Followers

Friday, 24 May 2013

Twelve Roses (1)



Again.

Nad menangis bila dengar lagu When I Was Your Man – Bruno Mars. Macam kena tukar lirik lagu tu jadi When I Was Your Girl pulak. Feeling tak bertempat.

“Eh, leleh pulak minah ni! Tak paham betul aku!” gumam Az.

“Kau apa tahu? Stone-heartless.” errr... wujudkah istilah itu?

Azma mencebik. “Kalau kau menangis sebab mengenangkan dosa boleh lah aku jadi soft-heartmore. Ini tidak, dengar lagu aje pun. Lembik!”

Terus kering air mata Nad. Sampai hati Az kat dia lembik. “Kau ni!” muka Az dihempuk dengan bantal. Kawan dia yang sorang ni memang sangat annoying. Double annoying.

“Hoi!” marah betul orang main muka ni! Aset termahal kot!

“I’m just wonder. Macamana si Luth tu boleh sangkut dengan minah stone macam kau ni eh?” Nad ketuk dagu.

Az kancing gigi. Muka rasa berbahang tiba-tiba. “Kau. Boleh. Tolong. Jangan. Sebut. Nama. Dia. Depan. Aku. Boleh. Tak?” nah, satu-satu perkataan dia sebut. Anti-Luth betullah Az ni.

“Haaa. Yang ni lagi menambahkan tahap curiosity aku. Kau tersangat tak suka dengar nama Lu-”

“Don’t mention his name!” amboi, garang!

“Okay, kay. Kenapa kau tak suka Encik don’t-mention-his-name tu?” tanya Nad. Sebenarnya dah lama benda ni membeku dalam hati tapi akhirnya, keluar juga soalan yang agak cepumas ni.

“Sebab aku tak suka lah. Apa lagi!” bentak Az.

“Ish kau ni. Boleh tak kalau kau bagi jawapan yang lagi spesifik? Menyakitkan hat-” kata-katanya terhenti. Suara Bruno Mars memekak di telinga. Alah Abang Bruno ni! Anti-klimaks betul!

“Siapa?” soal Az.

“Entah. Handfon aku mana?”

“Manalah aku tahu. Kau campak kat mana?”

“Hah! Dah jumpa! Dah jumpa!”

Dan, erk! Nad terkaku apabila membaca nama si pemanggil di skrin.

That Man >,<

“Siapa, Nad?”

“That man.”

Mata Az membulat. Ohh.. “Angkat lah.”

“Malas!” telefon dicampak ke tepi. Sungguh, dia tak suka!

“Tak baik tau kau layan dia macam ni.”

“Dia memang layak untuk dilayan macam ni.” Nad tarik selimut. Malas nak dengar!

Az mengeluh. Sekali lagi, Bruno Mars melalak. “Dia call lagi, Nad.”

“Just let him there.”

“Keringlah tekak Abang Bruno kau nanti.” Az berseloroh.

“Kau bagilah air. Dan, satu lagi! Kau tolong silent kan handfon aku tu. Terima kasih.” Selimut ditarik sehingga menutupi kepala. Tubuhnya diiringkan ke kiri menghadap dinding. Again. Nad menangis lagi.

Az disisi senyap tak terkata. Telefon Nad disilentkan kemudian jarinya laju menaip sesuatu. Butang send ditekan. Serentak iu, dia mengeluh.

*********

Dia bad mood. Even sekarang dia tengah menangis. It’s not the right time to speak to her. Az harap abang faham. Nak Az sampaikan sesuatu pada dia?

Mesej yang diterima sangat menghampakannya. Ingatkan Nad yang hantar. Rupa-rupanya, Az. Hmm. Redha aje lah.

Calm her down. Dan, tolong usap kepala dia. J

Suka? Komen lah sikit.. ^^

2 comments: