tatap novel yang sama.

            “Balik mana?”

            Eh, eh. Tanya pulak! “Balik kampung lah. Takkan balik Europe pulak.” mata dijulingkan keatas. Kadang-kadang dia rasa yang Az ni blur jugak. Tak padan dengan annoying!

            “Hmm, tengoklah dulu.” Az tatap kembali novelnya. Malas nak layan.

            “Jom lah beb. Tok wan nak buat family day nanti.” pujuk Nad. Kot lah Az terpujuk.

            “Kau nak balik, kau balik sorang. Aku nak stay sini.” novel ditutup kasar. Spoil mood je budak Nad ni. Dia bangun dari katil lalu duduk bersila. Rambut yang macam sarang burung disanggul tinggi.

            Nad mencebik. “Kau tahu tak, dah nak dekat setahun kau mengelat tak nak balik kampung? Dah lah tu. Tak habis-habis lagi merajuk kau ni. Kalau tak nak balik untuk Tok Wan, kau baliklah untuk aku. Sian aku balik tak berteman.” Muka di‘puppy-face’kan.

            “Kau bukan tak tahu yang aku tak suka bila tok wan asyik suruh aku kahwin aje. Aku pelik jugak dengan tok wan tu. Kenapa aku? Kenapa bukan kau?” masam mencuka wajah Az. Teringat setahun yang lepas. Ada ke patut tok wan terima pinangan lelaki-entah-siapa yang masuk meminang? Dah lah tak handsome, muka macam samseng pulak tu. Tak faham betul aku! Apa yang dah lelaki tu mandrem tok wan pun Az tak tahu. Senang-senang aje nak tok wan terima.

            “Sebab kau lagi tua lah. Umur dah nak cecah 30 pun tak kahwin lagi. Tu yang tok wan risau tu.” Nad tekan butang log-out pada akuan Facebooknya. “Aku yakin, Az. Tok wan tak kan berani nak buat macam dulu. Kalau dia buat lagi aku pun nak tolong bawa kau lari sampai ke Korea. Kat sana bolehlah aku jumpa Kwang Soo, Joongkook, Jihyo. Haaa! Gary! Gary! Monday couple!” Nad menepuk-nepuk tangannya. Ahh, bestnya!

            “Hellooo. Kau sihat tak ni? Ada pulak sampai ke situ. Yalah, yalah. Aku balik.” Az bangun. Langkahnya dituju ke tandas.


***********


            “Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” salam bersahut. “Az! Ya Allah. Abang, mari tengok siapa yang balik ni.” Puan Hawa merangkul tubuh Az ke dalam pelukannya. Nad sengih. Bahagia betul bila dapat berkumpul macam. Sampaikan Nad yang memang anak kandung mak pun mak tak heran. Maklumlah, anak angkat plus anak saudara yang dah setahun tak reti nak balik rumah menampakkan batang hidung hari ni.

“Az!” kuat suara Encik Adam memanggil nama Az. Langkahnya dibuka besar-besar. “Az, kamu pergi mana setahun tak nampak muka?” tubuh Az dibawa kedalam pelukannya. Rindu kepada anak saudaranya yang sudah dianggap sebagai anak kandung. Ibu dan ayah Az telah meninggal dunia sejak Az berumur enam tahun akibat kemalangan jalan raya. Jadi, dialah yang bertanggungjawab untuk menjaga anak saudaranya itu. Lagipun, anaknya cuma ada seorang, iaitu Nad.

“Amboi umi, abah. Az balik terus lupa Nad eh?” Nad buat muka.

“Eh, mana ada lupa. Meh sini. Group hug!” Encik Adam mendepangkan tangannya. Jangan pandang Encik Adam sebelah mata tau! Cikgu BI ni.

Nad meluru masuk ke pelukan ayahnya. Puan Hawa pun terkedek-kedek sama. Berpelukanlah empat beranak itu dengan gembira. Hmm, rasa macam rancangan Jejak Kasih pulak. Hahaha.

“Amboi! Berpeluk tak ajak.” Iyad menegur di muka pintu. Haila, buat drama petang pulak diorang ni.

Az angkat muka. “Abaaaaang!” Az meluru ke arah abangnya. Tangan Iyad dipegang lalu dia melompat-lompat. Terkejut monyet Iyad dibuatnya.

“Sawan ke apa Az ni?” bulat matanya memandang Az yang dari tadi melompat. Tangan dia pun bergerak atas ke bawah menurut tubuh Az melompat. Setahun tak jumpa otak dah tak ‘centre’ ke?

Az berhenti melompat. Bahu abangnya dilibas kuat. “Ada pulak kata kita sawan. Ya Allah, rindunya kat abang!” tangan abangnya di bawa ke dahi.

“Itulah. Merajuk lagi sampai setahun tak balik rumah. Baru Az tahu azabnya rindukan abang. Hahaha.” Iyad bantai gelak. Tangannya mengusap kepala Az. “Lepas ni jangan nak mengada nak merajuk lagi tau?!”

“Aii.. aii.. Sir!” Az angkat tabik. 

Ketawa pecah.

***********


Hari yang dinantikan sudah tiba. Lebih kurang dalam lima keluarga berkumpul di Sweet Beach Resort. Pak Ngah Idris menempah tiga buah chalet untuk keluarga mereka menginap. Satu chalet untuk anak dara, satu chalet untuk mak dara bersama anak-anak kecil mereka dan satu lagi chalet untuk kaum Adam yang tiga per empat banyaknya daripada kaum Hawa. Keluarga Haji Omar memang mempunyai cucu perempuan yang ramai berbanding lelaki.

Masing-masing sibuk untuk mengemas barang-barang yang dibawa. Kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah sudah selamat terjun masuk kolam. Pak Cik Yusuf, Mak Cik Zulaikha yang menjadi penyelia untuk memastikan tiada apa-apa kemalangan berlaku.

“Bila Nad grad?” tanya Iyad yang tengah buat istana pasir. Orang main kat kolam, dia main kat pantai. Bila ditanya mesti dia jawab ‘tak syoklah kalau datang pantai tapi tak buat istana pasir.’

“Tahun depan, insyaAllah.” jawab Nad sambil mengisi pasir ke dalam bekas yang dibawa. Yang ini pun satu kepala dengan Iyad. Memang kalau dah nama ambil course architecture tu mesti pandai dalam bab bina-membina. Kononnyalah.

Az sudah hanyut dengan When I Miss You - Beast. Angin yang menyapa kulit mukanya membuatkan mata dia kuyu. Dia memeluk lutut dan menyembamkan mukanya pada lulut. Tidur pun macam best aje ni.

“Lepas belajar Nad nak buat apa?”

“Kerja.”

“Kahwin?”

Nad angkat muka. “Laaa. Kenapa cakap pasal kahwin pulak ni?”

Iyad angkat kening. “Biasanya orang perempuan ni, benda utama yang dia nak buat lepas habis belajar adalah kahwin. Abang Iyad macam pelik lah bila Nad cakap nak kerja.”

“Itu ‘biasanya’, Abang Iyad. Nad ni luar biasa. Hahaha. Calon pun takde, ni pulak nak kahwin.” Nad menggeleng-geleng. Tangannya membetulkan pagar istana pasir yang nampak senget. Haaa, ini baru cantik!

“Eh, bukan ke Nad dah ada boyfriend ke?” kening Iyad bertaut. Err, kenapa dia mesti masuk bab ni?

“Boyfriend? Siapa? Abang? Hahaha.” Nad bantai gelak. Aku? Muka macam aku ni ada boyfriend? Mimpi dulu lah!

Iyad terkelu sebentar. Err...


“Mana Abang Iyad dengar gosip liar ni? Az yang bagitau eh?” tanya Nad setelah dia kembali normal. Maksudnya dia dah habis gelaklah tu.

“FB.”

“Tang mana pulak facebook Nad letak ‘in relationship with’ ni?” kening bertaut. Sejak bila?

“Hari tu Abang Iyad tengok Nad bersayang-sayang dengan budak lelaki yang nama... errr... apa nama dia ya? Umar? Haaaa! Umar Abd Aziz. Kan? Takkan lah saja-saja nak bersayang-sayang ni.” entah kenapa Nad lihat muka Iyad masam sedikit.

“Eh, jealous ke?” Hahaha. Nad gelak lagi. “Abang ni lawak lah! Umar tu perempuanlah, abang!” Ketawa. Sakit perut bila mengenangkan kawan universiti dia itu.

“Ada ke orang yang nama Umar tu perempuan?” pelik pulak Iyad jadinya. Umar?

“Nama sebenar dia Umairah. Entah macamana, hari tu dia terjumpa buku sejarah Islam tentang Umar Abd Aziz. Macam yang abang tahulah yang Umar Abd Aziz tu sweet. Tu yang dia jadi kemaruk dengan nama Umar tu. Jelas?” soal Nad.

“Jangan salah faham pulak. Kami bersayang-sayang ni bukan bermakna kami songsang tau?! Memang pantang datuk nenek Nad kalau orang tuduh macam tu!” jelas Nad bersungguh-sungguh. Siap tiru gaya ibu mertua Kasim Selamat pulak.

“Hahaha. Datuk nenek Nad pun datuk nenek Abang Iyad jugak.”

“Dah kita sepupu memanglah sama. Apalah Abang Iyad ni!”

Suasana senyap sebentar sebelum Iyad bersuara. “Macamana dengan Az dalam setahun ni?” Iyad sudah masuk mood abang mithali. Dah adik dia, kenalah ambil berat. “Dia dah ada boyfriend?”

“Boyfriend tu ada. Special boyfriend tu yang takde. Macamlah Abang Iyad tak tahu yang Az tu memang anti benar dengan cinta-cinta ni. Dia cakap, dia akan declare somebody yang akan jadi special boyfriend lepas akad nikah. Barulah cinta diorang suci lagi murni bak bedak Safi.

Selalu jugak Az pesan jangan nak gedik sangat bercinta. Kan Allah ada sebut dalam al-Quran jangan mendekati zina. Az tak pesan pun Nad ingat sendiri. Nanti, suami Nad dapat cinta Nad yang fresh punya dari ladang. Haha.” kata Nad panjang lebar sambil merapikan istana cinta... eh? Istana pasir yang mereka buat tadi. Jangan sesekali pandang mata Abang Iyad lama-lama. Lain pulak jadinya!

“Dah siap!” Nad menepuk tangannya.

“Cantik.”

“Memanglah. Nad yang buatkan!”  itu riak, okey? Riak! “Nad namakan istana pasir ni Singgahsana Nad. Haha.”

“Eh, kalau Abang Iyad tak angkut pasir dari sana, istana ni takkan siap tau?! Mana aci kalau nama istana pasir ni letak nama Nad aje.” Iyad memuncung. Buat letih aje angkut pasir tadi!

“Hish! Okeylah, okeylah. Hah, nak letak nama apa?” nak saham jugak Abang Iyad ni!

“Hmm... Nadiyad okey tak?”

“Errr.. Perlu ke gabung nama macam tu?”

“Tak kesah lah perlu ke tak. Asal nama abang ada kat situ. Haha.”

“Hmm, okey. Nadiyad.” Nad mencapai kulit kerang yang berdekatan dengan tempat dia duduk. N-A-D-I-Y-A-D. Dia mengeja satu bersatu. “Siap!”

“Tak cukup ni. Kena tambah satu lagi.” Iyad melakarkan bentuk hati di akhir gabungan nama mereka. “Baru cantik!”

“Eeee... nak jugak letak love tu!” Nad mencebik.

“Ahh, tak kira. Mana kamera?”

“Ada kat Az.”


Iyad bangun mengambil kamera dan menangkap gambar Singgahsana Nadiyad dari segenap sudut. Tanpa sedar, bibirnya tersenyum.

Suka? Komen lah sikit.. ^^

1 comment:

  1. perghhh gaya penulisan tu dah mcm pro pun adaaa

    ReplyDelete